Penipuan Kerja Sambilan Melipat Risalah Anda Mungkin Mangsa Seterusnya


Sebagai seorang penulis blog, saya pernah beberapa kali diminta untuk menulis artikel pemasaran untuk mempromosikan bisnes-bisnes yang dijalankan oleh pembaca dan pelawat blog saya.
 
Ada banyak juga bisnes milik pembaca blog saya yang saya pernah bantu promosikan. Saya pernah tulis mengenai bisnes topup, bisnes homestay, bisnes buat kek dari rumah dan macam-macam lagi.
 
Malahan bisnes kereta sewa dan juga bisnes pakej Island Hopping dan Snorkeling di Sabah juga saya pernah promosikan di blog saya. Saya doakan dengan usaha yang saya telah lakukan ini, pelanggan saya ini akan dapat jualan yang berterusan dan berjaya dapat untung setelah mendapatkan khidmat penulisan dari saya.
 
Anda yang baca blog saya ni pun tolong la doakan sama juga ya. Mudah-mudahan pelanggan yang pernah berurusan dengan saya ini dimurahkan rezeki.
 
Kadang-kadang, saya juga dihubungi oleh “potential scammer” yang meminta saya untuk mempromosikan program buat duit yang terang-terang menipu.

Potential scammer ini meminta saya untuk tulis artikel pemasaran (atau dikenali sebagai advertorial) untuk saya promosikan program yang mereka sedang jalankan untuk dapatkan mangsa terbaru.
 
Apa program yang dimaksudkan?
 
Kerja sambilan melipat risalah dari rumah.
 
Cuma individu yang menghubungi saya tu, tidaklah menggunakan istilah risalah ataupun surat, sebaliknya dia menggunakan istilah brosur.
 
Saya rasa, saya dah agak tua untuk kena tipu dengan benda-benda macam ni. Tapi pada hari itu, saya buat keputusan untuk layankan je orang tu.
 
Sengaja saya nak tengok, setakat mana tahap kreativiti yang ada pada dia untuk menyakinkan saya tentang peluang kerja seperti ini.

 
Untuk memudahkan penceritaan, saya namakan individu ini dengan nama Abu. Tapi Abu ni bukanlah nama sebenar tau, just untuk bercerita sahaja.
 
Satu hari tu, Abu hantar emel kepada saya tanya tentang berapa caj yang saya kenakan untuk promosikan kerja kosong yang dia ingin tawarkan.
 
Saya tak terus balas dengan memberi harga. Sebaliknya saya akan interview dulu, apa jenis bisnes yang Abu jalankan.
 
Untuk pengetahuan pembaca, saya bukanlah jenis yang suka terima semua job. Ada juga job penulisan yang saya akan tolak, terutama sekali apabila saya merasakan yang saya tak mampu nak berikan hasil yang terbaik seperti mana yang diharapkan oleh pelanggan.
 
Saya tanya Abu, “encik nak promosikan kerja kosong apa dalam blog saya?”
 
Abu menggunakan pendekatan “iklan kerja kosong”. Saya sebenarnya berpandangan jika seseorang itu adalah majikan yang memang serius nak cari pekerja, adalah lagi baik gunakan portal carian kerja maukerja.my ini.

Dekat situ ada banyak ejen yang boleh bantu promosikan iklan carian kerja tersebut.
 
Kembali kepada Abu.
 
Abu kata kat saya “kerja melipat brosur”.
 
Oleh sebab Abu menggunakan pendekatan kerja kosong, dan perkataan yang digunakan adalah KERJA, jadi saya terpaksalah tanya dengan lebih detail.
 
Kalau dah namanya kerja, mestilah kena ada UPAH. Hubungan yang bakal terjalin adalah hubungan antara pekerja dan majikan.
 
Sebagai majikan, kenalah bayar upah sebabnya pekerja telah menggunakan masa, tenaga, kepakaran, ilmu, pengalaman dan ketelitian yang ada pada dirinya untuk menjalankan dan menyiapkan sesuatu tugasan.
 
Jadi saya tanya, berapa upah yang akan dibayar?
 
Soalan ini sangat senang untuk dijawab. Berapa upahnya kalau saya bekerja untuk awak?
 
Majikan boleh bayar upah sama ada mengikut
(1) Bilangan jam bekerja. Contoh satu jam kerja dibayar RM10.
(2) Kuantiti kerja yang siap. Contoh siap packing satu produk, upahnya RM1. Anda boleh packing lagi banyak produk maka lagi banyak upah.
(3) Upah dibayar mengikut projek. Untuk projek tertentu, upahnya ialah RM1,000.
 
Oleh sebab soalan ini terlalu simple dan straight forward, ia tak sepatutnya dijawab dengan jawapan yang memeningkan kepala dan berpusing.
 
Just state the figure.
 
Tapi sayangnya, si Abu ni jawab dengan cara yang sangat mengecewakan.
 
Abu kata kat saya, “POTENSI pendapatan yang boleh diperolehi adalah sebanyak RM1,400 sebulan.”
 
Ini salah.
 
Kita nak kerja dengan orang, gaji kenalah ditetapkan. Bukan menggunakan istilah potensi.
 
Penggunaan perkataan POTENSI ini juga menunjukkan yang pendapatan tersebut belum tentu akan diperolehi. Boleh jadi akan dapat, boleh jadi tak akan dapat apa-apa.
 
Seolah-olah kita buat pelaburan ataupun perniagaan. Pada masa-masa tertentu, kita mungkin akan untung, mungkin tak untung, mungkin rugi dan juga mungkin akan balik modal.
 
Soalan seterusnya yang saya tanya pada Abu, “berapa banyak brosur yang perlu dihantar untuk dapatkan pendapatan sebanyak RM1,400 tu?”
 
Abu kata, 70 brosur.

Setakat 70 brosur atau risalah, apa yang susahnya?
 
In fact, saya boleh siapkan melipat dan hantar risalah sebanyak 70 keping ini dalam masa tak sampai satu hari. Saya rasa, satu jam pun tak ada masalah nak buat.
 
Just imagine, kita buat kerja lipat 70 keping brosur dan lepas tu boleh dapat upah sebanyak RM1,400. But remember, pendapatan sebanyak ini TIDAK CONFIRM. Ia cuma dalam bentuk potensi semata.
 
Pendapat saya.
 
Benda ini hanya permainan duit semata-mata.
 
Peserta yang masuk atau diperdaya untuk masuk dalam program ini, mereka tertarik dengan iklan kerja kosong. Kerja kosong yang diiklankan tu pula sangatlah mudah.
 
Kerja lipat risalah?
 
Benda ini (lipat brosur atau risalah) boleh dilakukan tanpa perlu banyak berfikir.
 
Kemudian bila diberitahu, kerja yang sangat senang ini boleh memberikan pulangan sampai ribuan ringgit, ia pasti menarik golongan yang memang terdesak nak pakai duit ataupun mereka yang sebelum ini tak pernah pegang duit banyak.
 
Anda akan diminta untuk buat BAYARAN untuk menyertai projek/program/kerja kosong ini Apabila anda dah mula teruja untuk jalankan kerja ini, pada masa ini si penipu akan beritahu anda berita ini.
 
Kononnya ada terlalu ramai individu kat luar sana yang nak minta kerja kosong ni. Jadi syarikat perlu pastikan, hanya pekerja yang benar-benar serius yang akan diterima sebagai pekerja.
 
Macam mana pihak syarikat nak tahu sama ada pekerja tu benar-benar serius atau tidak? Mudah sahaja.
 
Pekerja yang betul-betul serius dan minat, akan diminta untuk buat bayaran sejumlah wang terlebih dahulu.
 
Alasan kenapa kena buat bayaran ini ada macam-macam, misalnya
(1) Yuran pemprosesan
(2) Training kit & education pack
(3) Starter kit
(4) Secure position dan untuk pastikan anda akan dapat keutamaan dalam pembahagian kerja
 
Ada macam-macam lagi.
 
Dari alasan yang nampak boleh dipercayai sehinggalah alasan yang kita dengar pun dah tau mengarut je.
 
Tapi bagi mereka yang dah terpukau dan terpesona dengan janji-janji manis sang penipu, mereka dah tak pedulikan itu semua. Fokus mereka lebih terarah kepada potensi pendapatan ribuan ringgit yang bakal diperolehi nanti.
 
Sebab itu, pada masa ini, mereka tak rasa rugi kalau kena bayar RM20, RM30, RM50, RM60 ataupun RM100 untuk sertai program ini.
 
Mereka (si bakal mangsa) memberikan logik, “apalah sangat kena bayar RM100 kalau tak lama lagi bila dah mula kerja aku akan dapat balik RM1,400”
 
Kesudahan yang tragik Anda tahu apa yang akan berlaku lepas anda dah buat bayaran?
 
Waktu tu si penipu akan mula menghilangkan diri.
 
Kalau anda pernah add beliau di FB, dia akan block anda.
Anda juga akan di block menerusi whatsapp.
Sebarang bentuk komunikasi akan disekat.
 
Persoalannya, adakah anda akan buat laporan polis lepas merasakan diri anda tertipu.
 
