Pengurusan Rumah Bonda Nafi Terlibat Pemerdagangan Bayi



Pengurusan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur menafikan dakwaan wujudnya kegiatan pemerdagangan bayi di rumah perlindungan terbabit.

Pengurusan Rumah Bonda dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa demi menangkis dakwaan itu.

“Rumah Bonda yang dibuka pada awal 2019 memberi tempat perlindungan kepada remaja dan wanita hamil tanpa nikah; remaja dan wanita teraniaya; remaja dan wanita yang terbabit dengan gejala sosial.

“Selain memberi tempat perlindungan sementara kepada bayi yang dilahirkan di luar nikah dan tidak diterima keluarga serta menjaga bayi dan kanak-kanak yang sedang menjalani kes-kes mahkamah buat sementara waktu.

“Sejak penubuhannya, rumah perlindungan Rumah Bonda menempatkan keseluruhan seramai 62 orang remaja dan wanita hamil serta wanita teraniaya selain seramai 50 orang bayi dibantu untuk dilahirkan di hospital secara selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Perintah Mahkamah Kanak-Kanak juga ada menghantar kanak-kanak yang tiada waris dan remaja hamil luar nikah yang memerlukan perlindungan ke rumah perlindungan Rumah Bonda.

“Ibu-ibu dan bayi masing-masing kemudiannya akan tinggal di rumah perlindungan Rumah Bonda sepanjang tempoh berpantang.

“Namun segala kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh rumah perlindungan Rumah Bonda tanpa mana-mana penyumbang tetap dan hanya bergantung kepada dana persendirian, dana awam dan sumbangan sukarelawan,” katanya.

Dalam masa sama, rumah perlindungan berkenaan menegaskan pihaknya tidak menguruskan sebarang proses anak angkat, sebaliknya jika penghuni tidak bersedia menjaga bayi selepas dilahirkan dan berhasrat menyerahkan bayi untuk pengangkatan, penghuni dan keluarga sendiri, perlu menguruskan proses pengangkatan bersama keluarga angkat.

“Untuk mendapatkan perlindungan dan sokongan di rumah perlindungan Rumah Bonda, mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan antaranya mengemukakan identiti dan rekod peribadi yang disahkan untuk memohon mendaftar masuk serta membuat laporan polis menyatakan kesediaan mendaftar masuk dengan sukarela dan tanpa paksaan, kecuali kes-kes rujukan daripada hospital atau JKM,” katanya.

Malah, mereka juga perlu memaklumkan status keberadaan di rumah perlindungan Rumah Bonda kepada sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga dan waris terdekat serta mematuhi semua temujanji pemeriksaan antenatal serta hendaklah melahirkan bayi dengan selamat di hospital.

“Apabila bayi dilahirkan dan selepas tamat tempoh berpantang, penghuni diwajibkan mengisi borang keluar bagi menyatakan kesediaan ingin keluar daripada rumah perlindungan Rumah Bonda,” katanya.

Rumah Bonda berkata, mereka berpegang kepada prinsip bahawa kesilapan silam seseorang adalah aib yang perlu disimpan dan ditutup dengan rapi.

“Bagaimanapun Rumah Bonda mendapati bahawa maklumat sulit ini didedah dan disebarkan secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat oleh individu-individu tertentu di media sosial.

“Kita tidak mengizinkan rekod-rekod sulit bekas penghuni disalahgunakan dan disebarkan sedemikian rupa dan memandang serius percubaan pihak-pihak tertentu termasuk membuat laporan polis palsu,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/04/pengurusan-rumah-bonda-nafi-terlibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Bonda Founder Started Abusing Bella After Curtain Rod Incident Court Told

Rumah Bonda Founder Started Abusing Bella After Curtain Rod Incident Court Told

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 263 hits
Siti Bainun Ahd Razali has claimed trial to two counts of abandonment and abusing Bella a Down Syndrome teen under her care PETALING JAYA The founder of a welfare home started abusing a Down Syndrome teenager in her care after an incident w...
Rumah Bonda Denies Human Trafficking Allegations

Rumah Bonda Denies Human Trafficking Allegations

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 155 hits
Rumah Bonda founder Siti Bainun Ahd Razali has been charged with neglect and abuse of Bella a 13 year old girl with Down syndrome PETALING JAYA Welfare home Rumah Bonda has staunchly denied claims that it has been involved in human traffick...
Hiburan Hentilah Fitnah Saya Zahid Hamidi Nafi Ada Cubaan Lindungi Siti Bainun

Hiburan Hentilah Fitnah Saya Zahid Hamidi Nafi Ada Cubaan Lindungi Siti Bainun

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 331 hits
Baru baru ini nama telah dikaitkan dengan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun namun dinafikan oleh anak perempuannya iaitu Nurulhidayah Selepas anaknya menafikan hal berkenaan kali ini giliran Zahid Hamidi pula menafikan tuduhan itu dengan mem...
Saya Tiada Kuasa Berbuat Demikian Zahid Nafi Dakwaan Melindungi Siti Bainun

Saya Tiada Kuasa Berbuat Demikian Zahid Nafi Dakwaan Melindungi Siti Bainun

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 287 hits
Kes remaja Sindrom Down Bella didera pengasas Rumah Bonda masih hangat dibincangkan di media sosial Terbaru timbul dakwaan yang mengatakan pengasas berkenaan Siti Bainun adalah anak angkat kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ...
Hiburan Saya Berasa Dikhianati Nurul Zahid Nafi Keluarga Bersubahat Dengan Siti Bainun Akui Pernah Rapat

Hiburan Saya Berasa Dikhianati Nurul Zahid Nafi Keluarga Bersubahat Dengan Siti Bainun Akui Pernah Rapat

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 290 hits
Sejak kebelakangan ini nama Siti Bainun menjadi sebutan warga maya berikutan statusnya sebagai OKT bagi kes penderaan anak kurang upaya Bella yang masih dalam perbicaraan sehingga ke hari ini Malah muncul desas desus yang mengatakan Siti Ba...
Minit Mesyuarat Pn Bocor Nafi Jika Tak Benar

Minit Mesyuarat Pn Bocor Nafi Jika Tak Benar

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 119 hits
Minit mesyuarat PN bocor Nafi jika tak benar Seorang pemimpin Umno mendesak pemimpin Perikatan Nasional menafikan segera sekiranya kebocoran minit mesyuarat yang dikatakan merancang untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional tidak benar Ah...
Bisnes Tudung Terjejas Mawar Karim Nafi Muflis

Bisnes Tudung Terjejas Mawar Karim Nafi Muflis

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 189 hits
Bisnes tudung terjejas Mawar Karim nafi muflis Tidak tepat tidak benar dan saya sekeras kerasnya menafikan dan tidak mengenali serta tak pernah berurusan dengan plaintif Demikian kata usahawan Mawar Karim atau nama lengkapnya Mawar Abdul Ka...
Anak Angkat Celah Mana Nurulhidayah Nafi Dakwaan Warganet

Anak Angkat Celah Mana Nurulhidayah Nafi Dakwaan Warganet

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 194 hits
Anak angkat celah mana Nurulhidayah nafi dakwaan warganet Anak presiden Umno Nurulhidayah Ahmad Zahid menafikan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa terlibat kes pengabaian dan penganiayaan remaja sindrom down merupakan ...
Badan Kehakiman Nafi Percepat Kes Najib Zahid

Badan Kehakiman Nafi Percepat Kes Najib Zahid

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 21 2022 8 13 PMPejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menafikan dakwaan bahawa Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mempercepatkan kes mahkamah terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi da...
All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini