Pemerhati Politik Media Sosial Akan Uji Kematangan Pengundi Muda Pada Pru15




KUALA LUMPUR - Pada 19 Nov ini, rakyat akan memilih malim baharu untuk tempoh lima tahun akan datang, dan dijangka lebih 21 juta pengundi termasuk 34 peratus pemilih baharu terlibat pada pilihan raya umum kali ini.
Sekalipun tempoh rasmi berkempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini hanya akan bermula pada 5 Nov depan, iaitu selepas selesainya penamaan calon, ahli politik sebenarnya telah “saling berperang” sejak beberapa tahun lepas dengan media sosial menjadi antara platform utama bagi menyampaikan maklumat, baik tentang diri mereka ataupun pihak lawan, kepada masyarakat.
Menariknya PRU15 ini bakal menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi muda berusia 18 tahun ke atas, iaitu generasi Z yang lahir ketika era letusan teknologi maklumat (IT) serta membesar sebagai celik IT dan rata-rata adalah “pakar” media sosial, membuang undi buat pertama kali.
Menimbang senario tersebut, timbul persoalan tentang “kematangan” pengundi muda ini dalam membuat pilihan, terutama  di tengah-tengah ledakan pelbagai maklumat termasuk cerita-cerita rekaan yang dilihat pemerhati mampu mempengaruhi trend undi generasi Z ini.
Berita negatif lebih menarik
Menurut pemerhati politik yang juga personaliti media sosial Tai Zee How, umumnya golongan ini banyak bergantung pada media sosial bagi mendapatkan maklumat.
“Pengguna media sosial ketika ini turut menunjukkan semakin ramai rakyat negara ini berminat dengan politik berbanding dahulu,” ujarnya kepada Bernama.
Bagaimanapun kata Tai, rata-rata pengamal media sosial lebih tertarik kepada maklumat-maklumat bersifat negatif, iaitu hal-hal buruk, sekali gus membuka ruang kepada peningkatan penyebaran berita palsu khususnya pada PRU ini.
Dari satu sudut katanya, kebergantungan pada media sosial dan sumber lain sebagai penyalur berita turut mencerminkan kematangan masyarakat kerana mereka tidak lagi menerima bulat-bulat maklumat yang disebar, khususnya jika diketahui sumber berita itu dikawal oleh pihak-pihak tertentu.
 “Kematangan mereka boleh diukur berdasarkan pandangan serta maklumat yang mereka kongsikan dan ini boleh dijadikan panduan dalam menilai trend pengundian mereka,” jelasnya.
Bagaimanapun kata beliau, tahap kematangan seseorang itu tidak sama kerana ada faktor lain yang mempengaruhi termasuk kedudukan sosioekonomi, kaum, umur, kawasan tempat tinggal, pekerjaan dan jantina mereka.
Lambakan maklumat
Mengambil kira populariti media sosial dalam pilihan raya umum di beberapa negara sebelum ini, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) percaya senario serupa juga tidak terkecuali di negara ini.
Malah katanya penggunaan Internet secara meluas sebagai medium penyebaran maklumat sudah berlaku pada PRU13. 
“…ketika PRU13, ia digelar pilihan raya media sosial kerana menggunakan sepenuhnya medium tersebut untuk menyalurkan maklumat.
“PRU14 pada 2018 pula lebih menjurus kepada ‘Pilihan Raya Facebook’ dan kali ini, dijangkakan Tik Tok yang berkonsepkan video berdurasi pendek digunakan secara meluas semua parti politik,” kata penganalisis politik dan media sosial itu kepada Bernama.
“Gelombang Tik Tok tidak dapat dielakkan berikutan platform ini sedang meraih populariti tertinggi dalam pilihan raya di beberapa negara seperti Jerman, Colombia, Filipina dan Amerika Syarikat.
“Selain itu, ia juga dilihat sedang membentuk ‘inkubator utama’ bagi maklumat tidak berasas dan mengelirukan dalam banyak cara, berbanding Facebook dan Twitter yang (boleh) menjejaki kepalsuan dalam talian,” katanya.
Bagaimanapun katanya penggunaan tidak wajar yang keterlaluan platform itu boleh memberikan kesan sebaliknya termasuk menimbulkan rasa “muak dan tidak percaya pengamal media sosial lain.”
“Ini juga boleh meningkatkan pengundi atas pagar dan kita bimbang jika mereka mengambil keputusan tidak mengundi. Tidak kira apa platform pun yang digunakan, penyaluran maklumat haruslah beretika,” tegasnya yang turut mengingatkan tentang kemunculan lasykar siber, khususnya untuk “menyerang” kredibiliti calon lawan.
Cakna agenda
Bagi memastikan pilihan tepat,  Felow Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir menasihati pengundi muda terutamanya agar tidak menerima begitu sahaja maklumat yang disebarkan melalui platform media sosial.
“Penting untuk khalayak muda tidak telan bulat-bulat setiap hantaran media sosial kerana ada dalam kalangan kandungan-kandungan tersebut membawa agenda tersendiri. Jika ditelan bulat-bulat, maka mereka akan mempercayainya dan seterusnya membuat keputusan berdasarkan pengaruh kandungan media sosial itu,” katanya.
Sebaliknya kata beliau, pengundi harus menimbang dan membuat semakan fakta termasuk meneliti laporan-laporan daripada sumber lain, khasnya yang dilaporkan oleh wartawan terlatih, bagi menentukan kesahihan berita. 
Katanya mereka juga perlu ingat bahawa keputusan yang dibuat pada 19 Nov ini adalah untuk lima tahun akan datang.
“…bertindak terburu-buru dalam membuat keputusan ketika PRU akhirnya akan mendatangkan kemudaratan kepada kawasan dan calon yang mereka undi,” ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/10/penganalisi-politik-dakwa-media-sosial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terharunya Tengok Video Lamaran Namgoong Min Jin Ahreum Tular Di Media Sosial

Terharunya Tengok Video Lamaran Namgoong Min Jin Ahreum Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 233 hits
Sebelum ini mereka viral dek kerana melangsungkan perkahwinan sekarang viral kenapa pula ARTIKEL BERKAITAN Terbaru satu video mula tular di laman media sosial di mana klip video tersebut melibatkan Namgoong Min dan isterinya Klip video ters...
Saya Tak Boleh Dah 10 Tahun Debut D O Exo Jawab Sebab Tak Guna Media Sosial

Saya Tak Boleh Dah 10 Tahun Debut D O Exo Jawab Sebab Tak Guna Media Sosial

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 215 hits
Sudah lebih 10 tahun debut bersama EXO peminat pastinya menantikan D O untuk mencipta akaun media sosial kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru D O telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube penyanyi rap Zico Give Me A Minute Khususnya dalam ...
Tudia Apa Kes Cikgu Fadli Ni Sehingga Pupular Di Media Sosial

Tudia Apa Kes Cikgu Fadli Ni Sehingga Pupular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 247 hits
Mohd Fadli ketika mengulas isu yang sedang tular menerusi siaran langsung di Facebook Jangan jadikan saya bahan politik Cikgu FadliPETALING JAYA Jika panggil saya untuk bercakap di pentas politik dengan menggunakan isu viral yang berlaku ke...
Dedah Kes Mangsa Gangguan Seksual Ustaz Di Media Sosial Pu Amin Sindir Caprice Cuba Jadi Polis

Dedah Kes Mangsa Gangguan Seksual Ustaz Di Media Sosial Pu Amin Sindir Caprice Cuba Jadi Polis

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 425 hits
Biarpun ramai yang mengecam tindakannya berkongsi mengenai mangsa gangguan seksual golongan penunggang agama Caprice tetap nekad dengan pendiriannya untuk membanteras golongan itu dari terus merosakkan anak anak muda Terbaru Caprice memaklu...
Ahli Pas Pahang Di Sarankan Guna Logo Perikatan Nasional Di Media Sosial

Ahli Pas Pahang Di Sarankan Guna Logo Perikatan Nasional Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 177 hits
KUANTAN Ahli PAS Pahang diminta menggunakan logo Perikatan Nasional sebagai gambar profil akaun media sosial mereka Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata perkara itu antara pendekatan yang digunakan bagi memperkenalkan logo berke...
Mcmc Pengguna Media Sosial Diingatkan Jaga Kesopanan Dan Tatasusila

Mcmc Pengguna Media Sosial Diingatkan Jaga Kesopanan Dan Tatasusila

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 152 hits
Susulan pengumuman oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung tarikh Pilihan Raya Umum negara yang ke 15 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru baru ini telah mengeluarkan kenyataan bagi mengingatkan semua pihak ter
Google Akhirnya Menyetujui Media Sosial Besutan Trump Di Play Store

Google Akhirnya Menyetujui Media Sosial Besutan Trump Di Play Store

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 112 hits
Google dikabarkan telah menyetujui aplikasi media sosial mantan Presiden AS Donald Trump Truth Social untuk didistribusikan di Google Play Store Hal itu diungkapkan oleh kata juru bicara perusahaan via Reuters Kamis
Parti Politik Mana Puan Akan Undi Di Pru15 Ini Netizen Dakwa Mereka Terima Panggilan Dari Jentera Bn

Parti Politik Mana Puan Akan Undi Di Pru15 Ini Netizen Dakwa Mereka Terima Panggilan Dari Jentera Bn

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 260 hits
Parti politik mana puan akan undi di PRU15 ini Netizen dakwa mereka terima panggilan dari jentera BN10 Oktober lalu Perdana Menteri Ismail Sabri mengumumkan Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke 15 UMNO member...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah