Penjawat Awam Wanita Perlu Berhati Hati Agar Tidak Memakai Blazer Bersama Baju Kurung Semasa Bekerja



Sepertinya ramai yang tidak tahu bahawa pemakaian blazer bersama baju kurung bagi penjawat awam wanita adalah tidak tepat. Blazer yang dipakai dengan niat agar si pemakai tampil lebih profesional dan kemas akhirnya bertukar menjadi satu pandangan sinis. Hal ini kerana ianya telah menggambarkan si pemakai tidak tahu etika pemakaian yang betul dan mungkin kurang cakna tentang kod berpakaian formal.
Kenapa ini terjadi? Sebenarnya ada sebab khas kenapa pemakaian baju kurung bersama blazer ini dilihat sebagai tidak tepat. Kombinasi blazer dengan baju kurung atau pakaian tradisional lainnya berjaya menimbulkan keraguan ramai pihak kerana pakaian tradisional seperti baju kurung ini dilihat sebagai 1 pakaian lengkap yang tidak perlu ada lagi pakaian tambahan yang boleh dipakai bersama-samanya.
Apa itu Blazer atau Kot dan Ketahui Cara Pemakaian Ringkas Pakaian Ini Blazer atau kot ialah sejenis pakaian luar yang biasanya dipakai dalam situasi semi-formal atau formal yang lebih santai. Ia merupakan sejenis jaket yang mempunyai potongan lebih kemas dan dipakai di atas baju lengan panjang seperti kemeja atau blaus. Blazer sering dipakai dalam pelbagai acara dan majlis seperti pertemuan perniagaan, majlis rasmi, atau acara sosial tertentu.
Ciri-ciri blazer termasuklah:
Potongan dan Rekaan: Biasanya blazer mempunyai potongan yang lebih berstruktur dan kemas berbanding jaket kasual. Ia mempunyai lekuk yang jelas pada bahagian dada dan pinggang, memberi siluet yang lebih ramping. Warna dan Bahan: Blazer datang dalam pelbagai warna dan bahan, tetapi warna solid seperti hitam, kelabu, biru gelap, atau coklat adalah yang paling umum. Bahan yang biasa digunakan termasuk wool, kapas, dan bahan campuran berkualiti tinggi. Perincian: Sesetengah blazer mempunyai perincian seperti butang logam pada pergelangan tangan, poket di bahagian hadapan, dan potongan pada pinggang untuk memberikan kesan yang lebih kemas. Padanan dan Gaya Keseluruhan: Biasanya blazer dipakai dengan seluar panjang, sering kali dalam warna dan bahan yang serasi. Ia juga boleh dipadankan dengan skirt dalam situasi tertentu. Blazer memberikan gaya yang lebih formal daripada jaket biasa, tetapi lebih santai daripada set pakaian jas formal. Ia boleh menyumbang kepada penampilan yang kemas dan profesional, sambil tetap memberikan sentuhan gaya peribadi. Blazer dapat menjadi komponen penting dalam pelbagai pilihan pakaian, membantu mencipta penampilan yang sesuai untuk pelbagai acara dan situasi.
Ketahui Pemilihan, Cara Pemakaian dan Beberapa Perkara Penting Mengenai Blazer Sebelum kita pergi kepada info yang agak kontroversi, mari kita betulkan beberapa asas pemakaian blazer yang mungkin ramai tidak tahu. Antaranya ialah :
#1 Ketahui Bilangan Butang dan Tahap Formal Pemakaian Pernah dengar bilangan butang blazer memberi maksud tahap formal yang berbeza? Ini secara ringkasnya yang dapat admin kongsikan.
Image Source : mallareddyecw dot com Jadi ingatlah, jika ada yang memakai blazer tanpa butang semasa majlis rasmi atau majlis formal maka ketahuilah anda sebenarnya perlu memakai blazer lain yang lebih tepat. Mungkin blazer yang tiada butang boleh buat pergi jalan-jalan sahaja.
#2 Butang Paling Bawah Sentiasa di Buka Selain membawa maksud tahap formal majlis, ada satu lagi perkara yang kita perlu ketahui mengenai butang. Syarat ini terpakai kepada semua jenis blazer kecuali yang hanya mempunyai 1 butang sahaja.
Image source: https://www.realmenrealstyle.com/suit-button-rules/ Ingat, lepas ini jangan bila ada majlis rasmi sahaja terus tiga-tiga butang blazer kita kancingkan. Biarkan butang yang paling bawah itu dibuka.
#3 Bahagian Bahu Mestillah “Perfectly Fit” Untuk Tampil Kemas Seterusnya pula mengenai labuh bahu. Pastikan bahu blazer betul-betul terletak pada bahu anda. Jangan terlebih dan jangan terangkat.
Source image: https://www.aristocracy.london/11-unspoken-suit-rules-for-the-modern-gentleman/ #4 Labuh Lengan yang Tepat Sekali pandang biasanya akan terus perasan sama ada blazer itu saiznya tepat atau tidak dengan anda. Caranya mudah sahaja iaitu hanya berpandukan pada lengan baju yang anda pakai. Jika terlalu singkat atau terlalu labuh, ianya mencerminkan anda memilih baju blazer yang tepat atau tidak.
Image Source : https://www.mensxp.com/fashion/style-guide/29412-22-important-style-rules-you-need-to-know-about-suits.html #5 : Buka Butang Ketika Anda Duduk Ini satu lagi ilmu yang sangat bermanfaat. Pastikan bila anda duduk, butang baju blazer anda semua dibuka dan duduklah dengan selesa. Jika perlu bergerak dan bangun, segeralah pakai semula butang tersebut.
Image Source : https://www.wonderwardrobes.com/ Baiklah itu sahaja yang ingin dikongsikan mengenai ilmu pemakaian blazer. Isu seterusnya yang paling ditunggu-tunggu ialah mengenai pemakaian blazer bagi kaum hawa iaitu bolehkah blazer dipakai bersama dengan baju kurung?
Perkongsian Ringkas Oleh Rudy Ludinata Mengenai Isu Pakai Blazer Dengan Baju Kurung Sebelum ini, beliau ada berkongsikan 1 soalan yang kerap ditanya oleh pensyarah dan guru mengenai perkara ini. Jadi ini admin kongsikan hantaran beliau di facebook.
Saya pernah ditanya oleh pensyarah dan guru mengenai pemakaian baju kurung yang dipadankan dengan jaket/blazer ketika menghadiri mesyuarat, pembentangan dan majlis rasmi yang lain.
Sebenarnya, cara pemakaian campuran yang sedemikian perlu dielakkan. Pilih satu sahaja gaya pemakaian, sama ada untuk memilih gaya pemakaian timur atau barat.
“Tapi, aircond pejabat ni sejuk sangatlah, tuan”
Baik, jika ia dipakai ketika bekerja di kubikal atau meja sendiri masih boleh dibenarkan. Namun, untuk acara rasmi, ia boleh digantikan dengan selendang yang sesuai. Namun ia bukanlah satu perkara yang wajib dan hanya sebagai alternatif. Baju kurung sebenarnya sudah boleh berdiri sendiri.
Selendang yang bagaimana ya? Tanpa corak atau corak geometrik/abstrak dengan warna yang kurang terang sangat digalakkan. Nah! Mantap sudah penampilan cik puan sekalian.
Er… kalau pergi temuduga kerja pun elakkan tau cik puan.

