Penjualan Android Box Tidak Sah Diharamkan Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu


Nampaknya kerajaan telah mengenakan peraturan baru bagi mengawal akses kepada kandungan Android Box yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.


Bagi mereka yang tidak tahu apa itu Android Box, Android Box ialah sejenis alat ataupun peranti yang digunakan untuk mengakses saluran luar negara dan aplikasi di kaca tv anda.

Anda boleh;

👉 Tengok filem percuma, ini ramai yang selalu buat. Hahaha.

👉 Akses aplikasi Android menerusi kaca tv. Hah, yang ada telefon Android tu fahamlah kan. Macam buka email ke, buka Facebook ke, update Twitter ke, semua boleh kat sini.

👉 Layari internet. Buka website. Tengok drama-drama tempatan dan luar negara. Tengok berita TV3 pun boleh.

👉 Main games!

👉 Baca berita kat portal-portal.

👉 Youtube. 

👉 Netflix, Iflix (kena langgan dulu ya) 

Dan macam-macam lagi lah! 

via GIPHY

Tetapi majoritinya orang selalu guna Android Box untuk tengok filem dan drama luar negara menerusi pelbagai saluran yang ditawarkan menerusi KODI (salah satu aplikasi yang ada pada Android Box).

Saluran-saluran luar negara ini sesetengahnya ada ditawarkan menerusi Astro dan Hypp TV tapi bayaran bulanan dia mahal la kan. Melalui Android Box dia jadi murah sikit. Ada pakej sekali bayar, beli Android Box dapat macam-macam saluran tempatan dan luar negara. Ada yang kena bayar bulan-bulan tapi berbaloi la kalau nak dibandingkan dengan Astro tu. 😂😂😂.

Disebabkan terlalu banyak saluran, sesetengah saluran ini agak bahaya pada budaya kita. 

Apatah lagi saluran luar negara ini tidak melalui proses tapisan. Kandungan sensitif disiarkan tanpa kawalan.

Disebabkan itulah kerajaan menerusi SKMM mengambil tindakan untuk menyelia penjualan dan penggunaan ANDROID BOX yang semakin mendapat permintaan tinggi dikalangan masyarakat kita.

Apakah yang dianggap kesalahan ya?

👉 Jika sambungan kabel/satelit antarabangsa yang tak dibenarkan digunakan untuk berhubung dengan Android Box tu.

Dengan kata lain, kalau Android Box tu dihubungkan ke sambungan kabel yang TAK datang dari sambungan talian darat Malaysia atau sambungan WIFI yang diiktiraf, maka ia melanggar peraturan SKMM.

👉 Tidak dapat pengiktirafan dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Ini bermakna, ia tak boleh digunakan di negara ni. SIRIM dah dilantik sebagai badan kawal selia yang diberi kuasa untuk menguji dan meluluskan penggunaan Android Box yang sampai ke negara ni. Jadi, kalau Android Box tu tak ada sijil/logo SIRIM, ini bermakna ia adalah peranti tak sah dan haram.

👉 Kandungan Android Box haram boleh melanggar undang-undang harta intelek, terutamanya Akta Hak Cipta. Pihak SKMM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dah menjejaki Android Box haram ni, sebab kebanyakan darinya menyediakan laman stream haram kepada orang ramai untuk menyiarkan filem, dokumentari dan berita.

Okay, jadi bagaimana ini boleh menyusahkan hidup anda sebagai pemilik ataupun sebagai penjual? Hah, yang ini kena faham serba sedikit jugalah.

via GIPHY

👉 Sebagai pembeli/pemilik : Anda boleh didakwa di bawah Seksyen 239, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut akta tersebut;

Seseorang yang – (a) menggunakan apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard; (b) ada dalam milikannya apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard yang dia tahu atau ada sebab untuk percaya merupakan suatu kelengkapan atau peranti tidak standard bagi maksud memasang, mengerjakan, mengendalikan atau menggunakan kelengkapan atau peranti itu;

Makanya, memiliki Android Box yang tak memenuhi piawaian SKMM dan kalau rangkaiannya berhubung dengan sumber yang haram, korang boleh didakwa di bawah akta ni. Jadi, kalau korang ada Android Box dan korang tahu yang ia berhubung dengan rangkaian tak sah, atau korang buat sesuatu yang tak sah dengannya, pihak berkuasa boleh datang dan tahan korang.

Ia sama je macam korang muat turun filem cetak rompak atau software haram dalam laptop. Ia tak membuatkan laptop korang tu haram, tapi apa yang korang buat tu sebenarnya yang salah.


👉 Sebagai penjual : Di bawah Peraturan 16(1), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia 2000 menerangkan larangan terhadap penjual yang secara haram mengedarkan Android Box dalam peraturannya sebagai;

Tiada seorang pun boleh menggunakan, menawarkan untuk menjual, menjual atau ada dalam miliknya dengan tujuan untuk menjual apa-apa kelengkapan komunikasi; (b) yang tidak diperakui sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini;

Peraturan ni bagitau pasal larangan terhadap apa je peranti yang tak memenuhi peraturan, dan ni termasuklah Android Box sekali.

Setakat April 2019, SKMM telah menyekat lebih dari 246 laman web yang menyediakan penyiaran haram, dan tengah menahan para pengedar dan penjenayah Android Box haram ini.

Muat turun konten tak sah dan strim melalui Android Box yang tak ada kelulusan juga boleh membahayakan. Sebab, ada di antara peranti android ni boleh digunakan sebagai alat intipan untuk mengumpul data-data peribadi korang, yang boleh digunakan untuk keuntungan komersial. 

Pelaksanaan pengharaman ini juga boleh mengekang aktiviti cetak rompak dan menghentikan pelanggaran undang-undang hak cipta.


via GIPHY

Cara terbaik untuk pastikan selamat dari dikenakan sebarang tindakan undang-undang ialah dengan memastikan anda membeli Android Box yang disahkan sahaja. 

Sebab kat sini kerajaan bukannya menghalang korang dari menggunakan Android Box, tetapi korang dilarang dari menggunakan Android Box yang tidak sah dan kandungannya pula melanggar undang-undang Akta Hak Cipta. Yang lebih membahayakan, jika kandungannya terlalu terbuka, ia juga tidak sihat untuk budaya masyarakat kita.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/penjualan-android-box-tidak-sah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memang Sah Tulang Manusia Isu Penemuan Tulang Di Kawasan Acap Hilang

Memang Sah Tulang Manusia Isu Penemuan Tulang Di Kawasan Acap Hilang

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 470 hits
Tulang manusia yang dijumpai baru baru ini di Gua Kandu Gopeng di kawasan Acap hilang tempoh hari telah disahkan oleh pihak polis adalah tulang manusia BACA Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim memberitahu bedah siasa...
Serpihan Tulang Di Gua Kandu Sah Milik Manusia Polis

Serpihan Tulang Di Gua Kandu Sah Milik Manusia Polis

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 473 hits
Pengesahan forensik kata keadaan serpihan tulang adalah tulang lama Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata spesimen darah seorang daripada abang Mohammad Ashraf telah diambil dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling ...
Kpdnhep Pulau Pinang Sita 27 Ribu Kg Kurma Guna Logo Halal Tidak Sah

Kpdnhep Pulau Pinang Sita 27 Ribu Kg Kurma Guna Logo Halal Tidak Sah

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 999 hits
Sebahagian kurma dipercayai menggunakan logo halal palsu yang dirampas dalam satu serbuan di Bandar Perda hari ini Foto oleh SAZALI CHE DINSEBERANG PERAI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyita kira kira 27 000 k...
Sah Tulang Manusia

Sah Tulang Manusia

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 293 hits
PENGESAHAN awal dibuat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh melalui bedah siasat mendapati serpihan tulang ditemui di Gua Kandu Gopeng adalah milik manusia Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata...
Sah Perdana Menteri Dan Seluruh Kerajaan Meletak Jawatan Global Viralhancing

Sah Perdana Menteri Dan Seluruh Kerajaan Meletak Jawatan Global Viralhancing

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 463 hits
Perdana Menteri Mali Soumeylou Boubeye Maiga dan seluruh kerajaan meletak jawatan semalam empat minggu selepas pembunuhan beramai ramai membabitkan 160 penternak puak Fulani oleh kumpulan pelampau etnik mengejutkan negara itu Presiden mener...
Sah Umno Tidak Bertanding Prk Sandakan

Sah Umno Tidak Bertanding Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 295 hits
Wartawan Watan Online UMNO tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mei ini Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara tersebut diputus...
Hiburan Bertudung Bukan Kerana Allah Depresi Tidak Dapat Jadi Diri Sendiri Fathia Latiff Sah Buka Tudung

Hiburan Bertudung Bukan Kerana Allah Depresi Tidak Dapat Jadi Diri Sendiri Fathia Latiff Sah Buka Tudung

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 576 hits
Akhirnya teka teki mengenai foto Fathia Latiff dengan imej berambut pendek yang tular beberapa hari lalu sudah terjawab apabila pelakon itu mengakui sudah membuka tudungnya Kata Fathia beliau sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu ...
10 Inspirasi Ring Box Cantik Berbahan Kayu Pas Nih Buat Pesta Pernikahanmu Makin Terkesan Rustic

10 Inspirasi Ring Box Cantik Berbahan Kayu Pas Nih Buat Pesta Pernikahanmu Makin Terkesan Rustic

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 260 hits
Sayang banget kalau cincin cantikmu dikemas di kotak yang biasa biasa doang Sst bisa jadi ide usaha juga lo ini
Filem Reboot Hellboy Kini Disahkan Gagal Di Box Office

Filem Reboot Hellboy Kini Disahkan Gagal Di Box Office

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 329 hits
Filem reboot untuk karakter Hellboy yang menampilkan David Harbour sebagai watak tersebut gagal untuk menyerlah di pawagam Filem ini ialah adaptasi ketiga watak dari novel grafik tersebut selepas dua filem Hellboy sebelum ini diarahkan oleh...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas