Pening Lampu Amaran Terlalu Banyak Ini Maksud Setiap Lampu Amaran
Pening Lampu Amaran Terlalu Banyak, Ini Maksud Setiap Lampu Amaran
Lampu amaran pada kenderaan memainkan peranan sebagai sistem komunikasi antara kenderaan dengan pemandu. Apabila salah satu lampu amaran ini menyala ia sebenarnya memberi isyarat bahawa terdapat komponen atau bahagian yang memerlukan perhatian segera.
Namun begitu, ramai pemandu yang tidak menghiraukan petunjuk ini kerana tidak faham akan maksudnya. Perlu tahu bahawa setiap lampu amaran ini bukannya sekadar hiasan tetapi isyarat kepada pemandu.
Oleh itu, SK ingin berkongsi dengan anda maksud setiap lampu amaran pada kenderaan yang diambil menerusi perkongsian Zam Auto Accessories di Facebook.
Maksud Setiap Lampu Amaran
1. Starting Car System Abnormal
Lampu ini menyala disebabkan terdapat masalah pada bahagian enjin atau sistem elektronik. Jangan biarkan lama-lama kalau muncul lampu ini, seeloknya terus bawa ke bengkel.
2. Car Boot Is Open
Lampu amaran ini senang sahaja nak faham, maksudnya bonet belakang tidak rapat.
3. Engine Oil Level Is Low
Ini bermaksud minyak enjin dah kurang. Jangan dibiarkan tidak ditukar terlampau lama kerana boleh merosakkan enjin kenderaan.
4. Power Steering Loss Of Power
Kalau anda perasan jika lampu amaran ini menyala, steering kereta akan jadi berat dan susah nak pusing. Ia disebabkan oleh sistem power steering bermasalah.
5. Car Battery Is Low
Bateri kenderaan dah lemah atau hampir “kong”. Kalau tidak ditukar atau cas kereta boleh tak hidup.
6. Traction Control
Lampu ini kebiasaannya akan menyala ketika cuaca sedang hujan. Ia bermaksud sistem kereta tengah bantu mengelakkan tayar daripada tergelincir.
7. Low Fuel
Ia menunjukkan minyak kenderaan anda hampir nak habis.
8. Driver’s Airbag Got Problem
Terdapat masalah pada beg udara bahagian pemandu. Perlu hantar ke bengkel, jika dibiarkan bahaya sekiranya berlaku kemalangan sebab mungkin ia tak berfungsi.
9. Wiper Washer Out Of Water
Bermaksud cecair pencuci cermin kenderaan dah habis.
BACA: Habuk & Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh, Ini Cara Mudah Nak Bersihkan
10. Brake System Failure
Lampu amaran ini menunjukkan masalah pada bahagian brek kenderaan. Keadaan ini serius jadi elakkan daripada terus memandu dan ia memerlukan pemeriksaan segera.
11. Engine Temperature Too High/On
lampu amaran ini menyala disebabkan enjin terlalu panas. Sebaiknya berhentikan kenderaan dan periksa pada bahagian radiator dan air coolant.
12. Tyre Pressure Warning
Tekanan tayar tidak cukup atau tidak seimbang.
13. Recirculate Air In The Car
Sistem penghawa dingin sedang dipakai dalam kereta untuk dikitar semula. Ia bagus bila nak sejukkan kenderaan dengan lebih cepat.
14. High Beam Light Is On
Lampu tinggi sedang dalam keadaan menyala.
15. Door Is Open
Bermakna terdapat pintu yang tidak ditutup dengan rapat.
16. Handbrake Is Pulling
Memberi peringatan kepada pembandu bahawa brek tangan berada dalam keadaan masih ditarik.
17.Please Wear Seatbelt
Lampu amaran ini menyala disebabkan terdapat pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan.
18. Problem With The Pre-Warmed Before Start The Car
Lampu ini biasanya terdapat pada kereta diesel. Ia menyala disebabkan masalah pada sistem pra-pemanas. Disarankan untuk pergi periksa jika ia kerap muncul.
19. Parking Sensor Is On
Menunjukkan bahawa sensor parking sedang aktif. Berfungsi dalam membantu mengesan objek atau dinding.
20. Security
Sistem keselamatan kenderaan sedang aktif bagi melindungi daripada dicuri.

Gambar: Zam Auto Accessories
Sumber: Zam Auto Accessories
BACA: Konflik Sudan: Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu
The post Pening Lampu Amaran Terlalu Banyak, Ini Maksud Setiap Lampu Amaran appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/06/pening-lampu-amaran-terlalu-banyak-ini-maksud-setiap-lampu-amaran/