Penolakan Kepada Pn Sekarang Mirip Penolakan Terhadap Bn Sebelum Pru14 Lalu




Apakah kerajaan Perikatan Nasional atau PN benar-benar akan tumbang dalam masa terdekat ini atau ia sekadar perang psikologi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH)?

Inilah antara persoalan yang sedang bermain dalam kepala majoriti rakyat ketika ini.

Sesetengah rakyat percaya PN akan tumbang dalam masa terdekat, manakala yang lain pula yakin ia mampu bertahan sehingga PRU15 akan datang.

Sementara sokongan yang ada pada PN sebagai kerajaan amat runcing dan terumbang-ambing iaitu hanya dua majoriti Ahli-Ahli Parlimen dan mungkin berkurangan lagi dalam waktu terdekat ini, yang sukar dinafikan juga ialah penolakan rakyat ternampak terus berkembang daripada semasa ke semasa.

Ada banyak isu yang menyebabkan rakyat mula sangsi dengan kerajaan sekarang, antaranya rungutan berhubung bantuan kepada rakyat akibat Covid-19 tidak seperti yang dijanjikan, tiada pelan untuk rakyat yang hilang pendapatan, masih tidak membela nasib Adib Kassim, anggota Bomba yang terbunuh dalam tragedi Kuil di Subang, hudud dan RUU355 masih kabur, kerajaan terlebih memanjakan Ahli-Ahli Parlimen dengan lambakan jawatan GLC dan pelbagai lagi.

Gembar-gembar kononnya kerajaan PN ini adalah kerajaan Melayu/Islam hampir tiada maknanya bagi rakyat kerana apa yang mereka bising-bising sebelum ini semuanya jadi senyap belaka apabila sudah beroleh kuasa.

Selain itu, dari sudut politik, cara Muhyiddin Yassin menangani isu Bersatu dengan keghairahan bertindak ala diktator turut membuatkan rakyat terhakis keyakinan terhadapnya.

Ramai yang melihat Muhyiddin atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak harus bertindak sekeras itu terhadap Tun Mahathir Mohamad selaku pengasas Bersatu atau kepada Mukhriz Mahathir yang akan mencabarnya bagi jawatan Presiden parti, sebaliknya perlu berhadapan secara “gentleman” dengan mereka dalam proses pemilihan.

Jika diperhatikan cara Muhyiddin ini tidak ubah seperti apa yang dilakukan Najib Razak sebelum beliau tumbang pada PRU14 lalu.

Ketika itu, semua yang cuba menentang dan melawannya akan dipecat dan diketepikan melalui kuasa dan keangkuhan yang bertapak tinggi dalam dirinya.

Najib juga pada waktu itu tidak memperdulikan banyak teguran yang bertujuan memperbaiki kelemahannya lantaran terlalu yakin dirinya kebal daripada dijatuhkan.

Akhirnya, dengan serangan demi serangan yang mengakibatkan penolakan kian membesar, sokongan yang ada padanya terhakis sedikit demi sedikit dan akhinya berjaya ditumbangkan.

Apa bezanya dengan kedudukan Muhyiddin sekarang?

Kalau diperhati dan diteliti, semuanya saling tak berbeza sama sekali.

Sementara majoriti yang ada padanya hanya cukup-cukup makan dan serangan pihak lawan iaitu PH dan kumpulan Tun Mahathir sentiasa agresif, berfakta dan boleh diterima, ditambah rasa tidak puas hati rakyat yang terus membuak-buak, hakikatnya penolakan kepada Muhyiddin sekarang ini tak ubah seperti bagaimana Najib dan BN ditolak sebelum dijatuhkan pada PRU14 lalu.

Melihat semua perkembangan mutakhir, jika diadakan PRU mengejut sekali pun dalam waktu terdekat ini, kalau mereka tidak berpecah dan mampu berpakat sekali pun, PN tetap sukar untuk mencapai kemenangan berbanding PH.

Apa lagi kerana PN beroleh kuasa melalui pengkhianatan dan perampokan di tengah-tengah jalan, gelodak rakyat untuk membalas dendam tidak pernah surut selagi ia tidak dilampiaskan.

Lantaran itu, mungkin faktor paling pokok ialah tidak sanggup kecundang dalam PRU15 akan datang, dalam waktu-waktu mendatang ini akan terlihat perkembangan beberapa Ahli Parlimen PN menyeberang kembali kepada PH.

Mungkin bermula dengan seorang, diikuti seorang dua selepasnya, kemudian ada lagi menyusul, realitinya PN dalam potensi yang sangat besar untuk menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah negara.

Oleh itu, kemungkinan PN akan tumbang dalam waktu terdekat ini bukan sekadar perang psikologi, tetapi realiti yang paling mungkin menjadi kenyataan.

 (Shahbudindotcom 02/06/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/penolakan-kepada-pn-sekarang-mirip.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan Pru14 Ibarat Durian Mentah Penghinaan Pas Terhadap Rakyat

Kemenangan Pru14 Ibarat Durian Mentah Penghinaan Pas Terhadap Rakyat

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 241 hits
MOHD ALI HASHIM Dakwaan Presiden Pas bahawa kemenangan PH dalam pilihan raya umum ke 14 yang lalu ibarat durian mentah merupakan satu penghinaan kepada rakyat negara ini yang telah memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir Putra...
Viral Gelang Emas Pulut Dakap Belajar Formula Ni Sebelum Beli Dah Confirm Harga Bodek Suami Belikan

Viral Gelang Emas Pulut Dakap Belajar Formula Ni Sebelum Beli Dah Confirm Harga Bodek Suami Belikan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 1091 hits
Sejak kebelakangan ini tular cerita tentang nama nama gelang emas Ada jenis melur pulut dakap kepala ular belut sauh pintal dan banyak lagi Tapi yang menjadi kegilaan ramai adalah gelang emas pulut dakap perut ular Bukan saja rekaannya cant...
Doa Naik Kenderaan Tips Sebelum Memulakan Perjalanan

Doa Naik Kenderaan Tips Sebelum Memulakan Perjalanan

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 457 hits
Jika anda ingin ke sesuatu destinasi atau tempat yang hendak dituju serta mencari doa sebelum memulakan perjalanan yang betul daripada ayat suci Al Quran anda boleh baca dan amal doa naik kenderaan darat dan laut yang dikongsikan
Kisah Nyata Sebelum Tidur Senantiasa Membaca 100 Kali Shalawat Hal Aneh Pun Terjadi Menjelang Wafat

Kisah Nyata Sebelum Tidur Senantiasa Membaca 100 Kali Shalawat Hal Aneh Pun Terjadi Menjelang Wafat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 392 hits
Kisah Nyata Sebelum Tidur Senantiasa Membaca 100 Kali Shalawat Hal Aneh Pun Terjadi Menjelang Wafat Ilustrasi Shalawat merupakan salah satu cara kita mencintai dan mengakui kerasulan Baginda Nabi Besar Muhammad SAW dan memohon kepada Allah ...
Rahsia Kenapa Kita Diharamkan Solat Sunat Sebelum Masuk Waktu Zohor

Rahsia Kenapa Kita Diharamkan Solat Sunat Sebelum Masuk Waktu Zohor

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 1104 hits
Rahsia Kenapa Kita Diharamkan Solat Sunat Sebelum Masuk Waktu Zohor Solat sunat boleh dilakukan pada bila bila masa mengikut keperluan kita melalui solat solat tersebut Kalau disebut qiamullail tentulah di sepertiga malam Kalau solat hajat ...
Astagfirullah Benarkah Dunia Ini Akan Hancur Lebur Sebelum Tahun 1500 Hijriyah

Astagfirullah Benarkah Dunia Ini Akan Hancur Lebur Sebelum Tahun 1500 Hijriyah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 736 hits
Umat Islam kini sudah memasuki usia 1437 Hijriyah Dimana ini adalah angka yang cukup lama setelah perjalanan kenabian Dimana saat itu Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam berjuang menyebarkan agama Islam Dan saat ini kita merasakan manisn...
Umrah Sebelum Wabah Corona Ini Reaksi Mualaf Saat Pertama Kali Melihat Ka Bah

Umrah Sebelum Wabah Corona Ini Reaksi Mualaf Saat Pertama Kali Melihat Ka Bah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 326 hits
Umrah Sebelum Wabah Corona Ini Reaksi Mualaf Saat Pertama Kali Melihat Ka bah Mualaf dari Inggris dan Jepang yang sempat melakukan umrah untuk pertama kalinya mengatakan merasa sedih di tengah ketidakpastian haji tahun ini namun merasa sang...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand