Peningkatan Yang Tidak Diingini


 

Kita sering bercakap mengenai buli apabila sesuatu kes pembulian mendapat perhatian media. Kemudian semua reda dan terus senyap sehinggalah kes baharu timbul. Begitulah putarannya. Akhir-akhir ini kita bercakap lagi apabila terjadi kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh yang terkenal.
Takrif ‘buli’ menurut Wikipedia panjang lebar namun ringkasnya buli aktiviti atau tingkah laku berulang yang agresif dengan tujuan menyakitkan individu secara fizikal, mental, mahu pun emosi.
Pelbagai jenis buli ada. Di pelbagai tempat. Umpamanya di pejabat apabila si bos mendera seseorang pekerja dengan melongokkan kerja bertimbun dan menghalangnya keluar makan, atau memaksa si pekerja kerja sampai larut malam sehingga kerja habis. Ini dikira buli. Begitu juga majikan yang mencederakan pembantu rumah. Banyak lagi kejadian yang kita semua maklum. Oh ada juga cyberbullying.
Yang sering diperkatakan apabila masyarakat kita bercakap pasal buli ialah penderaan seorang pelajar oleh sekumpulan individu. Biasanya di asrama. Ini kerap mendapat perhatian.
Kes buli di sekolah asrama penuh yang dikata tadi mendapat liputan media. Apa tidaknya kerana PIBG sekolah terbabit marah dengan ibu bapa si mangsa kerana menghebahkan kes itu. Jika tidak dihebahkan bolehkah tindakan diambil? Kata PIBG, tindakan ibu bapa mangsa mengaib dan mencemar nama baik sekolah. Jika mahu jaga nama baik sekolah pastikan pelajar tidak membuli, boleh?
Buli sudah terjadi sejak berzaman. Waktu dulu pun ada orang yang tidak suka apabila mangsa buli mengadu. Kata mereka mangsa ‘lembik’ atau ‘terlalu manja’. Saya pernah dengar orang kata, “zaman aku ada juga buli tapi kami tak lah jadi cry baby lari mengadu kepada mak bapak”. Barangkali mereka keliru apa itu buli apa itu ragging. Hampir sama tapi tak serupa.
Ragging membabitkan penderaan, penghinaan serta gangguan lazimnya ke atas pelajar baharu oleh pelajar lama di sekolah atau universiti namun selalunya tidak sampai mencederakan. Ragging berlangsung untuk suatu jangka waktu spesifik umpamanya minggu orientasi.
Berbalik soal buli. Pada 2019 Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintah sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud membayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar yang menjadi mangsa buli empat tahun dahulu.
Ketika kejadian mangsa buli itu berusia 14 tahun. Tuntutan difail menerusi ayahnya. Selain lima bekas pelajar, pihak yang diperintah bayar tuntutan ialah guru, pengetua, ketua pengarah Kementerian Pendidikan dan kerajaan.
Menurut ayah mangsa, tuntutan dibuat bukan kerana wang tetapi demi pembelaan anaknya yang trauma dan hilang pendengaran akibat dibuli. Beliau berharap apa yang terjadi kepada anaknya tidak dialami pelajar lain. Namun tidak ramai yang mengambil iktibar daripada kes itu khususnya perintah mahkamah. Buli masih terjadi. Banyak pihak sama ada dalam mahupun luar kerajaan mengutarakan bermacam cadangan dalam usaha membanteras gejala buli di sekolah.
Antara yang terbaharu disuarakan NGO Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia yang menyarankan Kementerian Pendidikan mengambil veteran tentera dan polis sebagai warden di asrama. Bagi saya setiap cadangan mesti diberi pertimbangan wajar dan dikaji. Walau apapun cadangan jangan dipandang enteng.
Saya lihat kata kunci cadangan NGO tadi “warden di asrama”. Sememangnya kes buli yang selalu kita dengar berlaku di asrama. Mungkin sebab ada ruang dan waktu yang membolehkan buli berlaku. Maklumlah pelajar tinggal sebumbung, tanpa dilindungi ibu bapa, dan ditemui sepanjang masa. Pun begitu ada juga kes buli yang terjadi di sekolah biasa, misalan di bilik darjah pada luar waktu sekolah atau di belakang tandas, port merokok atau di lorong sunyi luar sekolah.
Jika bercakap mengenai sekolah asrama penuh, tanggapan umum ia sekolah bagus yang menempatkan pelajar pintar. Ada asrama yang khusus untuk pelajar Melayu dan banyak asrama majoriti Melayu.
Awal bulan ini Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying dilapor berkata 9,207 kes buli dilaporkan dari 2021 hingga Okt tahun ini. Pecahannya ialah 326 kes pada 2021, 3,887 kes pada 2022 dan 4,994 kes tahun ini setakat ini. Peningkatan itu ‘prestasi’ yang kita tidak mahu lihat.
Pada 12 Nov lalu, The Malaysia Insight melaporkan gejala buli di sekolah masih menjadi kes terpencil dan belum mencapai tahap membimbangkan, menurut Persatuan Guru Besar Sekolah Cina Malaysia atau MCSH.
Bagi saya tentulah persatuan itu bercakap dalam konteks Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Rasanya umum tahu SJK Cina apa lagi Tamil tidak ada yang berasrama. Hanya sekolah swasta yang ada asrama. Saya tegaskan ini bukan soal asrama bagus atau tidak, dan 100% bukan soal bangsa. Setiap kaum ada its share of budak jahat.
Kata Naib Presiden MCSH Chew Eng Hock, kes buli di sekolah (pada hemat saya beliau bercakap mengenai SJK Cina) terus berlaku berikutan sikap tidak bertolak-ansur antara murid.
Kembali ke Wikipedia yang menggariskan 13 sebab pembuli membuli. Antaranya pembuli benci mangsa kerana disayangi guru atas sebab tertentu, terpengaruh dengan tayangan di media massa, mahu tunjuk kuat, dan terlalu dimanja ibu bapa.
Jadi apa penyelesaiannya? Jujur saya tak tahu. Pendidikan agama sudah, kaunseling pun sudah tetapi tak lut. Pembuli dibuang sekolah? Saya dengar ada dilaksanakan tapi ada juga hukuman dibatalkan setelah rayuan dibuat dan pembuli diberi last chance.
Mungkin keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang disebut tadi harus dihebahkan meluas. Mesejnya denda ratusan ribu ringgit menunggu jika didapati “bersalah”. Lebih afdal tuntutan mencakupi jutaan ringgit. Bukan sahaja pembuli kena bayar tetapi juga pihak sekolah juga kementerian. Oh ya, jangan lupa ibu bapa.
Bolehkah langkah ini berjaya? Sesungguhnya begitulah harapan saya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/peningkatan-yang-tidak-diingini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penurunan Peratus Mengundi Peningkatan Kos Haji Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penurunan Peratus Mengundi Peningkatan Kos Haji Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 272 hits
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas KUALA LUMPUR Penurunan peratusan keluar mengundi serta peningkatan kos mengerjakan haji antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari in...
Peningkatan Suhu Bumi Harus Segera Diantisipasi

Peningkatan Suhu Bumi Harus Segera Diantisipasi

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 98 hits
Pemerintah Provinsi DKI Jakarta memastikan razia uji emisi akan tetap berlangsung hingga akhir tahun 2023
Gabon Berdepan Peningkatan Kes Influenza Covid 19 Kata Menteri

Gabon Berdepan Peningkatan Kes Influenza Covid 19 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 128 hits
GABON kini merekodkan peningkatan kes influenza bermusim selain negara itu baru baru ini melaporkan 25 kes jangkitan Covid 19 kata Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Gabon Adrien Mougougou semalam dalam satu kenyataan Sejak awal Oktober...
Impak Lisa Blackpink Hidangan Nasi Bujang Alami Peningkatan Jualan Di Thailand

Impak Lisa Blackpink Hidangan Nasi Bujang Alami Peningkatan Jualan Di Thailand

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 96 hits
Lisa sekali lagi telah membuktikan popularitinya ARTIKEL BERKAITAN Pada 16 November lalu Lisa BLACKPINK telah berkongsi resepi makanan Thailand kegemarannya iaitu Khai Jiao ataupun telur dadar versi Thailand ketika ditemu bual oleh Spotify ...
Peningkatan Kualiti Skuad Harimau Malaya Tapi Ini Kurang Ajar

Peningkatan Kualiti Skuad Harimau Malaya Tapi Ini Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 509 hits
Gambar atas Dr Siti Mastura Gambar bawah Skuad Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Taipei pagi ini bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027 menentang Taiwan pada Selas...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco