Peniaga Mengeluh Bekalan Daging Lembu Makin Kurang


SEORANG penternak melihat lembu yang semakin berkurangan di Georgetown semalam.




GEORGE TOWN: Pembekal da­ging lembu hidup semakin bimbang dengan masalah yang dihadapi untuk membawa masuk haiwan ternakan itu dari negara luar susulan gelombang ketiga pandemik Covid-19.

 
Ini menyebabkan mereka terpaksa ‘pusing’ hampir ke seluruh Semenanjung untuk mendapatkan stok lembu tempatan yang dikatakan semakin berkurangan sehingga 75 peratus kini.

 
Seorang pembekal dan penternak lembu yang mahu dikenali sebagai Wan, 38, berkata, ekoran masalah tersebut, dia terpaksa menanggung kenaikan harga bagi seekor lembu hidup sehingga

 
RM12.90 sekilogram (kg) berbanding awal tahun ini RM11 sekg iaitu dengan anggaran harga RM5,000 seekor.

 
“Urusan membawa bekalan lembu hidup ke Malaysia kini tergendala terma­suk stok makanan atau dedak yang diproses daripada buah kelapa sawit dari Kuala Lumpur dan Perak.

 
“Saya kini banyak bergantung kepada sumber lembu hidup dari Johor dan Pe­rak berbanding sebelum ini yang dibawa dari Thailand dan Australia.

 
“Kadar harga bagi seekor haiwan ternakan itu pula bergantung pada nilai mata wang semasa negara,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

 



Wan memberitahu, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, bekalan lembu hidup dari Australia dibawa masuk menggunakan perkhidmatan kapal kargo manakala lembu dari Thailand di bawa menggunakan lori.

 
“Saya perlu memastikan stok bekalan lembu ini sentiasa ada untuk memenuhi permintaan pasaran setiap hari.

 
“Ia melibatkan pembekalan stok kepada lebih 50 peratus peniaga daging di Pulau Pinang dengan harga jualan daging lembu yang siap disembelih adalah RM27 sekilogram.

 
“Harga daging tidak menentu, tetapi saya belum menaikkan lagi harga daging sejak dua tahun lalu dan mengekalkan harga yang sama iaitu RM26.50 sekilogram. Saya tanggung semua kos kenaikan daripada peringkat pembekalan pertama.

 
“Namun Oktober lalu, saya terpaksa naikkan harga sebanyak 50 sen susulan kos yang ditanggung dan peniaga juga memahami apa yang berlaku kini,” ujarnya.

 
Dalam perkembangan sama, Wan menjelaskan, sebanyak 40 tan kulit lembu yang ada ketika ini masih tidak dapat dieksport ke Thailand dan Indonesia susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 
“Kulit lembu diproses untuk menjadi bahan makanan dan barangan kulit. Permintaan terhadap dua barangan tersebut adalah sangat tinggi namun ke­rana penguatkuasaan penutupan sempadan, bekalan tersebut terpaksa dibiarkan begitu sahaja di kandang,” jelasnya.

 
Dia yang berpengalaman dalam bidang ternakan dan pembekalan haiwan ternakan selama 20 tahun memberitahu, kemungkinan akan berlaku lagi kenaikan harga daging lembu sehingga RM1 dalam tempoh terdekat.

 
Sementara itu, seorang lagi penjual daging lembu yang mahu dikenali sebagai Rahmat, 56 berkata, biarpun berlaku kenaikan harga 50 sen di peringkat pembekal, namun dia tetap menjualnya pada harga sama iaitu RM36 bagi sekg isi daging lembu tempatan.

 
“Di peringkat peniaga memang ada rungutan tentang kenaikan 50 sen termasuk kekurangan pe­langgan akibat PKPB.

 
“Tetapi kami terpaksa menerima hakikat tersebut bagi tujuan meneruskan operasi perniagaan dan meneruskan kelangsungan hidup, “ ujar beliau. 


--K! Online



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/peniaga-mengeluh-bekalan-daging-lembu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Kesan Virus Korona Pada Bungkusan Daging Lembu Dari Brazil

China Kesan Virus Korona Pada Bungkusan Daging Lembu Dari Brazil

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 259 hits
Images KONGSI ARTIKEL BEIJING Bandar Wuhan di China menyatakan pada Jumaat bahawa ia telah mengesan virus korona baru pada bungkusan sekumpulan produk daging lembu dari Brazil sedang ia mempertingkatkan pemeriks
Pkpb Bekalan Cukup Peniaga Jangan Ambil Kesempatan

Pkpb Bekalan Cukup Peniaga Jangan Ambil Kesempatan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 197 hits
MOHD Ridzuan Ab Ghapar meninjau bekalan makanan dan keperluan asas pengguna di sebuah pasar Raya besar di Bayan Baru Georgetown Pulau Pinang semalam UTUSANGEORGETOWN Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri memberi jam...
Fazura Kongsi Foto Sipi Anak Lagi Fatima Makin Bambam

Fazura Kongsi Foto Sipi Anak Lagi Fatima Makin Bambam

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 312 hits
Pelakon Nur Fazura yang bersalin pada 2 Oktober 2020 lalu itu dilihat semakin terbuka berkongsi sedikit demi sedikit perkembangan anak sulungnya di laman Instagram meskipun masih belum mendedahkan wajah bayi perempuan itu secara keseluruhan...
Makin Ramai Pelajar Sekolah Rendah Menengah Tercicir Kpm

Makin Ramai Pelajar Sekolah Rendah Menengah Tercicir Kpm

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 236 hits
MALAYSIAKINI Kadar keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini mencatatkan peningkatan tahun ini sejak bermulanya wabak Covid 19 kata Menteri Pendidikan Radzi Jidin Radzi dalam jawapan bertulis bagi menjawab soal...
Covid 19 Makin Menaik Kena Kembali Kepada Sang Rabbi

Covid 19 Makin Menaik Kena Kembali Kepada Sang Rabbi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 263 hits
Asssalamualaikum dan selamat pagi Naim harap semua baik baik belaka bersama keluarga tercinta Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad Semoga Allah mempermudahkan urusan kita seharian Pada pagi ini coretan kali ini ingin...
Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat Dah Lompat Lompat Ds Siti Nurhaliza

Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat Dah Lompat Lompat Ds Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 349 hits
Melayari insta story Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti membuatkan kita tertanya tanya mengenai anak kesayangan Tok Ti Siti Aafiyah yang dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan baru baru ini Ramai yang tertanya tanya mengenai masalah yang ...
Bangun Bisnis Bersama 8 Pasangan Artis Ini Makin Sukses Dan Kompak Bisa Ditiru Nih

Bangun Bisnis Bersama 8 Pasangan Artis Ini Makin Sukses Dan Kompak Bisa Ditiru Nih

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 197 hits
Jadi bisnis keluarga semoga usaha mereka bisa bertahan dan diteruskan hingga anak cucu nanti ya
Otak Anak Makin Bijak Kaya Dha Buatkan Bubur Sup Ikan Merah Ni

Otak Anak Makin Bijak Kaya Dha Buatkan Bubur Sup Ikan Merah Ni

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 412 hits
Berbanding ayam ikan sememangnya cukup disarankan dalam pemakanan anak anak kita Ikan merah misalnya selain isinya yang tebal ia kaya dengan Omega 3 dan DHA yang tinggi yang ternyata cukup baik untuk perkembangan minda anak anak kita Jadi j...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof