Penjana Bukti Keprihatinan Kerajaan Status Pkpb Masih Jadi Tanda Tanya




KUALA LUMPUR – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang bakal memanfaatkan rakyat keseluruhannya menjadi bukti keprihatinan kerajaan namun orang ramai masih tertanya-tanya mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sama ada akan dilanjutkan atau tidak apabila ia tamat Selasa ini.
Semua sedia maklum bahawa tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sebelum memperkenalkan PKPB pada 4 Mei lalu jelas membantu Kementerian Kesihatan (KKM) melandaikan kes penularan Covid-19 di negara ini.
Pelaksanaan PKP menyaksikan statistik penurunan kes positif baharu dari sehari ke sehari melibatkan warganegara sudah mencecah satu angka namun petugas barisan hadapan masih perlu bekerja keras dalam menangani kes positif yang meningkat dalam kalangan warga asing.
Apa pun keputusan kerajaan berhubung pelanjutan PKP, rakyat perlu membiasakan diri dengan normal baharu dalam rutin harian agar menjadi masyarakat yang sihat dan bersih.
Berbalik kepada pakej rangsangan ekonomi, Penjana yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyaksikan 40 inisiatif bertujuan merancakkan semula ekonomi negara dalam jangka pendek membabitkan sejumlah RM35 bilion.
Memahami keresahan rakyat yang bimbang berdepan risiko kehilangan pekerjaan, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM9 bilion menerusi Perluasan Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion dan Program Insentif Pengambilan Pekerja (RM1.5 bilion), yang bakal memanfaatkan sejumlah tiga juta tenaga kerja.
Selain itu, antara inti pati menarik dalam pakej rangsangan ekonomi tersebut ialah pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan serta 50 peratus bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020.
Bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak mereka ke taska, kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa pakej rangsangan ekonomi termasuk Prihatin dan Prihatin PKS Tambahan berjumlah RM260 bilion.
Selain berita gembira mengenai pakej rangsangan ekonomi itu, situasi Covid-19 di dalam negara turut menyaksikan perkembangan positif apabila hanya mencatatkan sejumlah 19 kes semalam berbanding 277 pada hari sebelumnya. – Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/06/penjana-bukti-keprihatinan-kerajaan-status-pkpb-masih-jadi-tanda-tanya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penjana-bukti-keprihatinan-kerajaan-status-pkpb-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasus George Floyd Jadi Bukti Bahwa Rasisme Memang Masih Tumbuh Subur Di Amerika Serikat

Kasus George Floyd Jadi Bukti Bahwa Rasisme Memang Masih Tumbuh Subur Di Amerika Serikat

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 951 hits
Kasus ini berbuntut pada demo besar besaran di negeri Paman Sam Ngeri padahal masih masa pandemi juga
Epl Bakal Kembali Masih Tertakluk Kepada Persetujuan Kerajaan

Epl Bakal Kembali Masih Tertakluk Kepada Persetujuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 321 hits
Bekas pemain bola sepak England yang kini telah menjadi penyampai atau pundit di Match of The Day Gary Lineker semalam telah memuat naik ciapan di Twitter Ianya telah kembali ianya telah kembali tidak lama lagi bola sepak akan kembali Ianya...
Masih Tiada Lagi Perbincangan Pkpb Dilanjutkan Atau Tidak Setakat Ini Ismail Sabri

Masih Tiada Lagi Perbincangan Pkpb Dilanjutkan Atau Tidak Setakat Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 376 hits
Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan belum lagi memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan atau sebaliknya Kita semua sedia maklum bahawa PKPB bakal berkahir...
Kerajaan Perkenal Penjana Bernilai Rm35 Bilion

Kerajaan Perkenal Penjana Bernilai Rm35 Bilion

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 319 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dengan tema Bersama Menjana Ekonomi bagi menangani impak pandemik koronavirus Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di bawah Penjana itu kerajaan telah mengenal p...
Hero Banjir P Pinang Masih Mengharap Status Warganegara Rumah

Hero Banjir P Pinang Masih Mengharap Status Warganegara Rumah

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 345 hits
Sapno Tukijo melaungkan azan untuk solat asar di Masjid Kapitan Keling di George Town Pulau Pinang Setelah 30 tahun berkahwin dengan rakyat tempatan dan membesarkan 6 anak dia masih tidak memperoleh kewarganegaraan GEORGE TOWN Seorang hero ...
Pembalakan Bukti Kerajaan Pas Terdahulu Gagal Urustadbir Kedah

Pembalakan Bukti Kerajaan Pas Terdahulu Gagal Urustadbir Kedah

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 406 hits
Leman Raja Lawan Pembalakan Hutan Simpan Tasik Pedu suatu masa dulu Bukti Kerajaan PAS Kedah Tak Mampu UrusTadbir Negeri Rakyat Negeri Kedah pernah membantah kepimpinan kerajaan PAS Kedah suatu masa dulu dimana masa tu Sanusi selaku Setpol ...
Masih Terlalu Awal Untuk Buat Keputusan Tamatkan Pkpb Kp Kesihatan

Masih Terlalu Awal Untuk Buat Keputusan Tamatkan Pkpb Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 409 hits
PUTRAJAYA 29 MEI Masih terlalu awal bagi Kementerian Kesihatan membuat keputusan sama ada untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas 9 Jun kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata adalah...
Status Tersangka Dirut Dirgantara Belum Diumumkan Kpk Tunggu Bukti Lengkap

Status Tersangka Dirut Dirgantara Belum Diumumkan Kpk Tunggu Bukti Lengkap

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 355 hits
Berdasarkan informasi KPK telah menjerat Budi Santoso yang merupakan mantan Dirut PT Dirgantara Indonesia sebagai tersangka Namun Firli masih enggan membeberkannya
Ini 2 Perkara Yang Perlu Seiring Untuk Kkm Syorkan Kepada Kerajaan Pkpb Ditamatkan

Ini 2 Perkara Yang Perlu Seiring Untuk Kkm Syorkan Kepada Kerajaan Pkpb Ditamatkan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 292 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hanya akan disyorkan kepada kerajaan untuk ditamatkan berdasarkan dua faktor yang perlu diambil kira Kementerian Kesihatan Malaysia berkata keputusan tersebut adalah berpandukan kepada pematuhan SOP ole...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Ralat Tak Tengok Supermoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah