Pengurus Bank Sahkan Shahrir Terima Cek Rm1 Juta Dari Najib


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Aug 11, 2022 6:00 PM
Seorang pengurus bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad menerima sekeping cek bernilai RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sembilan tahun lepas.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi, 43, yang mengesahkan perkara itu berkata cek tersebut dikeluarkan oleh Najib sendiri atas nama bekas pengerusi Felda berkenaan pada 27 Nov 2013 dan telah ‘clear’ pada keesokan harinya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Berdasarkan salinan penyata bank Datuk Seri Najib, baki wang untuk bulan November 2013 adalah berjumlah RM48,273,239.26 manakala baki yang tinggal pada 30 Nov 2013 adalah RM36,922,068.26.
"Pada 28 Nov 2013, terdapat pengeluaran berjumlah RM1 juta daripada akaun tersebut,” kata saksi pendakwaan ke-12 itu.

Bagaimanapun, Uma Devi berkata akaun bank milik Najib itu, yang dibuka pada 31 Julai 2013, telah ditutup pada 9 Mac 2015 atas sebab yang tidak dinyatakan.

“Baki dalam akaun tersebut bersama dua lagi akaun beliau yang lain ialah sebanyak RM103,361.17 telah dikeluarkan menerusi cek atas nama Ihsan Perdana Sdn Bhd,” katanya.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 5 Sept ini.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/engurus-bank-sahkan-shahrir-terima-cek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Manager Confirms Shahrir Received Rm1mil Cheque From Najib

Bank Manager Confirms Shahrir Received Rm1mil Cheque From Najib

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 121 hits
Former Felda chairman Shahrir Samad is charged with money laundering by not stating his real income in the 2013 income tax return form KUALA LUMPUR A bank manager told the High Court here that former Felda chairman Shahrir Samad received a ...
Kes Saman Rm1 9 Juta Najib Bantah Dua Peguam Wakili Tommy Thomas

Kes Saman Rm1 9 Juta Najib Bantah Dua Peguam Wakili Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 189 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membantah pelantikan dua peguam untuk mewakili Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman RM1 9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara itu Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun R...
Saya Bayar Rm19 Juta Pada Orang Najib Untuk Hentikan Siasatan Ke Atas Lim

Saya Bayar Rm19 Juta Pada Orang Najib Untuk Hentikan Siasatan Ke Atas Lim

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 162 hits
Malaysiakini Seorang saksi utama kes perbicaraan Lim Guang Eng hari ini memberitahu Mahkamah Seksyen bahawa beliau membayar RM19 juta kepada orang tengah yang didakwa rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghe...
Peguam Baru Najib Kalau Tahu Tidak Mampu Atau Tidak Bersedia Kenapa Masih Terima Kes Najib

Peguam Baru Najib Kalau Tahu Tidak Mampu Atau Tidak Bersedia Kenapa Masih Terima Kes Najib

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 152 hits
Mahkamah adalah tempat penyelesaian dan keadilan kepada 42 juta rakyat Malaysia yang ditipu Najib Mahkamah bukan tempat dibebankan bukan sarkas Najib sudah seorang banduan bukan lagi orang kena tuduh Masa persediaan kepada Najib sudah lebih...
Najib Kongsi Bukti Anak Tun M Terima Projek Kerajaan

Najib Kongsi Bukti Anak Tun M Terima Projek Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 424 hits
SATU bukti yang didakwa menunjukkan anak anak Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat projek bernilai ratusan ringgit dari kerajaan semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dikongsikan oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini Ahli Parlimen Pekan...
Penyelewengan Projek Kapal Perang Lcs Hanguskan Rm890 Juta Najib Zahid Dan H2o Wajib Jawab

Penyelewengan Projek Kapal Perang Lcs Hanguskan Rm890 Juta Najib Zahid Dan H2o Wajib Jawab

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 290 hits
Saya mengalu alukan tumpuan masyarakat kepada nasib perajurit negara yang secara langsung berkait dengan dana awam Isu ini lebih kritikal berbanding skandal skandal lain kerana ia melibatkan pelbagai dimensi seperti 1 Penyelewengan dana rak...
17 Ditahan Barang Subsidi Lebih Rm1 5 Juta Dirampas Di Johor

17 Ditahan Barang Subsidi Lebih Rm1 5 Juta Dirampas Di Johor

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 166 hits
Kamarul Zaman Mamat berkata dua daripadanya mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah manakala warga asing terbabit menyalahgunakan dokumen perjalanan PETALING JAYA Polis Johor merampas barang kawalan bersubsidi diesel rokok dan arak seludup...
Mrt3 Bulan Mac Rm607 Juta Satu Kilometer Bulan Ogos Rm1 0 Billion Satu Kilometer

Mrt3 Bulan Mac Rm607 Juta Satu Kilometer Bulan Ogos Rm1 0 Billion Satu Kilometer

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 175 hits
https www thevibes com articles news 67403 mrt3 now costs rm50 1 bil finance ministryKL MRT3 project estimated to cost RM50 2 billion Finance Ministry saidIn March reportd cost RM31b according to Transport Minister and MRT CEO 51km line 31 ...
Kastam Rampas Syabu Rm1 8 Juta

Kastam Rampas Syabu Rm1 8 Juta

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 150 hits
Ketua Pengarah JKDM Zazuli Johan menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan 28 Julai lalu PETALING JAYA Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas 52kg dadah jenis methamphetamine atau syabu dianggarkan bernilai RM1 8 juta dalam serbu...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say