Pengumuman Majlis Raja Raja Akan Tolak Segala Persepsi Negatif




 

HarapandailyJuly 16, 2025Perdana Menteri menyifatkan pengumuman Majlis Raja-Raja berkenaan pelantikan Ketua Hakim Negara akan menolak segala tanggapan buruk.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Raja-Raja dijangka akan mengumumkan pelantikan ketua badan kehakiman tertinggi tersebut hari ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun turut mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-Raja pagi semalam.




“Pagi tadi (semalam) saya telah mengadakan perbincangan panjang bersama Majlis Raja-Raja, dan saya fikir biarlah mereka yang memutuskan, dan insya-Allah esok (hari ini) akan ada pengumuman yang jelas akan menolak segala persepsi negatif tersebut,” jelasnya.


Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Tadbir Urus dan Integriti di Putrajaya, semalam.
Tokoh yang diiktiraf sebagai salah satu 10 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia itu turut mengambil maklum kebimbangan berhubung isu kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara.




“Tanggapan bahawa beberapa pelantikan bagi jawatan penting dalam badan kehakiman mungkin seolah-olah terjejas atau dicemari.


“Ada calon-calon yang dikatakan dipersoalkan atau diragui oleh sesetengah pihak tetapi saya memberi jaminan bahawa perkara ini tidak berlaku.


“Dan nama-nama yang dipersoalkan, atau kelihatan mencurigakan, tidak pernah pun dibawa untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja.


“Jadi, saya tutup perkara ini, dan saya harap, insya-Allah, apabila pengumuman dibuat nanti, ia akan membuktikan bahawa Kerajaan Madani komited kepada reformasi termasuk prinsip kebebasan kehakiman,” katanya lagi.


Menteri Kewangan itu juga menafikan pernah berbincang mengenai sebarang kes dengan mana-mana hakim demi memastikan prinsip kebebasan kehakiman kekal dipertahankan.


“Saya tidak pernah berbincang dengan mana-mana hakim mengenai sebarang kes, sama ada dengan Ketua Hakim Negara mahupun hakim-hakim lain, saya kekal memegang prinsip kebebasan kehakiman,” tegas Perdana Menteri lagi.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/pengumuman-majlis-raja-raja-akan-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubai Sangat Bertanggungjawab Shila Amzah Tolak Dakwaan Kerja Keras Sebab Tanggung Suami

Ubai Sangat Bertanggungjawab Shila Amzah Tolak Dakwaan Kerja Keras Sebab Tanggung Suami

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 358 hits
Shila Amzah tampil menepis dakwaan liar yang mengatakan dia menyara keluarga dan juga suaminya Ubai MZ Bagi penyanyi yang terkenal dengan ketegasan dan pendirian tersendiri itu tuduhan sedemikian tidak berasas dan langsung tidak menggambark...
Pkr Pahang Tolak Usaha Tekan Perdana Menteri Agar Laksana Titah Adendum Benar Tahanan Rumah Najib

Pkr Pahang Tolak Usaha Tekan Perdana Menteri Agar Laksana Titah Adendum Benar Tahanan Rumah Najib

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 400 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Pahang hari ini menolak sebarang usaha memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melaksanakan titah adendum yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di...
Keluarga Teoh Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Sprm Anggap Tidak Ikhlas Amp Mahu Tindakan Tegas

Keluarga Teoh Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Sprm Anggap Tidak Ikhlas Amp Mahu Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 263 hits
Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menolak permohonan maaf yang dikemukakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki sempena ulang tahun ke 16 kematian Beng Hock yang meninggal dunia semasa dalam siasatan SPR...
Kisah Ismet Ulam Raja Dan Kemunafikan Elit Politik Melayu

Kisah Ismet Ulam Raja Dan Kemunafikan Elit Politik Melayu

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 261 hits
C n PRamai pemimpin Melayu hendakkan kita pasakkan minda Katanya kaum majoriti tertindas di Malaysia Walau kita tuan tanah kuasa ekonomi kita hilang diambil oleh pendatang Walaupun selalu yang laung terpaling Melayu ini sudah kaya raya tuju...
Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran Tertunggak Rm18 000 Saya Nak Pakai Duit Itu

Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran Tertunggak Rm18 000 Saya Nak Pakai Duit Itu

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 301 hits
Enggan untuk berdiam diri lagi Amir Raja Lawak tuntut bayaran tertunggak berjumlah RM18 000 daripada stesen televisyen terkenal Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amir di laman Facebook dia berkata jumlah sebenar yang perlu dibayar ada...
Bendung Gejala Sosial Raja Permaisuri Agong Titah Libatkan Pelajar Dalam Kegiatan Seni

Bendung Gejala Sosial Raja Permaisuri Agong Titah Libatkan Pelajar Dalam Kegiatan Seni

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 167 hits
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah agar pelajar sekolah menengah khususnya daripada golongan B40 didedahkan kepada industri seni sebagai salah satu usaha membendung gejala sosial Baginda bertitah bukan semua pelajar cenderung...
30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

Huawei Kicks Off The Holidays With Its Biggest Year End Celebration Joy Sale Season

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Assalam Buat Bos Mara Azhar Sulaiman Seru Asyraf Wajdi Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat Mrsm

Azlina Aziz Wajahmu Di Mana Mana Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umi Dan Aufa

Surah Al Qasas Rumi Terjemahan Audio Lengkap 88 Ayat

Tak Contact Sebab Malas Nak Ganggu Privacy

Best Singapore Beef Noodle Soup Recipe

Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Senyum Di Luar Perang Di Dalam Tentang Luka Yang Tak Semua Nampak