Penjawat Awam Masih Sokong Pn Kerana Tersinggung Sikap Kerajaan Kini Ilham Centre


 
Ogos 27, 2023
Gambar hiasanKUALA LUMPUR: Sentimen Melayu dan Islam terancam, selain tidak memahami konsep Malaysia MADANI, menyebabkan penjawat awam di enam negeri masih 'terperangkap' dalam pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Dapatan itu diperoleh membabitkan kajian melalui kaedah kualitatif dengan 200 penjawat awam ditemubual secara mendalam berhubung sentimen mereka.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar, berkata penjawat awam yang ditemui di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan membabitkan pelbagai segmen antaranya guru, polis, tentera serta pegawai pentadbir.

Beliau berkata, istilah 'terperangkap' yang dimaksudkan ialah penjawat awam yang ditemubual masih memilih untuk menyokong era pentadbiran Muhyiddin yang juga Perdana Menteri ke-lapan.

"Dalam kalangan kira-kira 217 responden, lebih 90 peratus menyokong Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin.

"Saya sendiri menemubual 60 daripadanya, dan mereka mengakui selesa dengan kepimpinan Muhyiddin yang dilihat membela Melayu serta Islam.

"Penjawat awam berasa mereka diberi kepercayaan oleh kerajaan ketika itu, tanpa kontroversi dan persepsi diganggu gugat dalam menjalankan tugas," katanya kepada BH, di sini.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar.
Pada masa sama, Muhamad Hisommudin berkata, sebaliknya dalam pentadbiran kini, penjawat awam ditemui mengakui 'tersinggung' dengan tindakan kepimpinan kini yang seolah-olah menyalahkan golongan itu dalam aspek rasuah.

Katanya, walaupun wujudnya usaha daripada kerajaan sedia ada dalam menjaga kebajikan penjawat awam termasuk aspek gaji, namun persepsi mereka mengatasi inisiatif terbabit.

Malah beliau berkata, penjawat awam yang ditemui juga mengakui sebahagian menteri dilihat tidak kompeten, malah menyumbang kepada defisit sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Katanya, imej menteri khususnya yang menjaga aspek keselamatan kebiasaannya dilihat sebagai pemimpin 'bermulut emas' dan sangat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

"Namun ada tindakan menteri tertentu yang didakwa berlebihan menjadi jurukempen dalam menyerang pembangkang, dianggap penjawat awam sebagai tindakan bersifat canggung selain ada yang dianggap tidak mampu menyampaikan dasar Malaysia Madani dan menangkis naratif dimainkan pembangkang..

"Bagi penjawat yang ditemui dalam kajian itu, mereka berasa tawar hati, malah ada sebahagiannya yang menganggap tindakan sebegitu memalukan pihak keselamatan berkenaan," katanya.

Muhamad Hisommudin berkata, keselesaan penjawat awam pada pentadbiran Muhyiddin yang mengetuai parti komponen PN, BERSATU turut didorong oleh 'memori hitam' ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 lalu.

Katanya, kenyataan dibuat pemimpin ketika pentadbiran PH, lima tahun lalu, yang ingin mengurangkan penjawat awam, selain melihat kedudukan Melayu dan Islam terancam ketika itu, menghantui mereka.

"Penjawat awam berasa tidak selamat ketika itu, sehinggalah mereka berada pada pentadbiran Muhyiddin selepas jatuhnya kerajaan PH pada 2020.

"Namun pada pentadbiran kini mereka kembali pada fasa sama, selepas wujudnya beberapa kenyataan yang mengaitkan penjawat awam ini terbabit rasuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya pentadbiran kini berbuat sesuatu dengan memahamkan penjawat awam berkaitan hala tuju dasar kerajaan khususnya melalui konsep MADANI dan meyakinkan bahawa kedudukan mereka tidak tergugat.

Katanya, ini kerana jika sentimen ini berterusan, ia dikhuatiri boleh menimbulkan daulah terpendam (rasa tidak puas hati) kepada pentadbiran dalam kalangan penjawat awam, sekaligus merencatkan usaha dilakukan kerajaan.

