Penjual Tudung Labuh Patuh Syariah Berkualiti Dan Murah Kini Telah Dikesan
Penjual Tudung Labuh Patuh Syariah Berkualiti dan Murah Kini Telah Dikesan! | Tidak dinafikan, ada orang suka pakai pakaian yang berjenama. Ada pula yang suka pakai pakaian yang nampak cantik designnya. Dan bagi aku ini, daku tidak kisah mana dengan jenama dan design. Asalkan ianya selesa dan boleh digayakan dengan cara yang tidak menjolok mata maka daku akan memilihnya.
Soal harga, siapa yang tidak suka berbelanja dengan kadar yang paling minima. Bayangkan tiba-tiba terjumpa sehelai baju yang nampak selesa dan menepati ciri yang di cari. Tiada jenama tersohor tapi kualitinya bagus dengan harga jualan yang sangat murah! Hey tipulah kalau tak tergugat kan? Mana ada peluang macam tu boleh jumpa selalu.
Percaya ataupun tidak tudung berwarna kuning yang ku pakai ini harga terlajak murah RM12.50 sahaja sehelai. Yes!! Murah sangat-sangat! Tudung ini diberi nama Bawal Cornskin dan ia datang dalam bidang 50 dan 55 dengan 20 jenis warna pilihan menarik. Rambang mata hokay nak pilih colour yang mana satu. Semua cantik-cantik.
Tak hanya tu, kalau di beli secara random, maksudnya beli tanpa buat pilihan warna dan biar si penjual hantar ikut warna apa yang ada, maka harga yang perlu di bayar hanya RM8.80 saja sehelai!! Gila-gila punya harga ni!! Boleh beli buat stok koleksi tudung baru dalam simpanan
Labuh depan dan belakang boleh adjust sendiri ikut ketinggian. Mudah solat dan mudah pakai tika travel juga. Kain jenis material cornskin ni tak terlalu tebal dan tak panas. Rasa sejuk je. Ia juga jenis nampak jatuh terletak dengan cantik. Tidak perlu gosok sangat juga. Mudah cakap memang sangat selesa dan berbaloi-baloi. Kualiti dah setanding yang di jual dalam kedai pulak rasanya.
Apa yang membuatkan daku semakin suka dengan tudung ini adalah pada bahagian awningnya yang mudah di bentuk. Takde nak penyek-penyek. Letak je kat kepala dah terus okay. Tinggal nak disematkan dengan pin. Kainnya juga takde lah terlalu licin. Senang pakai dan mudah bentuk. Tak payah lagi nak berjam-jam di depan cermin.
Nanti dulu. Tak hanya tu, ada lagi koleksi tudung dari penjual sama yang ku suka. Jika tadi dari jenis material cornskin, ini pula adalah dari material heavy chiffon. Yang ini harga sehelai hanyalah RM13.50 saja. Sama juga macam tudung tadi, sangat mudah di bentuk. Tak payah lagi asyik nak tiup-tiup je awning tu. Pilihan warna juga banyak tapi awas sebab ianya memang laku keras Kalau lambat hmmm gigit jarilah jawabnya.
Tudung labuh murah Bidang 60 dari seller ni sememangnya sangat banyak! Berjenis-jenis. Daku sendiri dah jadi salah seorang pembeli setia. Jika kalian seorang pengemar tudung labuh jenis bawal memang inilah seller yang patut kalian gunakan khidmatnya. Pos pun cepat sangat! Jika ada apa-apa, mesej je.
Tudung labuh murah memang ada di sana sini tapi untuk cari tudung yang mendapat sambutan terbaik bukan senang. Kerana itu daku rasa teruja sangat-sangat selepas berjaya mengesan Penjual Tudung Labuh Patuh Syariah Berkualiti dan Murah ini.
Professor Tudung - Seller Tudung Labuh Terbaik di Shopee
PROFESSOR TUDUNG, itulah namanya dan Professor Tudung ini juga merupakan trusted seller tudung labuh yang semakin terkenal di lamanweb Shopee. Ia menjual pelbagai jenis tudung labuh patuh syariah murah berkualiti dengan harga terbaik dan dalam masa yang sama ia juga turut menjual tudung dengan saiz labuh biasa untuk para pembeli.
Professer Tudung ditubuhkan pada tahun 2009 di Terengganu, sekarang Berpusat di Kuala Lumpur. Bertapak dalam dunia Hijab hampir 10 tahun dan telah meluaskan perniagaan dalam Bisnes Online dan E-Comerce. Pihak mereka berusaha gigih menyediakan kualiti tudung paling terbaik dengan harga murah. Setiap tudung diproses melalui tapisan terlebih dahulu melalui pelan tatatertib semakan berjadual demi untuk kepuasan pelanggan.
Selain daripada tudung, Professor Tudung turut ada menjual handsock tripple ruffle dengan pelbagai warna yang cantik. Nak tahu berapa harganya??? RM5.45 saja sepasang!! Haaaa murah tak murah!! Daku sendiri terkejut tau. Jika beli 10 pasang sekaligus pula, hanya perlu bayar dengan harga RM40 jer....
Wanita memang diwajibkan untuk menutup aurat. Jadi mencari tudung labuh patuh syariah adalah satu keperluan bagi wanita. Namun untuk cari koleksi tudung labuh yang cantik, selesa dan murah begini bukanlah satu kerja mudah. Namun itu dulu, kini sejak kenal dengan Professor Tudung semua tu dah tak jadi masalah lagi. Alhamdulillah..
So apa pendapat kalian tentang Professor Tudung ni? Dengan pelbagai koleksi tudung labuh, tudung bawal dan sarung lengan cantik begini rasanya ia adalah yang terbaik. Buat masa ini alhamdulillah layanan dan servis pengeposan adalah cepat. Moga-moga servis dengan harga murah ini akan Professor Tudung kekalkan untuk para pembeli seperti daku ini.
Jika kalian juga nak tumpang sekaki jadi pelanggan setia Professor Tudung juga. Tak susah caranya. Hanya perlu pergi terus ke kedai online Professor Tudung di lamanweb Shopee dan bolehlah shopping mana-mana koleksi yang kalian suka. Happy shoppingggggggg................
PROFESSOR TUDUNG | PENJUAL TUDUNG LABUH MURAH DI SHOPEE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sishawa.com/2019/06/penjual-tudung-labuh-patuh-syariah.html