Penjelasan Sebenar Doktor Bubble Tea Mengeras
Penjelasan Sebenar Doktor Bubble Tea Mengeras BEBOLA BUBBLE KERAS SEAKAN BATU?
Tular satu video berdurasi 1.07 minit berkongsi mengenai air bubble tea yang dibuang semalaman menjadi keras seakan batu (pautan ada pada komen pertama di bawah 👇🏻). Niatnya nak bagi kucing minum, nampaknya kucing pun malas nak kunyah bubble ini 😂. Maka, risaulah mereka keadaan sama berlaku dalam perut mereka. Macam mana nak hadam? 🤔
Bubble dibuat dari tepung ubi, komponen utama dia kanji. Banyak kali dah saya cerita pasal struktur kimia kanji:
1) saya kaitkan dengan kanji degil (resistant starch) yang difermentasi oleh bakteria dalam usus besar lalu menghasilkan gas yang orang kita panggil dengan istilah ‘angin’,
https://www.facebook.com/100000727466295/posts/2590841904283366?sfns=mo
2) saya kaitkan dengan pantang orang lepas bersalin
https://www.facebook.com/100000727466295/posts/2186746058026288?sfns=mo
3) dan saya kaitkan dengan kesan rasa mengantuk dan ‘kembung’
https://www.facebook.com/100000727466295/posts/2480651048635786?sfns=mo
Ini kalau buat projek PhD pun sudah boleh konvo. Betul tak Ahmad Shakani Abdullah? 😂
Kali ini, saya nak ulas santai-santai saja.
Baiklah.
Pernah beli bebola bubble yang belum dimasak? Keras kan? Tapi taklah sekeras yang sudah direbus dan kering semula. Sebenarnya bebola bubble yang berulang-ulang dipanas-sejuk akan menjadi lebih keras kerana penyusunan semula (rearrangement) struktur molekul kanji berlaku. Ini menyebabkan ikatan antara struktur kanji makin padat yang mana terlihat dari fizikalnya yang mengeras.
Namun dalam perut taklah jadi keras macam dalam video tu. Sebab dalam perut kita ada cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia semulajadi (aka enzim, hormon, asid, alkali...) yang bertungkus lumus menjalankan proses penghadaman. Cuma ianya akan mengambil masa yang lama sedikit untuk dihadam.
Nak membantu proses penghadaman bebola bubble ini, maka kunyahlah lama-lama. Aktiviti mengunyah lama-lama ini akan mengecilkan saiz bebola bubble, memberikan ruang dan masa yang cukup untuk enzim dalam air liur berinteraksi dengan struktur kanji. Ini akan memudahkan proses pencernaan seterusnya dalam sistem penghadaman.
Dan yang paling penting, mohon ambil peduli kandungan GULA dalam minuman jenis ini. Makan dan nikmatilah... Namun bersederhanalah. Ketahui tahap kesihatan semasa anda. Ingat, segala yang berlebihan membawa mudarat!
*Semoga bermanfaat*
Jom follow FB ChM. Dr Fatimah Salim untuk mengetahui kimia dalam kehidupan seharian. Best gila kalau faham kimia!!
Nota kaki: Teringat dulu masa kecil-kecil buat gam dari tepung kanji. Habis dihurung semut kertasnya 😂
#ahlikimia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iskandarx-society.blogspot.com/2019/09/penjelasan-sebenar-doktor-bubble-tea.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo+%28Ar