Peningkatan Kes Kemalangan Di Pahang Amat Membimbangkan 4 182 Kes Direkod Tahun Ini




KUANTAN - Kes kemalangan di Pahang menunjukkan peningkatan apabila 4,182 kes direkodkan dalam tempoh Januari hingga 22 Mac tahun ini berbanding 3,390 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perkembangan itu agak membimbangkan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Menurutnya, kes kemalangan yang dilaporkan disebabkan atas pelbagai faktor termasuk memandu di bawah pengaruh dadah.
"Kita dapati ada pemandu lori, bas dan kenderaan persendirian yang ditahan kerana memandu secara berbahaya didapati positif dadah.
"Perkembangan ini agak membimbangkan kerana memandu di bawah pengaruh dadah amat berisiko dan boleh menjurus kepada berlakunya kemalangan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-215 Peringkat Kontinjen Pahang baru-baru ini.
Ramli berkata, beliau juga bimbang dengan 'hobi' merempit dalam kalangan penunggang motosikal kerana perbuatan itu cukup bahaya bukan hanya kepada mereka sendiri malah kepada pengguna jalan yang lain.
Sementara itu katanya, kes melibatkan jenayah narkotik juga perlu diberi perhatian terutama kewujudan sarang penagihan di kawasan luar bandar dan kawasan Felda.
Menurutnya, sebagai sebuah negeri yang luas dengan 112 kawasan Felda, usaha membanteras penyalahgunaan dadah di negeri ini perlu melibatkan peranan bersama termasuk ahli komuniti, ketua masyarakat dan pemegang taruh.
"Di samping operasi dan serbuan berterusan ke atas sarang penagihan, elemen pencegahan melalui kempen kesedaran juga akan terus digerakkan," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan statistik tempoh kajian suku tahun pertama ini, sebanyak 2,633 kes dadah direkodkan berbanding 2,117 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
"Pada Februari lalu, JSJN Kontinjen Pahang menggerakkan Ops Tapis Khas serentak seluruh daerah di negeri ini dengan 246 serbuan telah dibuat termasuk menggempur 28 sarang penagihan dadah.
"Hasilnya, 447 tangkapan dilakukan, termasuk 22 pengedar, 55 penagih berulang dan 14 individu dikehendaki," katanya.
Pada masa sama katanya, kes-kes penipuan di negeri ini terus berlaku di mana masih ada individu menjadi mangsa walaupun peringatan dengan pelbagai cara telah dibuat sebelum ini.
Menurutnya, keadaan itu membuktikan masih ada yang kurang kesedaran dan berisiko untuk ditipu.
"Sebanyak 447 kertas siasatan telah dibuka bagi kes jenayah komersial di negeri ini untuk tempoh Januari sehingga 22 Mac tahun ini berbanding 291 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
"Kes tipu melibatkan penipuan Macau Scam, Love Scam, pelaburan dan pinjaman tidak wujud menjadi penyumbang utama dengan 424 kertas siasatan dibuka tahun ini," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/peningkatan-kes-kemalangan-di-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
23 Kes Pencerobohan Kapal China Di Perairan Negara Direkod Tahun Lalu

23 Kes Pencerobohan Kapal China Di Perairan Negara Direkod Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 240 hits
Semalam kapal Pengawal Pantai China dan Tentera Laut Diraja Malaysia dilaporkan bertembung berhubung penerokaan hidrokarbon di 44 batu nautika dari Sarawak di Laut China Selatan Pemantauan Angkatan Tentera Malaysia mendapati sebanyak 23 kes...
Tak Adil Tuduh Saya Tarik Diri Saya Ada 14 Kes Dan Penjara 5 Tahun Rafizi

Tak Adil Tuduh Saya Tarik Diri Saya Ada 14 Kes Dan Penjara 5 Tahun Rafizi

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 166 hits
MalaysiakiniRafizi Ramli berdepan pelbagai kritikan susulan keputusannya untuk meninggalkan arena politik pada penghujung 2018 sejurus selepas tewas tipis kepada Azmin Ali dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR Pengkritik berkata bek...
Lokasi Bazar Ramadan Di Pahang Tahun 2022

Lokasi Bazar Ramadan Di Pahang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 261 hits
Untuk tahun 2022 Kerajaan telah membenarkan semula diadakan aktiviti Bazar Ramadan Jadi khusus untuk orang Pahang anda boleh tengok sini senarai lokasi Bazar Ramadan yang ada di negeri Pahang Di Malaysia aktiviti bazar ramadan sangat sinoni...
Vakum Kepimpinan Punca Pemilihan Parti Diadakan Tahun Ini Saifuddin

Vakum Kepimpinan Punca Pemilihan Parti Diadakan Tahun Ini Saifuddin

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 146 hits
Pemilihan parti KEADILAN yang akan dilaksanakan sebulan daripada sekarang dilakukan setelah berlaku perbincangan yang mendalam di kalangan Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasutio...
12 Tahun Tanpa Doa Seorang Ibu

12 Tahun Tanpa Doa Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 252 hits
12 Tahun Tanpa Doa Seorang Ibu 12 Tahun Berlalu 23 Mac 2010 23 Mac 2022 23 Mac 2022 genap 12 tahun pemergian bonda tersayang Semoga The post appeared first on
Datuk Bandar Kuantan Tradisi Berbuka Puasa Di Padang Kemungkinan Di Benarkan Tahun Ini

Datuk Bandar Kuantan Tradisi Berbuka Puasa Di Padang Kemungkinan Di Benarkan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 264 hits
KUANTAN Tradisi berbuka puasa di padang MBK 1 di sini berkemungkinan kembali dibenarkan tahun ini jika mendapat kelulusan kerajaan negeri kata Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara telah memutuska...
Bcl Ulang Tahun Ke 39 Ibunda Beri Pesan Menyentuh

Bcl Ulang Tahun Ke 39 Ibunda Beri Pesan Menyentuh

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 356 hits
Membagikan potretnya bersama sang putri Ibunda BCL berdoa agar BCL selalu jadi anak yang baik hati
Qatar Airways Perkenalkan Pesawat Livery Retro Meraikan 25 Tahun

Qatar Airways Perkenalkan Pesawat Livery Retro Meraikan 25 Tahun

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 177 hits
Qatar Airways Perkenalkan Pesawat Livery Retro Meraikan 25 Tahun Operasi Qatar Airways mengalu alukan imbasan nostalgia pada hari hari awal operasinya dengan penghantaran pesawat Boeing 777 300 yang dicat dalam reka bentuk livery retro syar...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Custom Kecil Tapi Berimpak Besar

Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta