Mufti Perak Pengasuh Tadika Taska Tidak Boleh Kenakan Bayaran Jika Tiada Perkhidmatan Diberikan


Ramai yang bertanya tentang bagaimana upah asuhan anak jika tidak dihantar kerana tempoh PKP. Menurut laman rasmi facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, pembayaran haruslah dibuat setakat perkhidmatan yang diberikan sahaja namun ibu bapa dan pengasuh haruslah berbincang dengan baik agar tidak berlaku sebarang salah faham.


Ibu bapa, pengusaha taska dan pusat pendidikan di Perak dinasihatkan merujuk perjanjian lisan atau bertulis antara mereka bagi menangani isu bayaran upah atau yuran yang perlu dilunaskan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan perkara itu penting supaya dua pihak itu reda hasil rundingan awal yang dibuat.
Menurutnya, sebarang perkhidmatan disediakan pihak berkenaan juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan dikemukakan pihak berwajib yang perlu dipatuhi selagi mana tidak bercanggah dengan syarak.
“Isu memberi dan membekalkan perkhidmatan merupakan unsur utama serta penting dalam sesuatu kontrak yang dimeterai antara pihak berkenaan. Pelaksanaan PKP antara faktor yang tidak terduga dan memberi kesan kepada perkhidmatan.
“Bagi menjamin perkhidmatan boleh dilaksanakan kepada pelanggan, pengasuh dan pengusaha perkhidmatan boleh membekalkan perkhidmatan mereka dengan pelbagai mekanisme seperti kaedah dalam talian. Penyediaan perkhidmatan dan penjualan produk adalah asas kepada transaksi muamalat,” katanya dalam kenyataan rasmi tersebut.
Jabatan Mufti Perak melihat pihak pembayar dan pembekal perkhidmatan perlu memberi perhatian terhadap sebarang syarat, terma, perjanjian, persetujuan dan perbincangan terhadap sesuatu kontrak bagi mewujudkan keredaan kedua-dua pihak tanpa menimbulkan anasir negatif seperti ketidakadilan dan ketidakjelasan dalam urusan mualamat.
Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai melihat penjelasan hukum yang dikeluarkan dari sudut positif dan tidak emosional dalam membuat penilaian.
Selain itu, pengusaha perkhidmatan atau pengasuh perlu mengambil langkah menang-menang bersama ibu bapa melalui perbincangan dalam menentukan keadilan kepada pihak yang terlibat.
“Pihak ibu bapa dan penjaga juga perlu mengelakkan sifat terlalu berkira dan bersikap tolak ansur dengan mengambil kira jasa serta pengorbanan pengasuh dan pengusaha perkhidmatan terhadap anak-anak.
“Pengasuh dan pengusaha perkhidmatan berkaitan juga perlu membuat persediaan kewangan dengan mewujudkan dana rizab dan simpanan untuk menjamin kelangsungan perniagaan mereka ketika keadaan tidak diduga,” jelas kenyataan tersebut.
Jabatan Mufti Perak memaklumkan penjelasan yang dikeluarkan itu setelah meneliti komen netizen menerusi paparan jawapan menerusi Facebook sebelum ini berkaitan bayaran upah mengasuh anak sama ada perlu dibayar penuh sedangkan anak tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti yang disiarkan pada 30 Mac lalu.
Sumber: Sinar Harian 
The post Mufti Perak – Pengasuh, Tadika, Taska Tidak Boleh Kenakan Bayaran Jika Tiada Perkhidmatan Diberikan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mufti-perak-pengasuh-tadika-taska-tidak-boleh-kenakan-bayaran-jika-tiada-perkhidmatan-diberikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tafsir Surah 33 33 Dengan Isu Covid19 Perbuatan Terpesong Jabatan Mufti Perak

Tafsir Surah 33 33 Dengan Isu Covid19 Perbuatan Terpesong Jabatan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 214 hits
Baru baru ini tular di media sosial mengaitkan tafsiran ayat al Quran yang dikatakan mempunyai maksud berkaitan dengan penularan wabak COVID 19 Pelbagai persoalan bermain di minda warganet sama ada ia benar ataupun tidak Jabatan Mufti Perak...
Petugas Kesihatan Pakai Ppe Boleh Solat Tanpa Wuduk Dan Tayammum Mufti Perlis

Petugas Kesihatan Pakai Ppe Boleh Solat Tanpa Wuduk Dan Tayammum Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 537 hits
Mufti Perlis Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata petugas kesihatan yang memakai pakaian perlindungan diri tidak perlu mengambil wuduk atau bertayammum Para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat berwuduk dan bertayammum me...
5 Perkhidmatan Penghantaran Yang Boleh Digunakan Sepanjang Pkp

5 Perkhidmatan Penghantaran Yang Boleh Digunakan Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 371 hits
Perdana Menteri mengingatkan kita untuk duduk di rumah sambil menonton filem DG Hisham juga bersetuju dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan kerana usaha untuk merendahkan lengkung mula menampakkan kej...
Kerajaan Perlu Tangani Isu Murtad Lebih Serius Mufti Perak

Kerajaan Perlu Tangani Isu Murtad Lebih Serius Mufti Perak

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 217 hits
Isu murtad bukan bersifat peribadi atau semata mata konflik kepercayaan sebaliknya perlu dilihat dari sudut keselamatan kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria Beliau berkata tindakan menyenaraikan isu murtad atas dasar hak individu d...
Tular Ayat Al Quran Berkenaan Covid 19 Ini Jawapan Jabatan Mufti Perak

Tular Ayat Al Quran Berkenaan Covid 19 Ini Jawapan Jabatan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 478 hits
Pentafsiran ayat al Quran yang dikatakan mempunyai maksud berkaitan wabak koronavirus sepertimana tular sejak dua hari lalu merupakan satu pendustaan dan pembohongan nyata terhadap ALLAH SWT Tular Ayat Al Quran Berkenaan Covid 19 Ini Jawapa...
Bayaran Bantuan Akhir April Terlalu Lambat Makcik Kiah Pun Tak Boleh Tunggu

Bayaran Bantuan Akhir April Terlalu Lambat Makcik Kiah Pun Tak Boleh Tunggu

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 242 hits
By 30 March 2020Ahmad Muzakkir HamidKUALA LUMPUR Kerajaan diminta menyediakan satu bantuan kecemasan kepada golongan peniaga peniaga kecil yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang supaya mereka mendapat bantuan kewangan segera Pen...
Kalau Dapat Gaji Penuh Cubalah Bayar Yuran Pengasuh Taska Penuh Kalau Tiada Berbincang Baik Baik

Kalau Dapat Gaji Penuh Cubalah Bayar Yuran Pengasuh Taska Penuh Kalau Tiada Berbincang Baik Baik

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 393 hits
Semua orang sedang terkesan dengan wabak COVID 19 secara langsung ataupun tidak Namun masih ada majikan yang membayar gaji secara penuh walaupun pekerja sudah mula bekerja dari rumah Namun ada juga yang terjejas dan tidak mendapat gaji kera...
Pengusaha Taska Tadika Putrajaya Tersepit Ibu Bapa Enggan Bayar Yuran

Pengusaha Taska Tadika Putrajaya Tersepit Ibu Bapa Enggan Bayar Yuran

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 406 hits
PUTRAJAYA Pengusaha tadika dan taska di sini berhadapan kesukaran kewangan apabila ibu bapa enggan membayar yuran penjagaan bagi Mac dan April berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Ini menyebabkan pengusaha terbabit menghadapi masalah untuk...
Kelak Whatsapp Boleh Digunakan Pada Lebih Dari Satu Peranti Serentak

Kelak Whatsapp Boleh Digunakan Pada Lebih Dari Satu Peranti Serentak

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 214 hits
Saya bukanlah pengguna tegar WhatsApp kerana pertama sekali ia hanya boleh digunakan pada satu peranti pada satu satu masa Sebagai insan yang kerap bertukar peranti untuk ulasan proses mengaktifkan WhatsApp ada peranti baharu amat melecehka...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Perempuan Melawan Lara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100