Penipuan Peluang Pekerjaan Di Rumah
Pernahkah anda melihat atau terbaca iklan menawarkan pekerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah? Kerja mengisi katalog dalam sampul surat memang mudah dan menarik.
Begitu juga memasang barang permainan, mengirim koleksi setem dan foto bukannya peluang untuk kita mendapatkan wang, sebaliknya peluang mereka untuk membuat wang dengan menipu kita.Kebanyakan iklan sebegini tersiar di akhbar, internet termasuk diedarkan melalui risalah yang dihantar ke peti surat rumah.
Sebahagian daripadanya terbukti benar menawarkan pekerjaan seperti yang diiklankan, namun sebahagian lagi dikesan menipu orang ramai sehingga membabitkan kerugian mencecah ratusan ringgit.
Kegiatan ini bukan perkara baru, namun ia terus berleluasa kerana sukar untuk menjejak penjenayah yang bijak berselindung di sebalik taktik licik.
Penipu menggunakan modus operandi berikut:
- Licik dan gemar ambil kesempatan terhadap orang lain.
- Tahu akan proses membuka serta menguruskan akaun di bank.
- Mempunyai rakan untuk kendalikan panggilan, SMS, penghantaran borang dan lain-lain.
Sasaran mangsa:
- Individu yang ada masa lapang.
- Mahu cari rezeki sampingan.
- Suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga.
- Tertarik dengan tawaran lumayan.
- Mudah percaya sesuatu perkara, tidak mengesyaki orang lain.
- Kurang ikuti perkembangan dunia luar.
Modus operandi:
- Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk tarik perhatian mangsa.
- Alamat digunakan palsu - tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos- agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan.
- Orang yang tertarik boleh terus hubungi melalui telefon WhatsApp.
- Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk kirim borang pendaftaran. Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos.
- Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem.
- Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri.
Tip elak jadi mangsa:
- Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang meminta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS.
- Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia.
- Dapatkan khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
- Waspada akan teknik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan.
- Jika curiga dengan tawaran yang diiklankan, buat laporan polis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/hec.html