Pengusaha Kedai Gunting Rambut Tidak Mahu Jadi Pencipta Kluster Penyebar Baharu


TANAH MERAH, 12 April  – Rata-rata pengusaha kedai gunting rambut tidak mahu menjadi pencipta ‘kluster’ baharu penularan wabak pandemik COVID-19 walaupun sektor itu dibenarkan kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.
Pengusaha kedai gunting rambut di Jalan Wan Rahmat di sini, Tuan Syafiq Izat Tuan Zaib, 24, berkata, hakikatnya memang terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan dalam tempoh ini, namun perlu juga memikirkan nyawa.
“Berkemungkinan saya akan menyediakan perkhidmatan di rumah serta melalui temujanji dengan pelanggan dan kaedah ini dapat mengehadkan bilangan pelanggan dalam satu hari. Itupun jika tidak menjadi halangan. Saya tidak mahu premis saya menjadi pencipta ‘kluster’ baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya industri automotif, projek pembinaan serta perkhidmatan terpilih seperti perkhidmatan gunting rambut asas untuk mula beroperasi secara berperingkat-peringkat semasa PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.
Tuan Syafiq berkata jika menawarkan perkhidmatan menggunting rambut di rumah beliau akan mengambil berat aspek keselamatan diri dan pelanggan walaupun mustahil dapat menjarakkan diri sejauh satu meter daripada pelanggan semasa menggunting rambut.
“Penyakit ini sukar dikenalpasti, namun untuk mencari pendapatan ia perlu dilakukan atas inisiatif sendiri,” katanya yang mengusahakan kedai gunting rambut sejak dua tahun lepas.
Seorang lagi tukang gunting rambut Jalan Jedok, Kampung Mana di sini, Mohd Saidi Ismail, 35, pula berkata jika kembali beroperasi beliau akan mengehadkan pelanggan dalam tempoh sehari berbanding sebelumnya.
“Pelanggan selepas ini mesti membuat temujanji dan tidak dibenarkan berkumpul untuk menunggu giliran di kedai saya kerana saya tidak mahu perkhidmatan saya menjadi penyumbang kepada peningkatan penyakit ini.
“Namun, mahu tidak mahu saya perlu beroperasi juga untuk mendapat pendapatan yang 100 peratus bergantung kepada gunting rambut,” katanya.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Persatuan Jurugaya Rambut India Selangor dan Wilayah Persekutuan (PJRISWP) turut meluahkan kekhuatiran sama dan memohon pihak Kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar menutup operasi kedai gunting rambut sehingga Tahap 3 PKP berakhir pada 28 April ini.
Presiden persatuan Ganathiban Murugan dalam satu kenyataan berkata, kerja gunting rambut ini boleh membawa risiko tinggi jangkitan COVID-19 memandangkan tiada peluang untuk tukang gunting dan pelanggan amalkan jarak sosial.
Pada masa yang sama, peralatan gunting rambut yang digunakan adalah sama bagi semua pelanggan, yang menyumbangkan lagi kepada risiko jangkitan COVID-19, katanya dalam kenyataan yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Meskipun kebenaran diberikan kepada mereka yang beroperasi di kawasan zon hijau sahaja, peluang pelanggan dari kawasan zon merah untuk mengunjungi kedai gunting rambut di zon hijau dalam tempoh PKP ini adalah sangat tinggi dan ini boleh menggagalkan usaha memerangi COVID-19.
Ganathiban berkata, walaupun anggotanya banyak mengalami kerugian kerana terpaksa menutup perniagaan sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac, pihaknya tetap menyokong dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan bersama MKN sewaktu PKP berkuatkuasa.
 
Sumber: Bernama
The post Pengusaha Kedai Gunting Rambut Tidak Mahu Jadi Pencipta ‘Kluster’ Penyebar Baharu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/12/pengusaha-kedai-gunting-rambut-tidak-mahu-jadi-pencipta-kluster-penyebar-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kluster Kedai Gunting Rambut

Kluster Kedai Gunting Rambut

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 735 hits
Aku tak tahu Bagaimana kabinet MKN Menteri ekonomi cara mereka berfikir Bagaimana nak gerakkan Ekonomi Lalu mencadangkan Kedai Gunting rambut Kedai rawatan urut dan bekam Tradisional dibuka Sedangkan inilah satu bentuk Kontak rapat Satu ben...
Elak Wujud Kluster Baru Kerajaan Sekat Semula Kedai Gunting Rambut Beroperasi

Elak Wujud Kluster Baru Kerajaan Sekat Semula Kedai Gunting Rambut Beroperasi

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 253 hits
Sidang media Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diadakan sebentar tadi pastinya memberi kelegaan kepada sesetengah pihak terutama bagi pengusaha kedai gunting rambut Keputusan ...
Covid 19 Mampu Berlegar Tiga Jam Dalam Kedai Gunting Rambut

Covid 19 Mampu Berlegar Tiga Jam Dalam Kedai Gunting Rambut

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR COVID 19 boleh berlegar sekurang kurangnya tiga jam di dalam premis yang sempit dan kekurangan pengaliran udara seperti kedai gunting rambut Walaupun memakai penutup hidung dan mulut tukang gunting dan pelanggan berisiko dijang...
Covid19 Kebenaran Berniaga Salun Kecantikan Kedai Gunting Rambut Dan Kedai Cermin Mata Dibatalkan

Covid19 Kebenaran Berniaga Salun Kecantikan Kedai Gunting Rambut Dan Kedai Cermin Mata Dibatalkan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 258 hits
Semalam Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan kedai gunting rambut salun kecantikan dan kedai cemin mata di seluruh negara tidak dibenarkan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Menurut Menteri ...
Kisah Kedai Gunting Rambut Macamana Nak Selesai Nih

Kisah Kedai Gunting Rambut Macamana Nak Selesai Nih

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 283 hits
SGT SETUJU FB Reeya HalimCOPY AND PASTEMcm mana nak saring pelanggan yang berbilang kaum termasuk orang asing masuk kedai gunting rambut Peralatan gunting kena nyah kuman tiap kali digunakan Kain yang selimut badan tu eiiiik berulang kali g...
Kkm Nasihatkan Semua Industri Tangguhkan Operasi Termasuk Kedai Gunting Rambut

Kkm Nasihatkan Semua Industri Tangguhkan Operasi Termasuk Kedai Gunting Rambut

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 418 hits
Dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi Dr Noor Hisham telah menasihatkan semua industri menangguhkan terlebih dahulu operasi termasuk kedai gunting rambut dalam tempoh seminggu ini sehingga data data menunjukkan kita berada dalam...
Perintahkawalanpergerakan Kedai Gunting Rambut Dobi Antara 9 Sektor Yang Dibenar Beroperasi

Perintahkawalanpergerakan Kedai Gunting Rambut Dobi Antara 9 Sektor Yang Dibenar Beroperasi

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 236 hits
Kerajaan mengumumkan pelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi Dalam satu kenyataan keputusan berkenaan diambil menerusi mesyuarat kabinet pada Rabu lalu Berikut adalah...
Risiko Penularan Wabak Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Agak Tinggi

Risiko Penularan Wabak Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Agak Tinggi

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Orang ramai dan pemilik premis gunting rambut yang dibenar beroperasi semasa fasa tiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan perlu mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelak penularan wabak COVID 19 Gambar Hiasan
Kedai Gunting Rambut Saloon Dan Kedai Cermin Mata Tak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkp

Kedai Gunting Rambut Saloon Dan Kedai Cermin Mata Tak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 285 hits
Perdana Menteri telah buat keputusan operasi kedai gunting rambut atau salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Perkara berkenaan diumumkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabr...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye