Penilaian Sendiri Sarawak Belum Bertentangan Dengan Dasar Pendidikan Negara Fadhlina




BANGI: Cadangan Sarawak untuk merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada murid tahun enam di semua sekolah kerajaan di negeri itu, tidak bertentangan dengan dasar pendidikan negara.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata selagi cadangan itu berkait dengan pentaksiran, bermakna ia masih lagi seiring dengan hala tuju Kementerian Pendidikan (KPM).

“Sekarang, tujuan dan hala tuju kita (KPM) adalah untuk mengukuhkan pentaksiran.

“Jadi, kalau Sarawak masih lagi berada dalam landasan pentaksiran ini, saya fikir ia tidak jauh (bertentangan) dan kita sedia membantu Sarawak mengukuhkan usaha itu,” katanya pada majlis pelancaran Dasar Pendidikan Digital (DPD) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue hari ini.

Pada akhir Oktober lepas, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata negeri itu bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan UPSR dan langkah itu sedang diteliti kerana pihaknya percaya, ujian itu penanda aras sebenar untuk menilai prestasi pelajar.

Menurut Roland, perkara itu juga amat penting bagi menentukan aliran yang harus ditempatkan pelajar berkenaan apabila memasuki pendidikan menengah.

Sementara itu, mengenai cabaran guru berusia yang mungkin rasa terbeban dengan langkah pendigitalan di sekolah, Fadhlina berkata KPM mempunyai kumpulan guru yang akan turun padang untuk membantu golongan berkenaan.

“Mungkin mereka ada sedikit cabaran (kuasai pendigitalan) tetapi jangan risau. Kita ada kumpulan-kumpulan guru yang turun untuk membuat kunjung bantu bagi memastikan mereka tidak tertinggal dalam konteks pendigitalan ini,” katanya.

Dalam aspek menggunakan sepenuhnya buku teks sekolah secara digital pula, Fadhlina berkata KPM sedang menuju ke arah itu dengan beberapa ruang perlu diperbaiki.

Pada masa sama, beliau berharap kompetensi terhadap penguasaan digital dapat dianjakkan ke tahap lebih tinggi pada 2025, mengambil kira kini hanya dua peratus golongan pendidik negara menguasai sepenuhnya pendigitalan (tahap lanjutan).

“Kita mengadakan siri latihan kompetensi ini sepanjang tahun untuk memastikan mereka benar-benar diangkat daripada tahap asas, pertengahan kepada kumpulan tahap lanjutan.

“Kumpulan lanjutan ini masih lagi sedikit dan kita memerlukan 76 peratus pendidik yang berada pada tahap pertengahan untuk terus dilonjakkan, manakala bagi 22 peratus pendidik yang berada pada tahap asas, mereka mesti ada proses ansur maju dalam kompetensi,” katanya. -- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/11/penilaian-sendiri-sarawak-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak S Assessment System Not Against National Policy Says Fadhlina

Sarawak S Assessment System Not Against National Policy Says Fadhlina

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 217 hits
The education ministry scrapped the UPSR exam for Year 6 students in 2021 and replaced with classroom assessments by teachers BANGI Sarawak s proposal to formulate its own assessment system to replace the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah for...
Masyarakat Masih Ego Belum Memahami Konsep Pendidikan Sebenar

Masyarakat Masih Ego Belum Memahami Konsep Pendidikan Sebenar

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 166 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Masyarakat masih belum percaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah mampu meningkatkan keupayaan murid sehingga sukar melupakan peperiksaan Ujian Sekolah Rendah yang dimansuhkan secara rasmi pada 2021 nbsp Setiausaha Klus
Dasar Pendidikan Digital Melahirkan Murid Fasih Digital

Dasar Pendidikan Digital Melahirkan Murid Fasih Digital

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 404 hits
Seiring dengan kemajuan teknologi kerajaan telah melancarkan Dasar Pendidikan Digital agar bagi memastikan setiap murid fasih digital DPD merupakan pernyataan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memacu perubahan landskap pendidika...
Kepelbagaian Kaedah Pentaksiran Murid Mampu Pacu Pendidikan Negara Pensyarah

Kepelbagaian Kaedah Pentaksiran Murid Mampu Pacu Pendidikan Negara Pensyarah

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 223 hits
Imej hiasan KUALA LUMPUR Cadangan kerajaan Sarawak untuk memperkenalkan taksiran baharu bagi murid sekolah rendah dilihat dapat memacu sistem pendidikan negara menjadi lebih terbuka dan bersedia menghadapi persekitaran pendidikan yang pesat...
Sistem Penilaian Murid Tahun 6 Tingkatan 3 Di Sarawak Akan Diperkenal Pada 2025 Menteri

Sistem Penilaian Murid Tahun 6 Tingkatan 3 Di Sarawak Akan Diperkenal Pada 2025 Menteri

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 329 hits
Sagah bercakap pada sidang media selesai penggulungan bagi kementeriannya Gambar Roystein EmmorKUCHING Sarawak mensasarkan untuk memperkenalkan sistem penilaian sendiri bagi pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 pada tahun 2025 Menteri Pendidikan...
Pmx Berjaya Pulihkan Ekonomi Negara

Pmx Berjaya Pulihkan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 406 hits
Ulang tahun pertama Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara seharusnya dilihat secara positif dan mengiktiraf usaha besar beliau memulihkan ekonomi negara bukannya menimbulkan isu isu remeh untuk memberi gambaran kon...
Negara Tidak Selamat Jika Puak Pelampau Pecah Belah Masyarakat

Negara Tidak Selamat Jika Puak Pelampau Pecah Belah Masyarakat

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 131 hits
Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan memerlukan kestabilan politik sebagai tonggak kekuatannya Menurut Pengerusi Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim Malaysia akan huru hara sekiranya politik mengadu domba kaum Melayu dan bukan ...
Mahfud Sindir Pejabat Negara Ogah Mundur Meski Jadi Tersangka Tak Punya Etika Dan Moral

Mahfud Sindir Pejabat Negara Ogah Mundur Meski Jadi Tersangka Tak Punya Etika Dan Moral

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 136 hits
Mahfud juga menyebut pejabat yang ogah mundur setelah berstatus tersangka tak tahu malu
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy