Penjara Lancar Imesej Bolehkan Banduan Terima Ucapan Gambar Hari Raya

PETALING JAYA: Jabatan Penjara melancarkan program yang membolehkan  ahli keluarga banduan menghantar teks pesanan dan ucapan Hari Raya bagi  menggantikan lawatan ke penjara berikutan sekatan pergerakan yang  dilanjutkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).
Rohaida Mohamad, jurucakap jabatan itu, memberitahu bahawa  perkhidmatan iMesej dilancarkan semalam dan akan diteruskan sehingga 24  Jun di penjara terpilih di seluruh negara.
Beliau berkata maklumat mengenai program itu disediakan di laman web  jabatan berkenaan, selain menambah ahli keluarga boleh menghubungi pihak  berkuasa penjara untuk maklumat lanjut.
Lawatan ke penjara tidak dibenarkan sejak Covid-19 tercetus, dengan  kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada pertengahan  Mac untuk mengekang penularan jangkitan.
     Rohaida berkata lawatan ahli keluarga ketika sambutan Hari Raya  termasuk Hari Gawai dan Kaamatan di Sarawak dan Sabah tidak dibenarkan  kecuali untuk kes khas.
“Bagaimanapun, mereka dibenarkan untuk menghantar duit kepada orang  tersayang menurut kaedah yang diputuskan oleh Jabatan Penjara,”  tambahnya.
Peguam jenayah Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, jumlah wang yang  dikirimkan, biasanya antara RM50 hingga RM100, akan ditukar menjadi  kupon untuk dibelanjakan oleh banduan untuk membeli makanan dan  keperluan lain di kantin dan kios makanan.
Beliau berkata perkhidmatan iMesej adalah inisiatif baru jabatan berkenaan selepas krisis koronavirus tercetus.
   Pada masa lepas katanya, ahli keluarga dibenarkan mengunjungi banduan  selama 45 minit hingga 1 jam ketika perayaan seperti Hari Raya.
MR :  Tahniah
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/penjara-lancar-imesej-bolehkan-banduan.html