Sejauh Mana Kebenaran dan Ketegasan Arahan Ini? Kami mendapat maklum terlalu banyak kekeliruan mengenai isu ini. Benarkah ianya salah? Adakah pemakai layak dikenakan apa-apa tindakan? Atau adakah ianya hanya mengenai etika? Malah adakah benar etika pemakaian sebegini salah?
Baju Kurung Sudah Formal & Lengkap Ramai yang berpendapat pemakaian baju kurung itu sendiri sudah lengkap dan tidak lagi perlu ditambah apa-apa aksesori tambahan lain termasuklah blazer atau kot. Soalannya, adakah jika sebab ianya sudah formal, maka ianya tidak sesuai dipakai bersama blazer?
Pada pendapat admin, walaupun baju kurung sudah formal dan mampu berdiri sendiri tanpa aksesori lain namun jika ianya boleh menjadikan si pemakai lebih yakin dan selesa kenapa tidak?
Keselesaan Bergantung kepada Cuaca Bercakap mengenai keselesaan, pastinya kita mengetahui pemakaian blazer di negara kita adalah hanya untuk majlis rasmi dan formal sahaja. Hal ini kerana cuaca di Malaysia yang beriklim tropika menyebabkan suhu tinggi dan badan mudah berpeluh.
Lain pula di negara yang beriklim sejuk, mereka menjadikan budaya pemakaian blazer atau kot atau suit ini sebagai satu perkara normalisasi sahaja. Tapi tidak di negara kita. Jika mahu pakai, pastinya bilik perlu berhawa dingin jika tidak si pemakai pasti tidak dapat bertahan lama.
Oleh sebab itu, jika bercakap mengenai keselesaan pemakaian di sebabkan cuaca maka pemakaian baju kurung bersama blazer mungkin menyebabkan ada sesetengah orang tidak selesa jika perlu menyertai majlis atau program dibawah panas terik matahari. Jadi lebih baik jangan pakai blazer walaupun mungkin menjadikan si pemakain ayu sopan dan manis dipandang.
Sopan dan Menutup Aurat Sudah semestinya jika si pemakai menjadikan alasan untuk kelihatan sopan maka memakai baju kurung bersama blazer adalah satu keperluan tambahan. Namun amatlah jarang kita lihat baju kurung yang ketat dipakai oleh penjawat awam manita, tetapi jika ada maka memilih untuk menyarung blazer adalah jalan selamat yang terbaik untuk menutup aurat.
Soalan adakah ianya melanggar etika berpakaian? Rasanya soalan itu belum benar-benar dapat dijawab dengan sempurna. Setakat hasil carian yang admin dapat kongsikan kembali kepada pembaca sekalian isu ini masih dilihat tergantung dan terbuka untuk di bincangkan.
Adakah Salah Jika Memakai Baju Kurung Bersama Blazer Semasa Bekerja atau Majlis Rasmi/ Formal? Masih terbuka untuk dibincangkan. Itu jawapan ringkas yang dapat dikongsikan. Walaupun ada pihak melarang atau tidak bersetuju pemakaian baju kurung bersama-sama blazer ini namun kita tetapi menghormati pandangan penjawat awam sekalian yang memilih cara pemakaian ini sesuai untuk diteruskan.
Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Mungkin kita perlu semak balik etika pemakaian mengenai isu ini. Jika benar ianya masih belum ada kod etika, maka pihak kerajaan boleh bincangkan isu ini dan keluarkan pekeliling khas untuk menjawab soalan panas ini supaya tidak ada lagi keraguan antara penjawat awam semua.
Untuk pengetahuan semua, ada profesion di Malaysia yang mewajibkan pemakaian blazer kepada penjawat awam wanita. Siapa tahu apakah profesion itu dan bila mereka diwajibkan memakai blazer?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/08/penjawat-awam-wanita-tidak-memakai-blazer-bersama-baju-kurung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Diwajibkan Memakai Batik Setiap Khamis

Penjawat Awam Diwajibkan Memakai Batik Setiap Khamis

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 325 hits
Putrajaya Penjawat awam kini diwajibkan memakai baju batik setiap hari Khamis dan digalakkan memakainya pada hari bekerja lain Perkara tersebut dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam satu surat makluman bertarikh 21 Ogos 2023 Pemakaian...
Jpa Arah Semua Penjawat Awam Diwajibkan Baju Batik Setiap Hari Khamis

Jpa Arah Semua Penjawat Awam Diwajibkan Baju Batik Setiap Hari Khamis

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 259 hits
JPA Arah Semua Penjawat Awam Diwajibkan Baju Batik Setiap Hari Khamis Bermula 21 Ogos 2023 semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia setiap hari Khamis seperti yang diumumkan melalui Surat Edaran JPA 100 1 4 1 Penggunaan ...
Pemakaian Baju Batik Wajib Setiap Khamis Bagi Penjawat Awam

Pemakaian Baju Batik Wajib Setiap Khamis Bagi Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 302 hits
PEMAKAIAN BAJU BATIK MALAYSIA SEMASA WAKTU BEKERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN Semua pegawai awam DIWAJIBKAN memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis berkuat kuasa 21 Ogos 2023 Perkara tersebut dimaklumkan melal...
Penjawat Awam Pencem Umur 50tahun Rakyat Menyambut Baik Cadangan Tersebut

Penjawat Awam Pencem Umur 50tahun Rakyat Menyambut Baik Cadangan Tersebut

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 386 hits
Kakitangan kerajaan patut besara Wajib 50 55 bagi peluang pada generasi baru yang sudah lama belajar tapi tiada peluang pekerjaan Apa kata anda Kerajaan kena kaji balik Mohon Penjawat awam pencen pada umur 50 tahun adalah satu isu yang memp...
Gagalkan Tppo 9 Korban Diminta Gadaikan Aset Tanah Hingga Sawah Agar Bisa Bekerja Di Jepang

Gagalkan Tppo 9 Korban Diminta Gadaikan Aset Tanah Hingga Sawah Agar Bisa Bekerja Di Jepang

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 227 hits
Tiga orang yang telah ditetapkan menjadi tersangka menyuruh korbannya untuk menggadaikan asetnya dengan alasan kebutuhan proses administrasi
Seramai 8 000 Penjawat Awam Pesara Kerajaan Pahang Dapat Bantuan Khas

Seramai 8 000 Penjawat Awam Pesara Kerajaan Pahang Dapat Bantuan Khas

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 260 hits
nbsp KUANTAN Kerajaan Pahang nbsp meluluskan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM2 4 juta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penerima layak ialah penjawat awam ne...
Hiburan Tular Pengkid Kacau Jurujual Wanita Sedang Bekerja Sampai Kejar Minta Peluk Try Hard Nak Nampak Jantan

Hiburan Tular Pengkid Kacau Jurujual Wanita Sedang Bekerja Sampai Kejar Minta Peluk Try Hard Nak Nampak Jantan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 175 hits
Satu rakaman tular di Twitter mempamerkan seorang wanita berperwatakan seperti lelaki atau pengkid mengganggu jurujual sebuah kedai aksesori Malah pengkid tersebut akui suka mengacau wanita berkenaan kerana mungkin berasa situasi dan respon...
Buat Tuntutan Lebih Rm200 000 Sprm Tahan Penjawat Awam

Buat Tuntutan Lebih Rm200 000 Sprm Tahan Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 296 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan menahan seorang penjawat awam wanita disyaki menggunakan jawatannya mendapat wang tuntutan lebih RM200 000 selama tiga tahun Menurut sumber suspek yang berusi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui