Pengundi Muda Harus Melakukan Introspeksi Nasional






1. Sudah sampai waktunya dalam PRU ini pengundi memilih tidak berdasarkan kaum dan sentimen agama sempit. Sudah sampai ketikanya pengundi memilih berdasarkan merit, ketokohan calon, dan parti berwibawa untuk membina Malaysia yang maju.

2. Parti berwibawa itu ialah parti yang pemimpinnya tidak korup, tidak rasis, mampu menarik keyakinan pelabur, mempunyai idea, wawasan dan semangat Malaysia, dan dapat mengangkat Malaysia di pentas antarabangsa.

3. Saya tidak mengharapkan hal ini kepada pengundi 40 tahun ke atas kerana mereka sudah mempunyai pandangan politik yang stabil terhadap parti yang hendak disokong. Tetapi bagi pengundi muda yang berumur 18-20 tahun, 21-29 tahun, dan 30-39 tahun, saya mempunyai harapan yang besar terhadap mereka.

4. Setakat bilangan pengundi yang diwartakan sehingga 16 Jun 2022, pengundi berumur 18-20 tahun adalah seramai 1,141,699 (5.4%), 21-29 tahun seramai 4,974,627 (23.56%), dan 30-39 tahun seramai 4,705,278 (22.28%) daripada jumlah pengundi seramai 21,115,934 orang.

5. Jika dicampurkan jumlah pengundi muda 18-39 tahun, peratusan mereka ialah 51.24%. Peratusan ini tinggi dan sangat signifikan dalam menentukan parti yang menang dalam pilihan raya nanti, sekali gus arah tuju bangsa ini.

6. Pengundi muda ini cerdik, celik ICT, terdedah kepada media sosial, dan peka kepada isu-isu semasa. Biarpun ramai yang menyatakan pengundi 18-20 tahun akan mengundi mengikut kecenderungan politik ibu bapa dan rakan sebaya, mereka adalah pengundi bermaklumat. Mereka cerdik dalam menentukan apa yang terbaik untuk negara dan masa depan mereka.

7. Saya berharap pengundi muda ini menolak politik perkauman dan politik keagamaan yang sempit. Demi negara, saya harap mereka berani melakukan introspeksi nasional tanpa dipisahkan oleh perbezaan kaum dan agama. Jangan biarkan diri diperkotakkan katikkan oleh perbezaan ini oleh ahli-ahli politik. Terima realiti kita negara majmuk.

8. Bagi saya, sikap orang politik yang memperdagangkan bangsa dan agama setiap kali pilihan raya memalukan. Ini menggagalkan usaha untuk membina Malaysia yang hebat sedangkan merekalah yang berdegar berjanji untuk membina hubungan rakyat dengan rakyat yang harmoni.

9. Jika ada parti yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu, sejauh manakah bangsa ini maju sekarang? Yang kita tahu setiap kali pilihan raya, parti inilah yang menggunakan orang desa dengan sentimen etnisiti untuk mendapat sokongan.

10. Begitu juga parti agama, saya melihat kata-kata pemimpinnya penuh dengan sentimen dan emosi. Dan pembangunan negeri di bawah terajunya pun tidak boleh dijadikan contoh. Pandangan politiknya banyak yang memecah belahkan masyarakat, bukannya menyatukan.

11. Saya kali ini tegas menolak parti sebegini. Kerana bagi saya parti yang hebat ialah parti yang komited menempatkan kepentingan negara multietnik ini di atas kepentingan parti.

12. Saya harap anak muda juga begitu, melakukan introspeksi nasional bagi membangunkan Malaysia yang hebat, berdaya saing, dan harmoni.

 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/pengundi-muda-harus-melakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Pengundi Muda

Kuasa Pengundi Muda

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 222 hits
agendaily com28 10 2022Pengundi berusia 18 tahun didaftarkan secara automatik Pada 19 November ini rakyat akan memilih barisan pimpinan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang dan dijangka lebih 21 juta pengundi termasuk 34 peratus pemil...
Pemerhati Politik Media Sosial Akan Uji Kematangan Pengundi Muda Pada Pru15

Pemerhati Politik Media Sosial Akan Uji Kematangan Pengundi Muda Pada Pru15

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Pada 19 Nov ini rakyat akan memilih malim baharu untuk tempoh lima tahun akan datang dan dijangka lebih 21 juta pengundi termasuk 34 peratus pemilih baharu terlibat pada pilihan raya umum kali ini Sekalipun tempoh rasmi berkemp...
Pengundi Muda Relevankan Pendekatan Kempen Lama

Pengundi Muda Relevankan Pendekatan Kempen Lama

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 262 hits
Hampir 4 juta pengundi berusia 18 21 tahun layak untuk mengundi pada PRU ke 15 nanti Parti yang berjaya memenangi hati kumpulan umur ini punyai kelebihan untuk menang MalaysiaMemilih AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com...
Ramai Pengundi Muda Tidak Tahu Nama Sudah Didaftarkan Kata Pm

Ramai Pengundi Muda Tidak Tahu Nama Sudah Didaftarkan Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 177 hits
MASIH ramai pengundi muda berumur 18 tahun dan ke atas di seluruh negara yang tidak tahu nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata warga Malaysia yang mencapai umur 18 tahun harus ta...
Dua Kafilah Muda Banyuwangi Raih Juara Mtq Nasional 2022

Dua Kafilah Muda Banyuwangi Raih Juara Mtq Nasional 2022

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 211 hits
Bupati Banyuwangi Ipuk Fiestiandani mengaku bangga dengan prestasi yang diraih oleh anak anak muda Banyuwangi ini Ipuk pun salut atas upaya dan kerja keras mereka yang berhasil membanggakan Jawa Timur khususnya Banyuwangi
Kerjasama P Raya Ph Dengan Muda Suatu Strategi Yang Baik

Kerjasama P Raya Ph Dengan Muda Suatu Strategi Yang Baik

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 159 hits
PH dan Muda akhirnya setuju menjalinkan kerjasama politik dalam menghadapi PRU15 akan datang ini Bagaimanapun kerjasama itu hanya dalam bentuk pakatan pilihanraya saja dan bukan Muda menjadi ahli komponen PH Menurut Anwar Ibrahim yang merup...
Pakatan Setuju Bekerjasama Dengan Muda Hadapi Pru15 Kata Anwar

Pakatan Setuju Bekerjasama Dengan Muda Hadapi Pru15 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 240 hits
Pakatan setuju bekerjasama dengan Muda hadapi PRU15 kata Anwar Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Oct 2022 11
Daging Biri Biri Muda Australia Halal Serbaguna Sihat Dan Mampan

Daging Biri Biri Muda Australia Halal Serbaguna Sihat Dan Mampan

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 197 hits
Biri biri muda atau kambing Australia halal ialah pilihan bijak bagi daging ramping empuk dan sihat untuk dihidangkan sesuai untuk memenuhi keperluan protein berkualiti tinggi anda serta memberi kelazatan nutrien penting yang diperlukan unt...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right