Pening Minta Hutang Tak Dapat Dapat Panduan Ini Tuntut Balik Duit Guna Prosedur Mahkamah


Sejak kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan pelbagai kisah yang melibatkan isu kewangan terutamanya hutang. Isu ini dilihat semakin rancak apabila pihak yang berhutang mendiamkan diri setiap kali pihak yang memberi hutang meminta kembali jumlah wang yang pernah dipinjamkan.
Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat kaedah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kembali wang anda melalui prosedur mahkamah. Ikuti perkongsian individu ini mengenai kaedah yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan kembali wang milik anda.
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI WANG ANDA MELALUI PROSEDUR MAHKAMAH
Sering berlaku dalam kehidupan kita, malah ada yang berlanjutan selama bertahun-tahun lamanya.
“Bro, bila boleh dapat balik duit aku? Nak pakai duit ni” *bluetick*
Tenang saudara, boleh cuba cara ini ya.
[MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL]
Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret yang mendengar tuntutan “kecil” yakni tuntutan-tuntutan yang jumlah tuntutannya adalah tidak melebihi RM 5,000.00.
Dalam kes tuntutan kecil, pihak-pihak yang menuntut tidak diwakili Peguam sekaligus menjimatkan poket anda dari membayar kos Peguam. Walaubagaimanapun, pihak-pihak yang terlibat boleh mendapatkan nasihat dan pandangan dari Peguam di luar Mahkamah berkenaan kes masing-masing.
Antara perkara yang boleh dituntut adalah seperti berikut :-
1. Hutang
2. Sewaan
3. Barang rosak
4. Tuntutan perkhidmatan yang tidak dibayar, dll.
[PROSEDUR]
1. Dapatkan Borang 198 di Mahkamah Majistret yang berdekatan. *Boleh mintak dekat Kaunter cakap nak buat tuntutan kecil free je borang ni*.
2. Borang 198 diisi dan dibuat sebanyak 4 salinan. Dalam borang tu nanti tulislah amaun tuntutan dan fakta kes yang menjadi asbab kepada tuntutan tersebut.
3. Dah siap isi Borang 198 ni hendaklah difailkan di Mahkamah sebanyak 4 salinan tersebut. Bayaran pemfailan adalah sebanyak RM20.00 sahaja.
4. Mahkamah akan cop meterai di Borang 198 tersebut serta memberikan tarikh pendengaran.
5. Tarikh pendengaran adalah tarikh dimana Mahkamah akan dengar kes tuntutan tu ye.
6. Selepas menerima Borang 198 yang telah dimeterai oleh Mahkamah, orang yang menuntut (Plaintif) hendaklah melakukan serahan kepada orang yang dituntut (Defendan). Borang 198 tadi tu kena serah pada Defendan untuk bagi dia tau kita nak menuntut hutang dari dia ni.
7. Serahan tersebut boleh dilakukan secara kediri (by hand) ataupun melalui Pos Berdaftar ke alamat terakhir Defendan yang diketahui.
8. Defendan, setelah menerima Borang 198 ni dan ingin mempertikaikan tuntutan Plaintif hendaklah memfailkan pembelaan dalam Borang 199 dalam masa 14 hari selepas menerima tuntutan dari Plaintif.
9. Pembelaan hendaklah difailkan di Mahkamah. Jika gagal, penghakiman beserta kos akan diberikan kepada Plaintif. (*Kos tidak melebihi RM 100.00 shj)
*Selesai urusan pemfailan dan serahan Borang 198 ni, maka bersiap sedialah untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh pendengaran yang telah diberikan sebelum ini.
10. Di Mahkamah, Majistret akan mengendalikan kes. Jadi bawalah semua dokumen-dokumen yang berkaitan bagi membuktikan tuntutan anda terhadap Defendan dan ceritakan segalanya terhadap Majistret.
11. Defendan juga akan diberi peluang untuk menyampaikan pembelaannya (jika ada).
12. Sekiranya Plaintif Berjaya dalam tuntutannya, maka Penghakiman akan diberikan.
13. Penghakiman selalunya akan tulis lah Defendan kena bayar Plaintif amaun yang terhutang tu dalam suatu jangka masa (14 hari kebiasaannya).
14. Penghakiman hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret. Bayaran pemfailan adalah RM 20.00 sahaja.
BAGAIMANA JIKA DEFENDAN BERKENAAN MASIH ENGGAN BUAT PEMBAYARAN?
15. Plaintif boleh pergi balik ke Mahkamah dan isi Borang 208 (Notis Tunjuk Sebab). Borang ni juga berharga RM 20.00.
16. Borang 208 yang telah dicop oleh Mahkamah hendaklah diserahkan kepada Defendan.
17. Defendan setelah menerima Borang 208 hendaklah hadir ke Mahkamah bagi membolehkan Mahkamah untuk menilai keupayaan Defendan untuk membayar hutang.
18. Setelah dinilai, Mahkamah boleh keluarkan arahan supaya barangan milik Defendan disita & dijual. Mahkamah juga mungkin mengeluarkan arahan untuk Defendan membayar hutang secara ansuran kepada Plaintif sehingga selesai.
19. Mahkamah juga boleh mengeluarkan arahan supaya Defendan dimasukkan ke “dalam”. Namun, segala kos di “dalam” hendaklah ditanggung oleh Plaintif.
20. Waran tangkap akan dikeluarkan jika Defendan tidak hadir selepas Borang 208 dikeluarkan.
*SELAMAT MENCUBA*
Ref : Aturan 93, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [Tatacara Tuntutan Kecil]
*Borang 198 boleh download Kat Google*
Ashraf Sohaimi
Fahmi Zhafri Ashraf & Co.
Fahmi Zhafri Ashraf & Co.
Sumber: Ashraf Sohaimi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/05/pening-minta-hutang-tak-dapat-dapat-panduan-ini-tuntut-balik-duit-guna-prosedur-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Guna Buat Hutang Berbilion Ringgit Tapi Rakyat Tak Dapat Manfaat Makin Terbeban Nicole Wong

Tak Guna Buat Hutang Berbilion Ringgit Tapi Rakyat Tak Dapat Manfaat Makin Terbeban Nicole Wong

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 385 hits
Ketua Pemuda MCA Nicole Wong berkata jika Menteri Kewangan atau panggilan yang lagi tepat iaitu Menteri Kewayangan Lim Guan Eng gagal menguruskan kewangan negara duit yang banyak dipinjam tidak akan membawa manfaat bahkan menambah beban kep...
Duit Tak Cukup Bapa Bawa Anak Sakit Jantung Naik Motor Dari Ijn Balik T Ganu

Duit Tak Cukup Bapa Bawa Anak Sakit Jantung Naik Motor Dari Ijn Balik T Ganu

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 300 hits
Dugaan dan cabaran hidup setiap orang adalah berbeza beza Kadang kala ada sesetengah individu diuji dengan begitu besar cabaran namun masih lagi mampu tersenyum serta berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan Hal ini ...
Bunuh Telur Nyamuk Sebelum Ia Jadi Jentik Guna Duit 1 Sen

Bunuh Telur Nyamuk Sebelum Ia Jadi Jentik Guna Duit 1 Sen

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 609 hits
tips ini amat bagus untuk peminat pokok hiasan dan orang yang menyimpan air di dalam tong besar hehee saper yang masih ada saki baki duit 1 sen akhirnya berguna juga duit andabertelur di air yang tenang dengan tenangrujuk duit 1 sen yang te...
Ah Long Ugut Nak Jadikan Wanita Ni Pelacur Kalau Tak Pulangkan Balik Duit Yang Dipinjam

Ah Long Ugut Nak Jadikan Wanita Ni Pelacur Kalau Tak Pulangkan Balik Duit Yang Dipinjam

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 492 hits
Kita semua memang tahu risiko bila pinjam duit daripada Ah Long selalunya memang tak pernah berakhir dengan baiklah sebab tu macam mana susah pun cubalah halang diri dari pinjam dengan dorang Macam wanita berusia 28 tahun yang hanya mahu di...
Curi Duit Rokok Pemetik Api Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah

Curi Duit Rokok Pemetik Api Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 586 hits
Ingat lagi tak kes penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang dilaporkan mencuri wang tunai pelakon Indonesia Raja Yunika Perdhana Putri pada Jun lalu BACA Susulan daripada kes tersebut bekas suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah telah...
Sekolah Pertama Guna Mesin Imbas Wajah Untuk Kehadiran

Sekolah Pertama Guna Mesin Imbas Wajah Untuk Kehadiran

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 284 hits
SEKOLAH Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz Simpang Empat di Alor Setar menjadi sekolah pertama di Kedah menggunakan mesin pengimbas wajah bagi merekodkan kedatangan pelajar dan guru Pengetuanya Nur asikin Othman berkata mesin pengimbas wa...
Resepi Roti Jala Guna Cawan Yang Cepat Dan Senang Disediakan

Resepi Roti Jala Guna Cawan Yang Cepat Dan Senang Disediakan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 987 hits
Okay hari ini Yat kongsikan dengan kalian cara buat roti jala yang paling mudah dan cepat untuk disediakan Boleh dikatakan Yat sentiasa buat roti jala ini memandangkan anak anak dan suami sangat suka makan bersama kari ayam atau kari daging...
Majoriti Rakyat Malaysia Lebih Gemar Guna Google Maps Berbanding Waze Kaji Selidik

Majoriti Rakyat Malaysia Lebih Gemar Guna Google Maps Berbanding Waze Kaji Selidik

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 771 hits
Peranti mana yang akan anda gunakan untuk tujuan navigasi Waze atau Google Map Menerusi satu kaji selidik yang dibuat oleh portal teknologi tempatan Wiser my ternyata Google Map memenangi hati rakyat Malaysia apabila menerima 65 undian dari...
Nama Disalah Guna Nana Mahazan Berniaga Produk Sendiri

Nama Disalah Guna Nana Mahazan Berniaga Produk Sendiri

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 403 hits
Pengacara Nana Mahazan berhenti mempromosikan produk pihak lain di laman Instagram kerana ada peniaga yang menyalahgunakan namanya Foto ihsan Instagram nanamahazanKUALA LUMPUR 8 Sept Pengacara Nana Mahazan mengakui sudah empat tahun berhent...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip