Penjawat Awam Diarah Selesaikan Program Pembelajaran Ai Untuk Rakyat


Imej hiasan

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan diarah menyelesaikan program pembelajaran dalam talian ‘AI untuk Rakyat’.

Program berkenaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai Kecerdasan Buatan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, melalui surat pekeliling bertarikh 17 Januari lalu yang dikongsi di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Surat pekeliling itu dihantar kepada Ketua Setiausaha semua kementerian, semua ketua jabatan peringkat persekutuan, setiausaha kerajaan negeri serta ketua badan berkanun di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

“Semua penjawat awam di kementerian/jabatan/agensi peringkat persekutuan, di negeri serta badan berkanun di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan dikehendaki menyelesaikan program pembelajaran ini untuk mendapatkan pengiktirafan ‘AI Aware dan AI Appreciate’.

“Ini bertujuan memastikan peningkatan kesedaran dalam kalangan penjawat awam mengenai penggunaan teknologi canggih.

“Penyertaan penjawat awam dalam program AI untuk Rakyat dilihat berupaya untuk meningkatkan pencapaian pelaksanaan inisiatif pendigitalan oleh kerajaan dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam pekeliling itu.

JPA tidak menetapkan tarikh akhir secara khusus bagi penjawat awam menyelesaikan program berkenaan.

Bagaimanapun, JPA mahu kemajuan mengenai penyertaan dalam program itu diserahkan kepada Kementerian Ekonomi.

Program AI Untuk Rakyat dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar pada 16 Januari lalu, manakala program pembelajaran dalam talian itu adalah kerjasama antara MyDigital Corporation dan Intel Corporation.

Program itu boleh diakses melalui www.ai.gov.my yang disediakan dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu AI Aware dan AI Appreciate, yang boleh diselesaikan dalam masa kira-kira empat jam.

Ketika melancarkan program itu, Perdana Menteri memberi tempoh sehingga bulan depan kepada anggota Kabinet untuk mengemukakan laporan berkaitan dengan kemajuan peningkatan kesedaran dan literasi AI di kementerian masing-masing.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/01/penjawat-awam-diarah-selesaikan-program.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naikkan Gaji Penjawat Awam Hapuskan Pencen Menteri Wakil Rakyat

Naikkan Gaji Penjawat Awam Hapuskan Pencen Menteri Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 333 hits
Syed Saddiq gesa kerajaan naikkan gaji penjawat awam berbanding menghapuskan pencen mereka kerana gaji golongan itu tidak dinaikkan sejak 2013 selain berdepan cabaran lain seperti tempat tinggal yang daif Gambar failSHAH ALAM Ahli Parlimen ...
Tak Adil Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan Wakil Rakyat Dapat Pula Pemuda Umno

Tak Adil Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan Wakil Rakyat Dapat Pula Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 290 hits
Dr Muhamad Akmal SalehKUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO menggesa cadangan pemansuhan pencen wakil rakyat dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya kepada penjawat awam Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata semua pihak memaham...
Hantar Laporan Sumbangan Penjawat Awam Kepada Ksn Pm

Hantar Laporan Sumbangan Penjawat Awam Kepada Ksn Pm

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 272 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua Ketua Setiausaha kementerian dan ketua jabatan agar mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan sesuatu projek kerajaan Perdan...
Hmmmm Laporan Projek Penjawat Awam Anwar Ibrahim

Hmmmm Laporan Projek Penjawat Awam Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 419 hits
Laporan projek secara bulanan sebelum ni semua projek tidak dilaporkan secara bulanan ker Bukankah setiap bulan ada KPI untuk setiap penjawat awam Sepatutnya untuk lebih telus dan mulus Laporan progress setiap projek jabatan di setiap agens...
Suara Rakyat Sambutan Luar Biasa Program Jualan Rahmah Di Rantau Abang

Suara Rakyat Sambutan Luar Biasa Program Jualan Rahmah Di Rantau Abang

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 357 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Ai Untuk Rakyat Program Percuma Tingkat Kesedaran Digital Rafizi

Ai Untuk Rakyat Program Percuma Tingkat Kesedaran Digital Rafizi

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 263 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Kerajaan menyasarkan seramai satu juta peserta terlibat dalam program Kecerdasan Buatan Untuk Rakyat dalam tempoh tiga tahun akan datang kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata program promosi selain melalui media sos...
Nutrigene Lancar Program Silang Pembangunan Peribadi Untuk Genetik Dan Pembelajaran Melalui Dna

Nutrigene Lancar Program Silang Pembangunan Peribadi Untuk Genetik Dan Pembelajaran Melalui Dna

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 182 hits
Nutrigene Lancar Program Silang Pembangunan Peribadi untuk Genetik dan Pembelajaran melalui DNAInisiatif revolusioner yang ditetapkan untuk mengoptimumkan perkembangan kanak kanak dengan menyelaraskan kesejahteraan psikologi dengan kecemerl...
Ucapan Penuh Yab Pm Di Majlis Peluncuran Program Ai Untuk Rakyat 16 Ja

Ucapan Penuh Yab Pm Di Majlis Peluncuran Program Ai Untuk Rakyat 16 Ja

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 241 hits
16 Januari 2024 Selasa Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia Disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam

Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 216 hits
Wajarkah pelaburan emas dijadikan sebagai dana persaraan bagi penjawat awam seterusnya capai matlamat kebebasan kewangan Bolehkah emas dijadikan alat untuk menyimpan kekayaan Bila ditanya kepada penjawat awam Apa nak risau Saya kan dah pili...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua