Peningkatan Hutang Kerajaan Lebih Kecil Berbanding 2022


 


KUALA LUMPUR: Peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan direkodkan pada 8.6 peratus pada tahun lalu berbanding 10.2 peratus pada 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2023 adalah sebanyak RM1,172.5 bilion atau 64.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM1,079.6 bilion atau 60.3 peratus daripada KDNK pada 2022.
"Peningkatan (hutang) yang lebih rendah ini adalah hasil daripada langkah konsolidasi fiskal kerajaan yang berjaya menurunkan defisit fiskal kepada RM91.4 bilion pada tahun 2023 berbanding RM99.5 bilion pada 2022.

"Komposisi hutang Kerajaan Persekutuan 2023 terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM1,142.7 bilion atau 97.5 peratus dan pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.8 bilion atau 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang," katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam.
Beliau menjawab soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang minta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah pinjaman baharu dalam bentuk bon kerajaan dan lain-lain pinjaman, bayaran balik bon kerajaan serta status hutang kerajaan bagi tahun 2022 dan 2023.
Dalam pada itu, katanya, pinjaman yang diterbitkan Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM226.6 bilion iaitu dua peratus lebih rendah pada tahun lalu, berbanding tahun 2022, yang merekodkan sebanyak RM230.9 bilion.
Katanya, penurunan pinjaman itu hasil daripada pengurangan terbitan baharu kepada RM92.6 bilion dan RM134 bilion bagi pembiayaan semula hutang yang matang bagi tahun 2023.
"Semua terbitan hutang 2023 dan 2022 adalah diperolehi sepenuhnya secara domestik menerusi terbitan instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) sebanyak RM90 bilion pada 2023 dan RM86.5 bilion tahun 2022.
"Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sebanyak RM95 bilion tahun 2023, RM85 bilion tahun 2022 dan bil perbendaharaan sebanyak RM41.6 bilion tahun 2023, RM59.5 bilion (2022)," katanya.
Anwar berkata komposisi hutang Kerajaan Persekutuan 2023 terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM1,142.7 bilion atau 97.5 peratus dan pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.8 bilion atau 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang.
"Sementara itu, komposisi hutang Kerajaan Persekutuan 2022 terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM1,050.1 bilion atau 97.3 peratus dan pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.5 bilion atau 2.7 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang," katanya.
Beliau berkata, sekiranya mengambil kira komitmen jaminan berjumlah RM226.1 bilion dan liabiliti lain berjumlah RM133.7 bilion, kedudukan pendedahan hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM1,532.3 bilion atau 84 peratus daripada KDNK pada akhir Disember 2023.

Katanya, Kerajaan Persekutuan kekal komited untuk menurunkan paras hutang seperti sasaran yang ditetapkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) iaitu paras keseluruhan hutang di bawah 60 peratus daripada KDNK yang perlu dicapai dalam jangka masa sederhana.
"Dalam tempoh ini, kerajaan mempunyai ruang untuk menurunkan defisit fiskal dan paras hutang secara beransur-ansur tanpa menjejaskan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seterusnya meningkatkan kredibiliti kerajaan yang lebih bertanggungjawab," katanya lapor BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/03/peningkatan-hutang-kerajaan-lebih-kecil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Choi Sungeun Akui Lebih Selesa Berlakon Dengan Song Joongki Berbanding Ji Changwook Ini Sebabnya

Choi Sungeun Akui Lebih Selesa Berlakon Dengan Song Joongki Berbanding Ji Changwook Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 276 hits
Walaupun masih baru dalam industri lakonan Choi Sung eun sangat beruntung kerana dapat berlakon dengan pelakon hebat seperti Ji Chang wook dan Song Joong ki ARTIKEL BERKAITAN Terbaru dalam sesi temu bual untuk filemnya My Name Is Loh Kiwan ...
Pasukan Malaysia Untuk Olimpik Paris 2024 Dikatakan Akan Lebih Kecil

Pasukan Malaysia Untuk Olimpik Paris 2024 Dikatakan Akan Lebih Kecil

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 457 hits
KUALA LUMPUR Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung pada 26 Julai dan kami sangat bersemangat untuk melihat pencapaian gemilang atlet tempatan kita Namun nampaknya Malaysia tidak akan bersaing dalam banyak pertandingan Menurut BFM News M...
Rumah Menteri Di Ikn Disebut Mewah Menpan Rb Justru Lebih Kecil Dibanding Di Jakarta

Rumah Menteri Di Ikn Disebut Mewah Menpan Rb Justru Lebih Kecil Dibanding Di Jakarta

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 379 hits
Azwar Anas menuturkan tanah dan bangunan rumah menteri di IKN lebih kecil dibandingkan yang ada di Jakarta
Arsenal Dalam Pusingan Kejuaraan Lebih Matang Berbanding Musim Lepas Jorginho

Arsenal Dalam Pusingan Kejuaraan Lebih Matang Berbanding Musim Lepas Jorginho

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 421 hits
Jorginho percaya bahawa Arsenal yang berjaya mencipta banyak gol sedang menghampiri perlumbaan juara Liga Perdana dengan lebih matang berbanding musim lalu di mana mereka gagal pada hujung jalan Pasukan Mikel Arteta menduduki tangga teratas...
Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Lebih 1 000 Orang

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Lebih 1 000 Orang

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 327 hits
Malaysiakini nbsp Jumlah mangsa banjir di Sarawak kian meningkat malam ini dengan lebih 1 000 mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara di selatan negeri Berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak seba...
Pemikiran Yang Lebih Bahaya Dari Dajjal

Pemikiran Yang Lebih Bahaya Dari Dajjal

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 250 hits
Ahmad MursiKhawarij Keluar dari ketaatan kepada pemimpin yang sah Islam angkat darjat Ulama Islam juga ingatkan bahaya Ulama Jahat lebih dari bahaya Dajjal
Last Child Hancur Lebih Dulu Chord

Last Child Hancur Lebih Dulu Chord

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 616 hits
Cm G D Cm G D Cm G D caraku tuk menjaga hatiku Cm G D dengan selalu memikirkan kamu Cm G D ku jadi manusia paling setia Cm G D banggakan dirimu di setiap nafas Fm yang ku hela Fm G namun kini sering ku dengar D kau bicara dalam tidurmu A te...
Ziell Ferdian Adakah Lebih Dariku Chord

Ziell Ferdian Adakah Lebih Dariku Chord

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 331 hits
D E C m F m Bm E A A A A C m Sayang tolong katakan D A Kepada diriku tentang hatimu Bm E Apakah diriku ini A Tak lagi dihatimu E E A C m Bila kau ingin perpisahan D A Katakanlah sebabnya apa Bm E Adakah lebih dariku A Coba engkau katakan Bm...
Lebih 50 000 Orang Menyertai Rxz Fighter Gathering Kuantan 2024

Lebih 50 000 Orang Menyertai Rxz Fighter Gathering Kuantan 2024

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 363 hits
KUANTAN Lebih 50 000 orang menyertai RXZ Fighter Gathering Kuantan 2024 yang julung kali diadakan Exco Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan Badan badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata kehadiran pengunjung seka...
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

Kebaikan Dan Keburukan Tiktok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Lirik Lagu Sumud Nusantara Fetya

Usa89 10 July Usa89 Top 30 By Iris

Perjelas Isu Love Line Song Jihyo Gembira Kim Jongkook Bahagia Bersama Isteri Kini Cuma Urusan Kerja

Permintaan Tinggi Tiket Konsert Kru The Finale One More Time Sebabkan Ticket2u Crash

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik