Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas Pru 15



PUTRAJAYA: Pengundi muda dan atas pagar dijangka menjadi penentu hala tuju politik negara pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) dengan kemunculan 5.94 juta pemilih dalam kumpulan umur 21 hingga 39 tahun yang diwartakan setakat 24 Mei lalu.
Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) suku pertama tahun ini yang diperoleh Utusan Malaysia, terdapat pertambahan kira-kira setengah juta pengundi baharu, menjadikan keseluruhan 15,361,052 pemilih yang layak mengundi jika PRU diadakan pada tahun ini.

Malah, jika pendaftaran secara automatik pengundi 18 tahun dilaksanakan, dianggarkan seramai 7.8 juta pengundi baharu akan muncul sehingga penggal Parlimen tamat 2023, sekali gus keseluruhan jumlah pengundi berdaftar mencapai 23 juta orang.
Seramai 14,940,624 pemilih mengambil bahagian dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018.
Mengikut data terbaharu SPR, Selangor merekodkan pengundi muda paling tinggi iaitu seramai 980,335 orang, diikuti Johor 688,439 orang dan Perak, 546,909 orang.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr. Jeniri Amir berkata, kuasa pengundi muda menjadi ujian dan cabaran bagi mana-mana parti politik bagaimana untuk memikat golongan terbesar itu yang mempunyai pengaruh dan pendirian tersendiri.
Ini katanya, sekali gus mampu menentukan pola pengundian dan siapa bakal memenangi satu-satu kawasan atau di peringkat negara.
Justeru, beliau berkata, dalam konteks ini, naratif yang dikemukakan mana-mana parti politik untuk menambat hati golongan itu hendaklah bersesuaian dengan aspirasi dan sentimen mereka khususnya soal ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan keperluan-keperluan lain termasuk dari segi teknologi maklumat.
Jelasnya, kegagalan untuk memahami kehendak mereka boleh membawa kesan besar dan kemudaratan kepada mana-mana calon dan parti.
Oleh itu, kata beliau, pelbagai strategi dan pendekatan ke arah sentimen mereka tidak boleh diabaikan termasuk memberikan tempat sebagai calon.
“Kita mahu saksikan salah satu langkah terbaik, tampilkan golongan muda yang ada wibawa, berketrampilan dan berintegriti sama ada dalam atau luar parti yang sudah ada pencapaian dan nama dalam masyarakat menjadi formula terbaik menambat golongan muda.
“Akhirnya kita hendak lihat penampilan golongan muda ini meneruskan kesinambungan kepimpinan negara yang ketika ini dilihat sudah ketandusan, kita perlukan kepimpinan golongan muda untuk meremajakan dan memberi idea baharu untuk menggerakkan negara ke hadapan,” katanya di sini semalam.
Jeniri berkata, semua parti poliitik juga perlu berani menampilkan sejumlah calon dan pemimpin muda dalam pelbagai bidang dan kaum untuk menjadi suara bukan sahaja golongan muda, tetapi jurubicara baharu negara sesuai dengan tuntutan cabaran dan keperluan baharu.
“Semua parti perlu keluar daripada kepompong kepimpinan lama,” katanya.
Dalam pada itu, Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Achmad Dzariean Mohd. Nadzri berkata, kuasa pengundi muda tidak dapat dinafikan dan dijangka peningkatan 40 peratus pengundi golongan itu pada masa akan datang sekiranya undi 18 tahun dilaksanakan.
Beliau berkata, jumlah itu adalah angka besar yang tidak dapat dimonopoli mana-mana parti kerana masing-masing tidak tahu perkiraan sokongan pengundi muda yang jelas menjadi rebutan parti-parti menggunakan apa sahaja strategi berkesan untuk menarik undi.
Dalam konteks ini, katanya, mana-mana parti politik harus pandai merebut peluang terutama UMNO dan Pas untuk mengukuhkan kembali hubungan dalam Muafakat Nasional (MN) kerana gabungan ini semakin diterima rakyat jika melihat prestasi kemenangan pada enam siri pilihan raya kecil (PRK) lalu.
“Strategi gabungan ini boleh diguna pakai kerana pengundi dilihat boleh menerima jika kena pada gaya. Walaupun agak tidak signifikan mengukur sokongan pengundi semasa PRK dan PRU, ternyata UMNO tidak boleh bersendirian dan memerlukan rakan kongsi sekali gus ‘litmus test’ yang berlaku dalam MN merupakan satu ujian yang berjaya mengekalkan momentum kebersamaan.
“Bagaimanapun, tidak ada parti yang boleh mendabik dada mengatakan mereka mempunyai sokongan mantap ketika ini melihat kepada peningkatan pengundi muda dan isu semasa yang berlaku. Mereka mesti bergabung dengan mana-mana parti lain dan menunjukkan kepada rakyat gabungan ini mampu untuk mengemudi negara,” katanya.
SPR menjangkakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 tahun hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 setelah menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang menjejaskan perancangan dan persiapan awal suruhanjaya itu.
SPR komited dengan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 seperti yang diluluskan di Parlimen untuk direalisasikan pada PRU-15 pada tahun 2023 berpandukan kepada Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/pengundi-muda-akan-tentukan-siapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Tidak Dilantik Melalui Pru Apa Masalah Dijatuhkan Di Luar Pru

Kerajaan Pn Tidak Dilantik Melalui Pru Apa Masalah Dijatuhkan Di Luar Pru

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 221 hits
Kenyataan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional yang mengecam Pembangkang kononnya mahu menggunakan proses persidangan Parlimen 26 Julai ini untuk mengambilalih kuasa dilihat amat melucukan Menurut pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Ba...
Apa Masalah Kerajaan Pn Dijatuhkan Tidak Melalui Pru

Apa Masalah Kerajaan Pn Dijatuhkan Tidak Melalui Pru

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 277 hits
Kenyataan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional yang mengecam Pembangkang kononnya mahu menggunakan proses persidangan Parlimen 26 Julai ini untuk mengambilalih kuasa dilihat amat melucukan Menurut pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Ba...
Pru 15 Kuburkan Kerajaan Melayu Islam Yang Gagal

Pru 15 Kuburkan Kerajaan Melayu Islam Yang Gagal

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 200 hits
PRU 15 kuburkan kerajaan Melayu Islam yang gagalOleh July 15 2021Negara mungkin mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 sebaik sahaja rakyat mencapai imuniti kelompok iaitu setelah lebih 70 menerima vaksin Covid 19 Bagaimanapun menurut Ahli Parl...
Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 300 hits
Peneroka merasa bagaikan berada dalam mimpi selepas mendengar pengumuman tersebut Suasana kabus pagi di Felda Chini Peneroka Terkejut namun bersyukur dengan keputusan kerajaan melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8 3 bilion m...
Zahid Ahli Parlimen Umno Perlu Melepaskan Semua Jawatan Dalam Kerajaan Jika Darurat Dilanjutkan Selepas 1 Ogos

Zahid Ahli Parlimen Umno Perlu Melepaskan Semua Jawatan Dalam Kerajaan Jika Darurat Dilanjutkan Selepas 1 Ogos

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 254 hits
Ahli Parlimen Umno harus undi batal kuasa darurat kata ZahidFMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata semua Ahli Parlimen parti itu harus menyokong usul untuk membatalkan Proklamasi Darurat serta ordinannya dalam s...
Umno Terus Kekal Dalam Kerajaan Perikatan Nasional

Umno Terus Kekal Dalam Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 216 hits
UMNO terus kekal dalam Kerajaan Perikatan Nasional kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Armand Azha Abu Hanifah Menurutnya mesyuarat MKT Umno semalam memutuskan Umno menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan m...
Alhamdulillah Kerajaan Zalim Akan Tumbang Kata Penyokong Pas

Alhamdulillah Kerajaan Zalim Akan Tumbang Kata Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 262 hits
SURI LAILASeorang penyokong Pas Mohd Asri Hamid menyatakan kesyukuran dan kegembiraannya selepas Umno memutuskan untuk menarik sokongan dari Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin semalam Dia yang juga dikenali sebagai Asri Janggut itu ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2