Penjenayah Kekal Status Wakil Rakyat Rais Yatim




Sebelum ini dilaporkan Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan mempertikaikan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun yang mengekalkan Najib sebagai Ahli Parlimen.
Menurutnya Najib telah memenuhi keempat-empat syarat kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen menurut fasal 48 (1)(e)
48 (1)(e) : dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;”
Laporan penuh sila baca di SINI
Pakar undang-undang dan perlembagaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim juga membangkitkan perkara yang sama iaitu Najib sepatutnya tidak dikekalkan sebagai Ahli Parlimen.
Beliau memohon agar Kerajaan meneliti semula Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan apabila wujud kelompongan dan kesamaran membabitkan seseorang pesalah jenayah dalam kalangan ahli Parlimen yang dijatuhi hukuman penjara dan denda tetapi masih boleh mengekalkan statusnya sebagai wakil rakyat. 
Berikut adalah laporan penuh yang dipetik dari Utusan Malaysia
PETALING JAYA: Kerajaan perlu meneliti semula Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan apabila wujud kelompongan dan kesamaran membabitkan seseorang pesalah jenayah dalam kalangan ahli Parlimen yang dijatuhi hukuman penjara dan denda tetapi masih boleh mengekalkan statusnya sebagai wakil rakyat.
Disebabkan ketidakjelasan tersebut bermakna selagi Lembaga Pengampunan tidak memutuskan petisyen berkenaan, selama itulah status ahli Parlimen yang dijatuhi hukuman masih boleh kekal walaupun sehingga ke penggal Parlimen berakhir.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar undang-undang dan perlembagaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Perkara 48(3) menjelaskan Yang di-Pertuan Agong berkuasa membatalkan sabitan kesalahan jenayah mana-mana ahli Parlimen setelah menerima petisyen pengampunan dengan syarat dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh sabitan oleh mahkamah.
Menurut beliau, undang-undang di bawah Perkara 48 (4) dibuat selepas Suruhanjaya Reid 1957 dan sejak itu dalam tempoh 65 tahun tidak pernah dikaji sekali gus menyebabkan timbul masalah interpretasi dan pemahaman berhubung peruntukannya.
Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata, peruntukan undang-undang tersebut turut menimbulkan pelbagai persoalan kerana mengandungi bibit-bibit kesamaran iaitu pertama tidak disebut mahkamah yang mana, sama ada melibatkan Mahkamah Tinggi, Rayuan ataupun Persekutuan sebelum membolehkan petisyen dikemukakan.
PETISYEN“Anggapan biasa ialah petisyen pengampunan boleh dikemukakan apabila semua sesi pengadilan telah selesai. Selain itu, berlaku juga samar-samar apabila petisyen pengampunan dikemukakan oleh banduan dalam tempoh dua minggu itu, adakah boleh baginya hadir di Parlimen untuk bersesi?
“Apa erti statusnya sebagai ahli Parlimen, tiada luput jika petisyen ampun itu dibuat dalam tempoh yang diperuntukkan? Jika statusnya sebagai ahli Parlimen kekal dengan kuat kuasa petisyen itu dan apa ertinya hukuman pemenjaraan?
“Bolehkah ahli Parlimen itu balik ke kawasan Dewan Rakyatnya dan menikmati semua kemudahan legislatif lain-lain? Pemahaman amnya ialah hanya status ahli Parlimen yang kekal dan dinyatakan. Yang lain dalam keadaan tidak dihuraikan,” ulas Rais. Isnin lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan, status Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ahli Parlimen Pekan masih kekal selepas beliau mengemukakan petisyen pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan sekali gus bermakna kedudukan sebagai wakil rakyat tidak berubah dan hanya dimuktamadkan apabila petisyen ditolak.
Bekas Perdana Menteri itu menerusi peguamnya Tetuan Shafee & Co dilaporkan mengemukakan petisyen kepada Lembaga Pengampunan terhadap sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.
DIHUKUMDalam pada itu, menurut Rais, Perkara 48 (4) (c) menetapkan status seseorang ahli Parlimen yang dihukum penjara atau denda masih kekal sekiranya mengemukakan petisyen pengampunan dalam tempoh 14 hari sehingga permohonan itu ditolak.
“Soal yang timbul ialah bolehkah status kekal jawatan itu diberi pula kepada pihak-pihak lain? Tidakkah bertembung dengan peruntukan kesaksamaan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan sendiri (Hak Kesamarataan)?
“Memandangkan undang-undang itu dibuat selepas Suruhanjaya Reid 1957 dan tidak pernah dikaji semula dalam tempoh 65 tahun, situasi sedemikian sarat mengandungi masalah interpretasi dan pemahaman. Selain bahasanya berbelit-belit, kesan pemenjaraan dan denda menjadi persoalan kerana tiada sempadan jelas antara kuat kuasa undang-undang dengan budi bicara pengampunan diraja,” katanya.
Rais juga mencadangkan, isu itu dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan selaras Perkara 130 yang memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk kepada mahkamah tertinggi negara sebarang hal atau kesan mengenai Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, hal ini kerana selagi mesyuarat pengampunan tidak memutuskan petisyen berkenaan, selama itulah tempoh sah petisyen itu memberi manfaat kepada ahli Parlimen berkenaan di mana statusnya kekal sehingga penggal hayat Parlimen.
“Adakah ahli Parlimen berkenaan boleh hadir ke sidang Parlimen dan beroleh keistimewaan sebagai ahli Dewan Rakyat mahupun Ahli Dewan Negara? Perkara ini belum lagi berada di tahap muktamad. Maka saya berpandangan Perkara 48 perlu dipinda dan diperjelaskan betul dan persis. Penghakiman dalam hal ini juga belum pernah diperbuat,” katanya.
KEISTIMEWAANLantaran itu katanya, persoalan sama ada Najib boleh hadir ke sidang Dewan Rakyat dan menikmati keistimewaan sebagai ahli Parlimen belum terjawab oleh mana-mana pihak dan mahkamah pula tidak memberikan kata putus berkenaan perkara tersebut dan seharusnya penghakiman boleh menggunakan penentuan spesifik dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Kata beliau, perkara itu hendaklah dijelaskan oleh badan kehakiman bagi mengelakkan kekeliruan berbangkit ekoran Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang di samping Peguam Negara juga wajar menilai perkara sama demi kepentingan pentadbiran keadilan Malaysia.
“Berdasarkan Perkara 48 (1)(e), Najib sepatutnya hilang kelayakan ahli Parlimen setelah disabitkan kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000. Namun dengan adanya peruntukan Perkara 48(3) dan Perkara 48(4)(c) status beliau sebagai Ahli Parlimen Pekan ditakrif kekal sehingga proses pengampunannya dibereskan.
Laporan penuh silalah baca di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/penjenayah-kekal-status-mp-rais-yatim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Status Tanah Kepada Kekal Taman Perumahan N Sembilan

Tukar Status Tanah Kepada Kekal Taman Perumahan N Sembilan

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 173 hits
Kerajaan Negeri Sembilan telah membuat keputusan untuk membuka permohonan menukar status tanah daripada pajakan kepada hak milik kekal buat taman taman perumahan yang layak di seluruh Negeri Sembilan Pelaksanaan inisiatif ini adalah sebahag...
Datuk Menyamar S U Sulit Tengku Mahkota Pahang Di Tuduh Tipu Yayasan Bank Rakyat

Datuk Menyamar S U Sulit Tengku Mahkota Pahang Di Tuduh Tipu Yayasan Bank Rakyat

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang dua tahun lepas Tertuduh Datuk Redzuan Zainudd...
Najib Mohon Pengampunan Diraja Akan Kekal Status Ahli Parlimen Kata Azhar

Najib Mohon Pengampunan Diraja Akan Kekal Status Ahli Parlimen Kata Azhar

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 150 hits
freemalaysiatoday com September 5 2022 12 17 PMPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak sudah memfailkan permohonan untuk pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun Kata...
Pru 15 Pilih Calon Jujur Amanah Cerdik Berjiwa Rakyat Sebagai Wakil Rakyat

Pru 15 Pilih Calon Jujur Amanah Cerdik Berjiwa Rakyat Sebagai Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 140 hits
Banyak parti yang bertanding atau bersaing dalam Pilihan Raya Umum ke 15 tidak menjamin rakyat akan mendapat kerajaan terbaik Bagi Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli rakyat mempunyai tugas berat kali ini kerana mereka perlu memilih cal...
Terima Kasih Rakyat Malaysia

Terima Kasih Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 119 hits
malaysiakini comULASAN l Tanggal 23 Ogos 2022 dan 1 September 2022 akan tercatat dalam sejarah Malaysia untuk selamanya Sejarah ini terhasil dengan perjuangan kolektif rakyat Malaysia yang bangkit pada 29 dan 30 Ogos 2015 menentang salah gu...
Rakyat Harus Beri Peluang Kepada Anwar

Rakyat Harus Beri Peluang Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 114 hits
UFO TERHEMPASRakyat Malaysia perlu tahu punca sebenarnya kejatuhan kerajaan 22 bulan PAKATAN HARAPAN sebelum membuat keputusan yg akan menyebabkan kerugian kerosakkan penyesalan selepas PRU 15 akan memberi impak yg besar pd negara generasi ...
Apa Yang Rafizi Cakap Adalah Kata Rakyat

Apa Yang Rafizi Cakap Adalah Kata Rakyat

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 147 hits
Keengganan PH bekerjasama dengan PN hanyalah pendapat peribadi Rafizi kata Mahiaddin Tapi dia siapa nak pandai pandai kata begitu Rafizi adalah Timbalan Presiden Keadilan Rafizi ada dalam mesyuarat Majlis Presiden Berita penuh di sini Apa y...
Jangan Terlalai Musuh Sebenar Rakyat Dan Negara

Jangan Terlalai Musuh Sebenar Rakyat Dan Negara

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 175 hits
IA BUKAN soal vediosex atau buku itu lebih kepada moral seorang dua pemimpin dan jika benar mereka LAYAK dicampak KE sarang buaya NEGARA Tak rugi APA Musuh sebenar adalah mereka yang sedang DIDAKWA dengan tuduhan Jenayah melingkupkan NEGARA...
Eugene Levy S Toronto

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Kaya Raya Bayar Rm17 Juta Secara Tunai Rumah Mewah Jennie Bp Didedahkan

Jangan Pandang Belakang 2

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji

Ringgit Opens Lower Ahead Of Bnm S Opr Release



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Sanggup Bawa Asid Dari Johor Ke Kelantan Simbah Rakan

5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Tips Hadapi Anak Anak Tantrum

The Lies And Fraudulent Claims Of Matcvs Proven

Berhenti Menjaja Serangan Bola Sepak