Peniaga Rambo Dan Netizen Otak Belon Lain Macam


 
Ada dua jenis peniaga di ibu kota. Jenis pertama ialah yang berlesen; setia dan patuh undang-undang; selalunya mereka adalah orang kita sendiri iaitu rakyat tempatan. Paling penting mereka tidak terlibat dengan mana-mana kartel atau sindiket.
Jenis kedua ialah peniaga yang tidak berlesen, atau dikenal sebagai peniaga rambo. Acap kali mereka adalah orang luar. Bukan warganegara ini malahan. Mereka jarang menghormati undang-undang; apatah lagi menyumbang kepada negara. Kerana mereka dilindungi kartel atau sindiket dengan rangkaian, mereka berlagak tidak ingat. Mereka rasa setiap inci ibu kota milik mereka. Di mana sahaja mereka rasa boleh memacak khemah dan tiang untuk berniaga oden, baju dan apa lagi, mereka akan pacakkan. Kalau mereka tertangkap, mereka akan memekik supaya orang akan marahkan Cina.
Kita ada satu jenis netizen; otak belon lain macam. Netizen otak belon ini tidak dapat berfikir dengan waras. Otak mereka adalah otak inti media sosial. Apa yang disogok di media sosial atas nama bukan Islam atau Cina, India, LGBT dan lain-lain mereka akan segera bagaikan terpaling Melayu. Di mana buntut mereka rasa terjungkit untuk menjadi juara, mereka akan terpekik terlolong. Ambil sahaja contoh dalam hal membanteras kuil haram, mereka akan beria-ia. Kalau ada mufti atau pendakwah menolongkan suara mereka, maka makin menjadi-jadilah otak belon mereka ini.
Akan tetapi netizen otak belon ini, apabila benda haram itu melibatkan muka Melayu (belum tentu ada kad pengenalan kerana mungkin mereka orang seberang) akan tiba-tiba sirna perkataan haram itu. Mereka lupa kuil haram dan peniaga haram itu hukumnya sama. Mereka yang beria-ia mencemuh dan membantah kuil haram akan membelakan peniaga haram tidak berlesen ini, kerana apa? Sebab muka macam Melayu, sebab kita kan serumpun.
Kalau-kalau ada kartel dan sindiket yang pandai memainkan naratif dan isu sembari membanjirkan cerita palsu dan khabar angin di media sosial, mereka otak belon ini akan telan bulat-bulat apa sahaja. Sebab apa ya mereka otak serumpun ini boleh dibodohkan senang-senang lain macam? Sebab otak mereka otak belon, kosong penuh angin, nampak cantik lain macam sebab berwarna-warni tetapi otak jenis ini sayang tidak tahan lama. Dibawa pulang atau pun belum sempat tiba di rumah otak belon ini akan pecah meletup.
Sebetulnya, apa sahaja penguatkuasaan menerima ancaman terbesar daripada netizen otak belon sekarang ini. Bangladesh berniaga haram jual perabot; pekedai runcit Aceh buka kedai runcit haram; Rohingya diam-diam berniaga ‘car wash’ atas tanah kerajaan; Indonesia tiada melalui ujian kesihatan berniaga di tebing jalan secara haram menjual pisang goreng; Suluk berniaga jam tangan secara haram di tebing longkang ibu kota. Mereka inilah netizen otak belon teramat suka.
Penguatkuasa ini penjawat awam. Mereka beroleh arahan supaya semua peniaga haram ini dinyahkan. Ia untuk kebaikan bersama tetapi tentu semua peniaga haram ini ada kartel, kongsi gelap dan sindiket yang melindungi. Sama seperti peminta sedekah atau mak cik tua di stesen minyak dialek Patani menjual keropok. Kalau ada usaha penguatkuasaan untuk membersihkan mereka, selalu akan ditentang orang kita sendiri.
Kenapa orang kita sendiri menggagalkan penguatkuasaan ini? Sebab mereka telah dibodohkan santak membelon otak mereka.
Netizen otak belon tidak bersikap adil kepada peniaga berlesen. Orang kita yang berlesen bayar tapak perniagaan, masuk membida tapak harga ribu-riban. Mujur tiada unsur rasuah dan mereka pun bersih. Mereka berniaga setulus hati dan gigih berkeringat untuk rezeki. Alih-alih ada peniaga tidak berlesen memintas, kurang ajar lain macam tapi muka serumpun. Tup-tup kakitangan ayahanda kartel pun merakam di video, menghebah dan menular di media sosial. Jeng jeng netizen otak belon yang tanpa fikir pun tiba-tiba konon dilanda kasihan, konon rasa manusiawi, dan mereka pun termakan naratif konon Melayu ditindas sebab Cina berniaga tidak diganggu.
Mereka terlupa naratif berlesen dan tidak berlesen. Mereka senang menghadam sebab dalam video tular muka yang terpapar ialah muka serumpun, dan api perkauman atau keagamaan pun menyala.
Negara ini susah hendak maju sebab ada orang kita otak belon seperti ini. Mereka suka benda-benda tak berlesen. Katakanlah, peniaga jual gula gam haram di luar sekolah misalnya. Cuba kalau penjual jajan ini diusir sebab sekolah pun sudah letih bertengkar dengan mereka. Cuba kalau ada perakam video menularkan dengan ayat kasihan. Cubalah, lihat kelak otak mereka akan serta-merta kosong dan spontan membangang. Mereka tiba-tiba beroleh otak belon.
Bila gamaknya otak mereka ada berisi semula akal sebagai insan waras? Bila anak mereka sendiri membeli gula-gula gam, dan kalau ada tragedi tercekik gula melekit yang memang diharamkan, yang dijual oleh peniaga haram. Waktu itu mereka si otak belon akan meroyan pula mengapa barang haram dibenar jual, atau mengapa si polan orang luar tanpa lesen berniaga di perkarangan sekolah. Mereka akan menghamun PIBG, mereka akan mencaci menteri, mereka akan menghamput Cina (ya tanpa sebab) dan serta-merta akan menggelupur dengan ayat-ayat simpati agar anak syurga yang ditimpa tragedi akan beroleh kebahagiaan di sisi Yang Maha Esa.
Esok lusa otak mereka membelon semula. Sebab akan ada agamawan tumpang semangkuk jual belon. Sebab ada pendakwah mualaf akan sekaki main belon.
Negara ini pun rugi. Peniaga berlesen patuh undang-undang akan putus asa. Penguatkuasa yang tadi rasa melakukan kerja akan putus asa. Kartel pun kembali berleluasa. Negara tidak dapat mengutip cukai. Cukai itu nanti akan membaiki klinik atau membayarkan gaji doktor dan mutu perkhidmatan kesihatan pun merosot. Mereka otak belon akan memarah, manakala yang bertenggek pun gesit meniup api perkauman dan tolong lagi ikut sama berkenduri atas pembohongan. Ada agamawan akan tahlilan atas penipuan ini.
Pusingan bodoh ini akan berterusan berulangan. Kita akan baca lagi dan lagi kebodohan ini. Lain hari lain kebodohan. Lain hari cerita peniaga rambo yang lain.
Otak belon di mana-mana. Otak belon lain macam. Mereka tiba-tiba jadi belon otaknya apabila disuguh naratif palsu. Sayang, asalkan ada video atau foto tanpa konteks dengan muka serumpun mereka pun jadi kera dicuit belacan lantas meruok kebabom tidak ingat.
Dasar otak belon! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/peniaga-rambo-dan-netizen-otak-belon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Ingat Saya Kac P Ketika Itu Tapi Farid Kamil Imbas Saat Ditegur Bapa Minta Jangan Jadi Macam Jamal Abdillah

Netizen Ingat Saya Kac P Ketika Itu Tapi Farid Kamil Imbas Saat Ditegur Bapa Minta Jangan Jadi Macam Jamal Abdillah

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 98 hits
Pelakon Farid Kamil menerusi satu podcast ada bercerita mengenai kisah dirinya difitnah mengambil bahan terlarang ketika majlis pelancaran filem Anwar The Untold Story Dalam temubual itu Farid juga mendakwa dia diberi amaran oleh bapanya un...
Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 238 hits
M mm Intro Hael Husaini Nadeera Sayang Ya iya sayang You ada mana sekarang Dah kenapa sayang Tahukan esok raya Oh a ah lah sayang okay okay I balik sekarang Verse 1 Hael Husaini Sayang Ya sayang Nak bawak baju berapa pasang Ikut you sayang ...
Video Ryzal Ibrahim Kongsi Gelagat Rina Netizen Terhibur Ni Macam Sharifah Sakinah

Video Ryzal Ibrahim Kongsi Gelagat Rina Netizen Terhibur Ni Macam Sharifah Sakinah

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 118 hits
Perkongsian pempengaruh terkenal Ryzal Ibrahim mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya Rina di media sosial baru baru ini Kongsi Gelagat Comel Rina Menggayakan Aksesori Kepala Dengan Telekung Ryzal mene...
Dbkl Jawab Isu Abang Belon Dakwa Peniaga Tak Hirau Teguran Amp Tolak Penguat Kuasa

Dbkl Jawab Isu Abang Belon Dakwa Peniaga Tak Hirau Teguran Amp Tolak Penguat Kuasa

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 146 hits
Insiden panas melibatkan seorang peniaga belon tanpa lesen yang dikenali sebagai Abang Belon akhirnya mendapat penjelasan rasmi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Menurut kenyataan DBKL di media sosial kejadian yang berlaku sekitar jam 1...
Hiburan Peniaga Berlesen Kecewa Peniaga Rambo Berniaga Bebas Tanpa Kawalan Kami Yang Bayar Sewa Pula Ditekan

Hiburan Peniaga Berlesen Kecewa Peniaga Rambo Berniaga Bebas Tanpa Kawalan Kami Yang Bayar Sewa Pula Ditekan

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 84 hits
Sedia maklum menjalankan perniagaan secara sah memerlukan lesen pembayaran cukai dan pematuhan peraturan seperti kebersihan keselamatan dan kawalan harga Namun masih ramai peniaga tanpa lesen yang beroperasi tanpa kawalan hingga mencetuskan...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Tanah Warisan Ini Akan Senasib Palestin

Kehilangan Pamela Ling 12 Saksi Diambil Keterangan Polis

Dr Afif Hentikan Retorik Rafizi Perlu Letak Jawatan Negara Perlukan Menteri Ekonomi Komited

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Skywalk Aiyerweng Talay Mok Ayoeweng Di Betong

Kelas Mengaji Dan Tawjid Online

Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit