Penjelasan Isu Rusuhan Depan Tokong Salak Selatan




PANDUANKINI | Pada 28 September lalu, beberapa rakaman video tersebar di media sosial memaparkan rusuhan melibatkan sekumpulan individu dengan anggota polis.

Seramai 24 individu ditangkap berkaitan insiden itu yang mengundang perhatian ramai.

Setakat ini, tiada satu pihak yang memberikan penjelasan yang jelas berkenaannya dan ia mungkin kerana isu itu melibatkan beberapa pihak berkepentingan.

Panduankini kali ini juga menjelaskan kekeliruan yang tercetus.

Ada tokong yang dirobohkan?

Tiada. Tokong yang terlibat - Tokong Chee How di Salak Selatan, Kuala Lumpur - tidak terusik.

Mengapa pihak berkuasa datang bersama mesin jentolak?

Pihak berkuasa mahu mengambil bahagian kecil tanah yang memisahkan tokong dengan SJKC Tai Thung di bahagian selatan.

Ia merupakan tanah kerajaan dan diperlukan untuk sebagai laluan ke satu plot tanah di bahagian barat tokong, di mana sebuah sekolah menengah akan dibina.

Bagaimanapun, pihak tokong telah sekian lama menggunakan kawasan itu dan meletakkan pagar, atas sebab ia tidak digunakan sebelum ini.

Mengapa berlaku kekecohan melibatkan polis pada 28 September?

Sekumpulan individu, dipercayai penyokong tokong tersebut, berdepan dengan polis kerana mengandaikan pihak berkuasa akan menceroboh kawasan tokong.

Insiden itu disiarkan secara langsung oleh anggota tarian singa yang berkaitan dengan tokong tersebut. Video tersebut telah dipadam.

Bercakap dengan Malaysiakini, penasihat undang-undang tokong Chan Quin Er membangkitkan apa yang disifatkannya sebagai "sikap agresif" pihak berkuasa dan reaksi berlebihan penyokong tokong dalam insiden itu.

"Sebenarnya ini boleh dikendalikan secara harmoni. Tetapi kerana berlaku salah faham dan salah komunikasi, konflik yang dikesali ini berlaku," katanya.

Dia berkata pihak tokong akan terus berunding dengan pihak berkuasa untuk mencapai situasi menang-menang.

Setakat ini, polis telah menahan 24 individu kerana disyaki "melakukan rusuhan".

Pihak tokong juga telah memohon maaf dan berkata akan menarik semula tuntutan terhadap tanah tersebut.

Apa perkaitan SJKC Tai Thung dalam perkara ini?

Laluan masuk utama SJKC Tai Thung terletak di kawasan di mana sekolah menengah baru akan dibina.

Kini, dengan proses pembinaan akan dijalankan di kawasan itu, pelajar dan guru perlu menggunakan laluan masuk belakang yang lebih sempit.

Pengerusi lembaga sekolah, Lim Teong Kwee memberitahu Malaysiakini yang pihak sekolah telah meminta bantuan tiga timbalan menteri pendidikan, sejak pentadbiran Najib Razak.

Mereka ingin meyakinkan kerajaan untuk membenarkan mereka kekal menggunakan laluan masuk utama.

"Perkara ini berlanjutan sehingga 6 Mei lalu, apabila pejabat tanah tiba-tiba menghantar surat meminta kami mengosongkan tanah itu dalam masa 14 hari," kata Lim.

Katanya lagi, kerajaan tidak patut menutup laluan masuk utama sehinggalah perkara itu selesai, demi tidak menjejaskan keselamatan pelajar dan guru.

Pada masa ini, mereka menggunakan pintu kecemasan untuk masuk ke sekolah, yang menurut Lim bukan penyelesaian jangka panjang.

Mengapa SJKC Tai Thung guna tanah kerajaan untuk laluan masuk?

Pihak sekolah telah memohon pemilikan tanah itu pada kerajaan sejak akhir 1990-an. Sejak itu juga, ia menjadi laluan masuk utama ke sekolah.

Pertikaian untuk pemilikan tanah terhenti pada 2015, apabila Kementerian Pendidikan dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan membenarkan sekolah menduduki 2.607 ekar tanah rizab kerajaan secara percuma (Ditanda sebagai #6 pada peta di bawah).

Malaysiakini juga telah melihat persetujuan bertulis antara sekolah dengan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada 2015 - yang menyatakan sekolah perlu menyerahkan semula tanah itu tanpa pampasan apabila kerajaan memerlukannya semula.

Setakat ini, SJKC Tai Thung telah membelanjakan RM700,000 untuk membina tempat letak kereta, pintu masuk utama dan gelanggang bola keranjang di tanah itu, yang dahulunya tidak digunakan.

Bagaimanapun, pada 2017, kerajaan membatalkan persetujuan dan menuntut balik tanah itu bagi membina sebuah sekolah baru.

Sejak itu, SJKC Tai Thung menjalankan kempen untuk meyakinkan kerajaan agar membenarkan mereka terus menduduki tanah itu.

Mengapa kerajaan tak boleh bina sekolah di kawasan lain?

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mah Hang Soon, Kementerian Pendidikan percaya tanah di sebelah SJKC Tai Thung dan Tokong Chee How adalah lokasi paling strategik untuk sebuah sekolah menengah baru.

Ia disediakan untuk penduduk di 7,000 unit flat kos rendah di kawasan sekitar, katanya.

Sumber berita : Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/10/penjelasan-isu-rusuhan-depan-tokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Empat Lelaki Dalam Kekecohan Di Depan Sebuah Tokong Di Bandar Salak Selatan

Polis Tahan Empat Lelaki Dalam Kekecohan Di Depan Sebuah Tokong Di Bandar Salak Selatan

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 400 hits
KUALA LUMPUR Polis menahan empat lelaki dalam kekecohan di depan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan Jalan Sungai Besi di sini hari ini Dalam kejadian kira kira jam 11 45 pagi itu sekumpulan kira kira 30 individu dikatakan membantah tinda...
20 Lagi Terlibat Rusuhan Depan Tokong Ditahan

20 Lagi Terlibat Rusuhan Depan Tokong Ditahan

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 225 hits
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI Sebahagian 20 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan di hadapan sebuah tokong di Jalan Sungai Besi Kuala Lumpur semalam KUALA LUMPUR Seramai 20 lagi individu telah ditahan polis sus...
Ini Penjelasan Lengkap Pemprov Dki Jakarta Terkait Isu Penyelenggaraan Formula E

Ini Penjelasan Lengkap Pemprov Dki Jakarta Terkait Isu Penyelenggaraan Formula E

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 218 hits
Pernyataan Pemprov DKI tersebut berdasarkan dokumen yang di unggah dalam website PPID oleh Dinas Komunikasi Informatika dan Statistik DKI Jakarta
Kes Rusuhan Tokong Cheras 2 Lagi Ditahan

Kes Rusuhan Tokong Cheras 2 Lagi Ditahan

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 274 hits
Kes rusuhan tokong Cheras 2 lagi ditahan Polis menahan dua lagi individu berhubung kekecohan yang berlaku berhampiran Tokong Chee How di Salak Selatan Kuala Lumpur semalam Penangkapan itu dibuat pada jam 3 petang hari ini setelah rundingan ...
Isu Kelulusan Lot Tanah Khalid Berikan Penjelasan Berani Kerana Benar

Isu Kelulusan Lot Tanah Khalid Berikan Penjelasan Berani Kerana Benar

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 265 hits
Menurut kenyataan itu pemohon adalah sebuah syarikat pemaju perumahan yang membuat permohonan untuk mendapatkan tanah di Kuala Lumpur bagi membuat projek pembangunan bercampur termasuk 54 daripadanya adalah rumah mampu milik Selepas menerim...
Saya Puji Bekas Isteri Dia Ibu Yang Bagus Datuk Eizlan Kekal Baik Demi Masa Depan Anak

Saya Puji Bekas Isteri Dia Ibu Yang Bagus Datuk Eizlan Kekal Baik Demi Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 290 hits
Demi anak walaupun sudah mempunyai haluan masing masing pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya Vie Shantie Haroon Khan Menurut Eizlan dia percaya bahawa kasih sayang terhadap anak anak tidak w...
Keputusan Isytihar Darurat Di Melaka Ditentukan Minggu Depan

Keputusan Isytihar Darurat Di Melaka Ditentukan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 212 hits
October 8 2021 KUALA LUMPUR Kerajaan akan membuat keputusan minggu depan sama ada akan menasihatkan pemangku Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Melaka bagi menangguhkan pilihan raya negeri kata Ismail Sabri Yaakob Perdan...
Ibu Ayah Kena Jadi Superhero Anak Anak Kalau Nak Masa Depan Mereka Terjamin Mulakan Dari Sekarang

Ibu Ayah Kena Jadi Superhero Anak Anak Kalau Nak Masa Depan Mereka Terjamin Mulakan Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 281 hits
Sebagai ibu bapa pastinya kita inginkan masa depan yang cerah buat anak anak supaya kehidupan mereka lebih terjamin Tapi bagaimana caranya untuk kita merancang masa hadapan anak anak Ibu bapa tidak perlu risau lagi kerana ibu bapa boleh mer...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Travelling Ke Indonesia Jangan Ribet Beli Sim Card Pakai Esim Aja Ini Dia Keuntungannya Yang Bikin Liburan Makin Asik

Jangan Marah Unnn

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata