Penjelasan Jakim Berkenaan Transformer Ketika Sambutan Maal Hijrah 2024
Penjelasan JAKIM Berkenaan Transformer Ketika Sambutan Maal Hijrah 2024
Penjelasan JAKIM Berkenaan Transformer Ketika Sambutan Maal Hijrah 2024. Pada Sambutan Maal Hijrah 2024, JAKIM telah mengeluarkan penjelasan berkenaan persembahan khas bertemakan Transformer. Persembahan ini bertujuan untuk menggabungkan elemen saintifik dengan nilai-nilai keagamaan, khususnya melalui Tafsir Ilmi yang menghubungkan kejadian alam semesta dengan kebesaran Allah SWT.
Dalam penjelasan ini, JAKIM menekankan pentingnya memahami ayat-ayat al-Quran dalam konteks saintifik dan ilmiah, yang dapat meningkatkan keimanan serta pengetahuan umat Islam. Terdapat beberapa kelebihan dan panduan yang diberikan oleh JAKIM untuk memastikan persembahan ini tidak hanya sekadar hiburan tetapi juga sebagai medium pendidikan dan peningkatan spiritual.
Penjelasan JAKIM Berkenaan Transformer Ketika Sambutan Maal Hijrah 2024
Penjelasan JAKIM Berkenaan Transformer Ketika Sambutan Maal Hijrah 2024
Penjelasan mengenai konsep persembahan khas sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M oleh JAKIM memberikan penekanan kepada Tafsir Ilmi Kejadian Langit & Bumi, yang membincangkan perkara-perkara saintifik dan ilmiah dalam ayat-ayat al-Quran.
Persembahan ini menunjukkan keindahan cakerawala, mengajak umat Islam mengkaji dan berfikir tentang penciptaan alam semesta, dan mengingatkan tentang kekuasaan Allah SWT. Melalui pendekatan saintifik dan seni, persembahan ini menggabungkan unsur-unsur tradisional seperti seni silat dengan kemajuan teknologi, memberikan inspirasi untuk menjelajahi kehidupan dan meningkatkan keimanan. Berikut adalah merupakan penjelasan JAKIM berkenaan Transformer:
1. Persembahan khas yang ditampilkan sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M memberi penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit & Bumi yang membawa maksud tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran. Menyelusuri perjalanan Tafsir Ilmi merupakan perjuangan untuk memfokuskan seluruh pancaindera mengakui keagungan Ilahi berlandaskan Al-Quran.
2. Konsep persembahan turut menunjukkan keindahan cakerawala yang dihiasi dengan galaksi dan sistem suria yang merupakan fenomena alam semesta yang menakjubkan. Sesungguhnya kewujudan ini membuktikan tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT sebagai Maha Pencipta. Eksplorasi ini dapat mengacu akal pada batas pengetahuan, minat dan pengalaman sebagai inspirasi untuk menjelajahi kehidupan dan meningkatkan keimananan dalam diri.
3. Tindakan untuk mengkaji dan berfikir tentang penciptaan langit dan bumi dan proses-proses yang berkaitan dengannya tidak dapat dipisahkan daripada sains dengan menggunakan pendekatan yang saintifik, sebagaimana yang telah dilakukan oleh saintis Muslim sebelum ini. Al-Quran mendorong umat Islam untuk banyak mengkaji dan hal ini banyak berkait dengan penerokaan ilmu terutama dalam bidang sains tambahan pula kita berada di zaman revolusi 4.0 @ IR4.0, dengan ledakan automasi, digital dan fizikal siber kini menguasai manusia. Sains telah banyak memberikan sumbangan bermakna kepada peradaban manusia. Dan sudah tentu umat Islam merupakan peledak kepada ilmu sains moden yang berkembang hingga ke hari ini.
4. Konsep persembahan turut membawa peringatan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, manusia adakalanya sering terlupa akan kekuasaan zat Allah SWT sebagai penakluk semesta. Kealpaan manusia mengejar arus modenisasi menjadikan adakalanya menjadi manusia khilaf akan batasan akal dan hukum alam.
5. Tuntasnya, sebagai khalifah di muka bumi ini, adalah menjadi kewajiban kita untuk melestarikan alam sekitar dan menguruskan khazanah yang diamanahkan oleh Allah SWT. Sains dan teknologi bukanlah musuh peradaban tetapi medium keharmonian jika disantuni dengan bijaksana. Konsep persembahan juga menunjukkan bahawa kemajuan perlulah berlandaskan Al-Quran yang mana kemajuan yang tidak dilengkapi nilai agama akan menimbulkan kehancuran dan kemusnahan kepada alam.
6. Pergerakan tari yang dipersembahkan pula adalah mengambil influens dari seni mempertahankan diri seperti silat, pergerakan kemudiannya dikreasikan mengikut lirik lagu menggambarkan kejayaan. Dalam menuju arus kemodenan, jati diri tetap tidak dilupakan sebagai bekalan menghadapi cabaran semasa.
Dengan Penjelasan JAKIM Berkenaan Transformer Ketika Sambutan Maal Hijrah 2024 dan konsep yang diberikan oleh JAKIM, persembahan sempena Sambutan Maal Hijrah 2024 diharapkan dapat memberikan manfaat besar kepada masyarakat, menggabungkan ilmu pengetahuan dengan peningkatan keimanan, serta menekankan pentingnya menjaga alam sekitar dan khazanah yang diamanahkan oleh Allah SWT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/07/penjelasan-jakim-berkenaan-transformer.html