"Ini kerana, apa yang dilaksanakan penjawat awam tidak sepenuh hati kerana ada sebahagian mereka mengkritik dasar Malaysia MADANI yang dilihat kabur, akhirnya menyebabkan mereka lebih terasing untuk menyokong kerajaan.

"Jika tiada usaha dilaksanakan, saya yakin pola sokongan terhadap Muhyiddin akan berterusan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak," katanya
bharian.com.my
Oleh Suzalina Halid -
[email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/penjawat-awam-masih-sokong-pn-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuepacs Yakin Kerajaan Tunai Janji Naik Gaji Penjawat Awam

Cuepacs Yakin Kerajaan Tunai Janji Naik Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 252 hits
KUALA TERENGGANU Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam yakin kerajaan akan menunaikan janji untuk menaikkan gaji penjawat awam biarpun keputusan pilihan raya negeri di beberapa negeri menyaksikan kekalahan teruk gabungan ...
Kerajaan Sedia Perinci Kenaikan Gaji Penjawat Awam Ahmad Maslan

Kerajaan Sedia Perinci Kenaikan Gaji Penjawat Awam Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 294 hits
AYER KEROH Kerajaan sedia memperincikan kenaikan gaji untuk kira kira 1 3 juta penjawat awam sebelum dibentangkan dalam Belanjawan 2024 Oktober ini Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata turut diperincikan adalah kenaik...
Seramai 8 000 Penjawat Awam Pesara Kerajaan Pahang Dapat Bantuan Khas

Seramai 8 000 Penjawat Awam Pesara Kerajaan Pahang Dapat Bantuan Khas

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 442 hits
nbsp KUANTAN Kerajaan Pahang nbsp meluluskan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM2 4 juta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penerima layak ialah penjawat awam ne...
Beraninya Penjawat Awam Sekarang Menentang Kerajaan

Beraninya Penjawat Awam Sekarang Menentang Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 236 hits
Shahbudin HusinAwal hari ini tersebar di media sosial berkenaan sebuah poster melibatkan Adun PN kawasan Ijok Jefri Mejan yang memohon infaq atau sumbangan bagi penubuhan pusat khidmat masyarakat atas kedudukannya sebagai wakil rakyat kawas...
Kesian Pas Masih Tetap Kemaruk Nak Bersama Umno Dengan Bersatu Saja Tak Bolehkah Tubuh Kerajaan

Kesian Pas Masih Tetap Kemaruk Nak Bersama Umno Dengan Bersatu Saja Tak Bolehkah Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 278 hits
Kesian dengan Pas mereka nampaknya tetap teringin ghairah dan kemaruk mahu bekerjasama dengan UMNO semula walaupun sebelum ini telah ditolak berkali kali Kali ini keyakinan bekerjasama itu diyakini dapat dilaksanakan setelah Ahmad Zahid Ham...
Bukan Tak Nak Tapi Shin Hyesun Dedah Sebab Masih Single Kini

Bukan Tak Nak Tapi Shin Hyesun Dedah Sebab Masih Single Kini

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 268 hits
Baru baru ini Shin Hye sun telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Jo Hyun Ah s Thursday Night di mana pelakon itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara ARTIKEL BERKAITAN Dalam siaran itu Shin Hye sun mendedahkan mengenai keting...
Pembelajaran Hadis 40 Mca Kini Setuju Pas Sokong Penuh

Pembelajaran Hadis 40 Mca Kini Setuju Pas Sokong Penuh

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 284 hits
MCA menyatakan mereka kini berpuas hati dengan rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia mengajarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi selepas mendapat penjelasn Perdana Menteri Anwar Ibrahim Presiden MCA Wee Ka Siang bagaimanapun berka...
Penjawat Awam Pencem Umur 50tahun Rakyat Menyambut Baik Cadangan Tersebut

Penjawat Awam Pencem Umur 50tahun Rakyat Menyambut Baik Cadangan Tersebut

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 512 hits
Kakitangan kerajaan patut besara Wajib 50 55 bagi peluang pada generasi baru yang sudah lama belajar tapi tiada peluang pekerjaan Apa kata anda Kerajaan kena kaji balik Mohon Penjawat awam pencen pada umur 50 tahun adalah satu isu yang memp...
Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Filem Banduan Adaptasi Filem Tamil Kaithi

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri