Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan Rm700


harakahdaily.com
October 29, 2021


KUALA LUMPUR: Seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh mencabar ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata manakala seramai satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

“… (kedua-dua bantuan ini melibatkan) dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion. Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Perkara itu adalah antara yang cadangan di bawah strategi keempat iaitu “Mendokong Penyampaian Perkhidmatan Awam” Bajet 2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”.

Selain itu, Zafrul berkata gantian cuti rehat juga dinaikkan daripada maksimum 150 hari keapda 160 bagi menghargai pengorbanan penjawat awam terutama barisan hadapan yang tetap komited dengan tugas dan tidak berpeluang bercuti.

Katanya, kerajaan juga bercadang untuk menambah baik beberapa kemudahan anggota perkhidmatan awam antara lain memperuntukkan RM365 juta untuk menyelenggara kuarters dan bangunan guna sama di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah.

Antara tambah baik lain adalah meningkatkan Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan daripada RM150 kepada RM200 sebulan yang bakal memanfaatkan lebih 14,000 pegawai penjara, selain meningkatkan Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai dan RM6 kepada RM8 sejam untuk anggota.

Kerajaan juga bercadang memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit mental. 
– BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/penjawat-awam-terima-bantuan-khas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Dapat Rm700

Penjawat Awam Dapat Rm700

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 251 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 diberikan kepada 1 3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah Bantuan ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab m...
Hampir 26 000 Penjawat Awam Belum Terima Vaksin

Hampir 26 000 Penjawat Awam Belum Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 196 hits
Hampir 26 000 penjawat awam belum terima vaksin Kira kira 1 6 peratus atau 25 920 kakitangan sektor awam belum menerima vaksin dan ketua ketua jabatan akan memahami punca mereka enggan berbuat demikian Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Peke...
Terima Kasih Duta Khas Atas Lawak Anda Hari Ini Bikin Ngekek Gue

Terima Kasih Duta Khas Atas Lawak Anda Hari Ini Bikin Ngekek Gue

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 169 hits
Siapa faham apa yg lebai ni merapu Dia tahu ke tugas dia sebenarnya Siap kertas skrip tu hahaha
9 Wanita Terima Bantuan Pembedahan Katarak Percuma

9 Wanita Terima Bantuan Pembedahan Katarak Percuma

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 193 hits
TAKLIMAT Eliza bersama salah seorang pesakit serta tetamu kehormat lain ketika mendengar taklimat ringkas daripada doktor 9 wanita terima pembedahan katarak percuma KOTA KINABALU Seramai sembilan wanita dari keluarga berpendapatan rendah B4...
Butuh Pembiayaan Untuk Transisi Energi Bumn Buka Celah Terima Bantuan Bank Dunia

Butuh Pembiayaan Untuk Transisi Energi Bumn Buka Celah Terima Bantuan Bank Dunia

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 236 hits
Pahala mengatakan akselerasi untuk menuju transisi energi membutuhkan banyak hal Salah satunya memungkinkan adanya investasi untuk membangun pembangkit listrik yang ramah lingkungan
Bantuan Khas Covid19 Nadma Sebanyak Rm100 Sehari

Bantuan Khas Covid19 Nadma Sebanyak Rm100 Sehari

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 359 hits
Bantuan Khas Covid19 NADMA Tahukah anda NADMA merupakan sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara dibawah Jabatan Perdana Menteri yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa bencana Kini NADMA juga memberi bantuan kepada mereka...
Jumlah Bantuan Khas Covid 19 Wajar Dinaikkan

Jumlah Bantuan Khas Covid 19 Wajar Dinaikkan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 404 hits
Kuala Lumpur Kerajaan wajar untuk menaikkan Bantuan Khas Covid 19 yang menyaksikan bayaran maksimum adalah RM1 300 iaitu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pendapatan garis kemiskinan purata negara RM2 208 sebulan Dewan Negara diber...
Pakej Cuti Untuk Penjawat Awam Diperkenalkan Untuk Tingkatkan Pelancongan Domestik

Pakej Cuti Untuk Penjawat Awam Diperkenalkan Untuk Tingkatkan Pelancongan Domestik

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 363 hits
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui agensinya Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domesti...
Lengkap Vaksin Jadi Syarat Pengambilan Penjawat Awam Sabah

Lengkap Vaksin Jadi Syarat Pengambilan Penjawat Awam Sabah

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 238 hits
Datu Rosmadi menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Bersama Pasukan pengurusan Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 Sabah Datuk Masnah Mat Salleh Foto NSTP MOHD ADAM ARININ Pelalian syarat mohon...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je