Sanggupkah anda susah payah ke balai polis, semata-mata nak bagitahu pada polis “betapa bodohnya aku ini sebab kena tipu dan aku jugak tahu yang polis tak akan dapat bantu dapatkan semula duit RM20, RM30, RM50, RM60 ataupun RM100 yang telah dibayar kepada penipu tersebut.”
 
Kes penipuan macam ni, selalunya akan dibiarkan berlalu.
 
Mangsa tertalu malu untuk mengaku yang dia juga pernah kena tipu. Oleh sebab mangsa yang pernah diperdaya seperti ini banyak yang berdiam diri, maka sang penipu dapat meneruskan aktiviti penipuannya tanpa sebarang gangguan.
 
Tragis, kan?
 
Saya orang pandai, saya yakin tak akan kena tipu! Ya, anda pandai.
 
Malahan saya percaya, pembaca yang baca tulisan saya ini tak akan kena tipu. Tapi tahukah anda, penipu ini bukan hanya menjadikan anda seorang sebagai target.
 
Dalam satu-satu masa, dia akan target sejumlah orang yang banyak.
 
Katakanlah dia target 100 orang. Anda mungkin salah seorang daripada 100 orang tu.
 
Ok fine, anda cerdik. Anda tak akan kena tipu. Tapi bagaimana dengan nasib yang 99 orang lagi tu? Belum tentu lagi mereka akan selamat.
 
Kalau dari 100 orang tu, 30 orang say no. Tak mau layan, tak minat, tak percaya, tak perlukan dan sebagainya. Masih berbaki 70 orang.
 
Tapi kalau ada at least 70 orang yang percaya dengan penipuan ini, si penipu masih lagi untung. Ok mungkin 70 orang tu terlalu ramai, katakanlah cuma 20 orang yang minat.
 
Setiap orang pula si penipu ni minta RM60 sebagai bayaran komitmen. Berapa yang dia dah untung kat situ?
 
RM1,200!
 
Itu hasil daripada penipuan. Selagi mana ada orang yang nak berada dalam sistem ini, selagi mana masih wujud individu yang nak sokong program seperti ini, penipuan itu akan terus berlaku.
 
Sebagai manusia yang berakal, tolonglah hentikan kerja tak berfaedah ini. Saya merasakan yang saya ada tanggungjawab sosial untuk menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat agar tak mudah terpedaya.
 
Kita cuba bagitahu dan berikan kesedaran kepada seberapa ramai orang diluar sana, supaya penipu tak dengan mudah mencari mangsa.
 
Zaman teknologi ini manfaatkanlah Saya banyak terbaca dari perkongsian individu lain yang pernah jadi mangsa. Kata mereka, setelah mereka buat bayaran, tak lama lepas tu satu bungkusan dihantar kerumah mereka.
 
Mereka sangat terkejut dengan kandungan bungkusan tersebut. Ia hanyalah salinan fotokopi risalah-risalah yang menerangkan apa perlu dibuat untuk teruskan penipuan ini.
 
Lepas ini kalau anda terjumpa dengan peluang kerja kosong seumpama ini yang meletakkan syarat untuk anda buat bayaran, apa kata anda buat begini.
 
Anda minta individu yang tawarkan kerja tu untuk TANGKAP GAMBAR dan tunjukkan apa yang bakal anda perolehi selepas buat bayaran nanti.
 
Kita nak beli (atau bayar) sesuatu, dah tentu kita nak tahu apa kandungan yang bakal kita perolehi, kan. Jadi konsep yang sama kita patut gunakan.
 
Saya tak yakin, si penipu tu akan berani tunjuk apa yang bakal anda dapat. Kalau ada gambar yang dihantar sekalipun, ia mungkin gambar tipu sahaja.
 
Kalau dari mula memang niatnya nak menipu, kenapa anda nak berharap si penipu akan berlaku jujur?
 
Saya stop dulu sampai disini. Jemput baca juga artikel saya yang sebelum ini berjudul kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai.
 
 
The post Penipuan kerja sambilan melipat risalah – Anda mungkin mangsa seterusnya! appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/penipuan-kerja-sambilan-melipat-risalahpenipuan-kerja-sambilan-melipat-risalah-anda-mungkin-mangsa-seterusnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belasan Warga Jembrana Jadi Korban Penipuan Berkedok Kerja Di Jepang

Belasan Warga Jembrana Jadi Korban Penipuan Berkedok Kerja Di Jepang

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 138 hits
Pelaku berhasil merekrut berapa warga untuk diberangkatkan ke Jepang dengan membayar biaya keberangkatan per orang antara Rp 30 juta sampai Rp 100 juta Sedikitnya ada belasan warga yang telah menyetorkan uang kepada pelaku berharap bisa dib...
Mungkin Ramai Sukar Terima Tapi Lama Kelamaan Kita Akan Biasakan Diri Pm Cadang Tukar Waktu Kerja Siang Kepada Malam

Mungkin Ramai Sukar Terima Tapi Lama Kelamaan Kita Akan Biasakan Diri Pm Cadang Tukar Waktu Kerja Siang Kepada Malam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 359 hits
Mungkin ramai sukar terima tapi lama kelamaan kita akan biasakan diri PM cadang tukar waktu kerja siang kepada malam Malaysia dalam kerangka menukar jam waktu kerja daripada siang kepada malam bagi industri tertentu untuk mengurangkan keber...
Hiburan Saya Memang Hamil Kembar Tapi Salah Satunya Mungkin Keguguran Isteri Aliff Syukri

Hiburan Saya Memang Hamil Kembar Tapi Salah Satunya Mungkin Keguguran Isteri Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 683 hits
Selasa lalu jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa bimbangnya apabial isteri tercinta Datin Seri Nur Shahida dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan serius disebabkan oleh tekanan dan berisiko kepada kandungannya Ram...
Pound Mungkin Dan Ingin Mengukuh Tetapi T May Dan Pembangkang Tidak Terburu Buru Untuk Bersetuju

Pound Mungkin Dan Ingin Mengukuh Tetapi T May Dan Pembangkang Tidak Terburu Buru Untuk Bersetuju

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 252 hits
Untuk hari ketiga secara berturut turut pasangan mata wang melakukan anjakan dari tahap tertinggi bulanan yang dicatatkan Jumaat lalu Pedagang mempunyai maklumat bahawa United Kingdom akan mengambil bahagian dalam pilihan raya ke Parlimen E...
5 Hashtag Paling Popular Di Instagram Yang Mungkin Boleh Digunakan Untuk Tumpang Populariti

5 Hashtag Paling Popular Di Instagram Yang Mungkin Boleh Digunakan Untuk Tumpang Populariti

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 392 hits
Instagram adalah platform perkongsian imej yang terkenal dan merupakan salah satu laman rangkaian sosial terbesar setakat ini Rata rata pengguna sudah beralih ke instagram kerana lebih mesra sosial dengan perkongsian bersifat peribadi yang ...
Presiden Korsel Korea Utara Luncurkan Dua Rudal Mungkin Bentuk Protes Terhadap As

Presiden Korsel Korea Utara Luncurkan Dua Rudal Mungkin Bentuk Protes Terhadap As

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 209 hits
Presiden Korsel Moon Jae in mengatakan peluncuran rudal itu boleh jadi adalah bentuk protes Korut atas gagalnya tercapai kesepakatan dalam pertemuan tingkat tinggi Kim Jong un dengan Presiden Amerika Serikat Donald Trump di Hanoi Vietnam Fe...
Huawei Ingin Menawarkan Kemaskini Android Q Secepat Mungkin Untuk Peranti Mercu Sedia Ada

Huawei Ingin Menawarkan Kemaskini Android Q Secepat Mungkin Untuk Peranti Mercu Sedia Ada

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 239 hits
Google pada minggu ini telah berkongsi sejumlah informasi baru mengenai sistem operasi akan datang mereka termasuk mengumumkan yang mana Android Q Beta boleh diuji pada telefon pintar Huawei Mate 20 Pro Menariknya hari ini Huawei berkongsi ...
Pasangan Eur Jpy Membuat Lantunan Semula Dari Tahap Sokongan Utama Peningkatan Selanjutnya Dalam Pasaran Adalah Mungkin

Pasangan Eur Jpy Membuat Lantunan Semula Dari Tahap Sokongan Utama Peningkatan Selanjutnya Dalam Pasaran Adalah Mungkin

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 347 hits
Pasangan mata wang EUR JPY membuat lantunan semula dari tahap sokongan utama peningkatan selanjutnya dalam pasaran adalah mungkin Kemasukan 122 52Kenapa ia adalah baik lanjutan Fibonacci 100 anjakan semula Fibonacci 2 61 8 Stop Loss 120 84K...
S Pura Mungkin Cuba Lengahkan Masa Dalam Isu Air Daim

S Pura Mungkin Cuba Lengahkan Masa Dalam Isu Air Daim

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 334 hits
foto sumber internetPengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin percaya bahawa Singapura mungkin akan melengah lengahkan masa dalam pertikaian perjanjian air dengan Malaysia memandangkan republik itu sedang membangunkan bekalan airny...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket