Pengorbanan Isteri


Terbaca post ni kat FB dan Kaklong kagum sangat dengan lelaki yang celik macam ni.



Kaklong paste-kan kat sini in case post ni hilang satu masa nanti:

Ada orang bagi gambar para suami berdiri menunggu isteri di luar kedai. Lihatlah pengorbanan suami katanya
Ya, aku tahu itu melawak saja, tapi nak sebut tunggu isteri membeli-belah sebagai satu pengorbanan, malu rasanya
Isteri di Malaysia ini, pengorbanannya tak boleh dihitung. Berkorban diri, emosi, impian, cita-cita, duit, hubungan kekeluargaan. Macam-macam, semata-mata untuk suami dan anak-anak
Awal-awal perkahwinan, sudah berkorban ikut suami ke mana saja yang suami mahu. Tinggal di rumah mertua, tinggal di negeri orang. Satu pengalaman baru yang sukar namun digagahi juga
Tentang mengandung dan bersalin, tak perlu ceritalah. Muntah, pening, sakit, itu semua kena hadap seorang diri. Kalau dapat suami yang baik, alhamdulillah, ada juga tolong ringankan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak, dalam sarat mengandung itu jugalah kena masak, membasuh, sediakan kelengkapan suami serta jaga anak yang lain. Nak minta suami bawakan ke klinik untuk regular checkup pun belum tentu dapat. Terpaksalah bawa kereta sendiri dalam serba kepayahan
Suami tak cukup duit nak tampung sara hidup, isteri gadai barang kemas. Tak cukup, isteri pergi cari kerja walaupun cita-cita asalnya mahu jadi surirumah. Anak pun terpaksa dihantar ke nurseri sebab tak ada orang nak jaga
Suami bila nak berhibur atau nak release tension, boleh keluar main futsal, mengeteh dengan kawan-kawan sampai subuh. Isteri nak buat macam itu? Jangan harap. Kalau stress pun pendam sendiri. Nak berbual dengan suami pun, belum sempat cerita satu bab, suami dah berdengkur
Kadang-kadang isteri berkorban hobi dan minat sebab nak dahulukan suami. Tengok keadaan ekonomi keluarga, tak apalah bagi suami layan hobi dia dulu. Nak sambung belajar, bagi suami habiskan sambung belajar dulu. Nak minta belikan baju baru pun segan, takut nanti suami tak cukup duit
Awal pagi, isteri dah siap memasak untuk sarapan dan siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Rutin mengemas rumah tak berhenti sampai ke malam. Dah malam nak layan suami pula. Anak terjaga pukul 3 pagi, isteri juga yang kena bangun untuk susukan
Nak balik raya, isteri yang paling sibuk, tak kiralah balik ke kampung dia atau tidak. Pakaian suami, pakaian anak-anak, semuanya sedia tersusun. Baju raya pertama, baju raya kedua, dah diasingkan siap-siap dalam beg dan bergosok. Dapur dan seluruh rumah habis dikemaskan. Kadang-kadang tak tidur malam 2-3 hari sebelum bergerak balik sebab nak sudahkan kerja
Pengorbanan isteri itu banyak. Setakat suami nak menunggu lama meneman isteri membeli-belah, aku rasa tak padan. Sakit dia beranak pun kau tak mampu nak balas
"Alah, emo pula. Melawak sikit pun tak boleh."Yalah, melawaklah. Orang perempuan memang selalu jadi bahan lawak dan dilawakkan
Buat lawak tentang orang perempuan tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, tak pandai isi minyak, bersolek berjam-jam, balik raya bawa satu almari baju, nak cari baju sampai pergi 50 kedai
Yang paling selalu kena, melawak pasal nak kahwin lagi satu
Sedarlah, selain isteri kau, ibu kau juga seorang wanita
Apa perasaan kau kalau orang buat lawak pasal ibu kau tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, atau buat lawak pasal ayah kau nak kawin dua? Ada nampak mummy happy
Dalam Quran kata, "Ar rijalu qawwamuuna 'alannisaa'"Orang lelaki itu pemimpin untuk orang wanita, bukannya bermaksud kau boleh perlakukan dia sesuka hati. Tapi pemimpin dalam erti kata penjaga, caretaker, protecter, pelindung
Maka apa-apa kekurangan isteri, terima seadanya. Keaiban dan kelemahan dia, suami simpanlah, bukan dijadikan bahan lawak. Tampung mana yang kurang, bantu mana yang dia tak mampu
Nak buat baik pada isteri bukan dengan belikan cincin, rantai, beg tangan, baju, bunga, coklat dan segala material semata-mata. Bahkan yang perlu suami buat setiap hari ialah jaga hati dan perasaan isteri
Gembirakan isteri, jadi pendengar yang baik. Isteri ada masalah, suami sama-sama selesaikan. Isteri tengah stress, biar dia luahkan pada suami. Nanti dia meroyan dalam media sosial, kau juga yang bengang
Apa yang isteri minat, asalkan patuh syariah, suami layankan. Paling tidak pun, jangan dihalang. Tunjuklah yang kau ambil berat. Ini bila dia cerita pasal minat dia, kau leka melayan telefon. Kecewa sungguh rasanya
Dalam perkahwinan ini, suami isteri ada pengorbanan masing-masing. Apabila masing-masing sudah tunaikan tanggungjawab, hormatilah pasangan kita dan hargai jasa dia dalam memastikan rumahtangga kita harmoni dan kukuh
Sempena hari raya ini, waktu kau saling bermaafan dengan pasangan nanti, sematkan azam baru. Buat yang terbaik untuk pasangan kau. Segala apa usaha yang kau buat, yakinlah Tuhan nampak dan Tuhan akan balas. Insya-Allah takkan sia-sia. Tak perlulah kau mengadu letih di media sosial sebab lama berdiri teman isteri membeli-belah

Kaklong selalu baca orang cakap orang Melayu ni tak bagus, lelaki Melayu ni takde kualiti, lelaki Melayu tak pandai jadi suami, takde ilmu dan sebagainya...
Kaklong akui ada je lelaki Melayu macam tu.Kalo baca kat Kisah Rumah Tangga (KRT) tu lagi la banyak..Tapi dalam pengamatan Kaklong lelaki baik-baik ni pun banyak sebenarnya..Cuma lelaki baik ni dorang duk senyap, tak huha huha, tak bising.Dia buat keje dia je diam-diam dan tak minta kredit.KAdnag-kadang dia tak ngaku pun dia buat baik.Tu la lelaki baik.
Dan bukan semua wanita diberi tuah untuk nampak lelaki baik ni.
Lelaki baik ni biasanya dorang tak good looking, tak trendy, nampak boring, nampak takde hobi, tak banyak cakap biasa angguk-angguk senyum-senyum je, dan memang tak romantik.
Kat FB Kaklong dapat follow ramai lelaki baik dan bijak.Ada cakap tentang agama, pendidikan, ekonomi, politik, kesihatan dan sebagainya.Dan mereka sangat prihatin dengan emosi kaum wanita.
Tapi mereka ada satu persamaan iaitu mereka kelihatan membosankan.Dari segi penampilan la maksud Kaklong.Tapi bila baca pengisian mereka, memang buka calang-calang dorang ni.
Sebenarnya ramai je lelaki baik yang alert dan sensitif dengan isu hati wanita.
Cuma nasib kita la dapat jumpa ke tak dengan lelaki begini.

Semoga kita dikelilingi oleh orang yang baik-baik.
Aaaminnn..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://diariasma.blogspot.com/2018/06/pengorbanan-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah La Beranak Koyak Bawah Kena Jahit Pula Tup Tup Suami Curang Isteri

Dah La Beranak Koyak Bawah Kena Jahit Pula Tup Tup Suami Curang Isteri

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 422 hits
Kemanisan percintaan di awal perhubungan tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras kematangan pasangan Ia juga bukan 100 peratus menonjolkan perangai atau kelakuan pasangan kita Sebab itu seringkali dinasihatkan terutamanya golongan wanita...
Bertuahnya Pasangan Ini Kawan Sampai Kahwin Sahabat Baik Jadi Suami Isteri

Bertuahnya Pasangan Ini Kawan Sampai Kahwin Sahabat Baik Jadi Suami Isteri

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 1853 hits
Persahabatan antara lelaki dan wanita yang diakhiri dengan ikatan perkahwinan merupakan satu situasi yang sangat membahagiakan Mendirikan rumah tangga dengan seseorang yang sudah lama dikenali akan menjadikan ikatan tersebut lebih selesa da...
Jarakkan Kehamilan Tak Bermaksud Tolak Rezeki Hamil Rapat Boleh Jadi Punca Isteri Meroyan Lepas Bersalin

Jarakkan Kehamilan Tak Bermaksud Tolak Rezeki Hamil Rapat Boleh Jadi Punca Isteri Meroyan Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 399 hits
Menjarakkan kehamilan atau merancang keluarga memang tanggungjawab bersama Dalam teruja menambah ahli keluarga jangan abai kesihatan mental fizikal isteri Dr Pegawai Perubatan daripada Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan asnak berkongsi pengala...
Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz Along Tidak Halang Bekas Isteri Melawat

Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz Along Tidak Halang Bekas Isteri Melawat

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 335 hits
Please follow and like us 1 Pelawak Along Cham akui tidak menyimpan rasa dendam dengan bekas isteriya Zila Seeron selepas mereka disahkan bercerai pada 29 Ogos 2016 Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad 36 dia kini m
Menurut Kajian Suami 10 Kali Ganda Lebih Bahagia Miliki Isteri Gemuk

Menurut Kajian Suami 10 Kali Ganda Lebih Bahagia Miliki Isteri Gemuk

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 657 hits
Sebenarnya dalam diam ramai isteri yang rendah diri kerana tubuh yang berisi atau gemuk Apatah lagi selepas bersalin bila bentuk badan berubah terus berbanding zaman gadis dulu Tidak sekadar hilang keyakinan diri ada juga yang stres dengan ...
Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 533 hits
Islam membenarkan penganutnya mengahwini wanita secara berpoligami tanpa melebihi empat pasangan Mengapa wanita tidak boleh mengamalkan perkahwinan melebihi seorang suami sedangkan mereka mempunyai hak dan keadilan yang sama rata dengan lel...
Jangan Biarkan Orang Rumah Anda Mengandung Sendirian Suami Kena Buat Kerja Lebih Sikit Untuk Jaga Emosi Si Isteri

Jangan Biarkan Orang Rumah Anda Mengandung Sendirian Suami Kena Buat Kerja Lebih Sikit Untuk Jaga Emosi Si Isteri

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 400 hits
Wanita sekarang terlalu berdikari Ketika mengandung pun boleh buat macam macam perkara Ketika seorang isteri hamil anda hanya mampu melihat susah payahnya dia membawa kandungan Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri an...
Kalau Tak Kawal 4 Hal Ini Buat Suami Isteri Orang Terjebak Dengan Orang Ketiga

Kalau Tak Kawal 4 Hal Ini Buat Suami Isteri Orang Terjebak Dengan Orang Ketiga

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 335 hits
Kalau Tak Kawal 4 Hal Ini Buat Suami Isteri Orang Terjebak Dengan Orang Ketiga Menakutkan dunia sekarang Garis sempadan batasan hubungan suami orang mahupun isteri orang semacam sudah hilang Bebasnya bergurau senda tanpa sedar diri siapa di...
Satu Hari Nanti Bila Kau Hilang Semuanya Duda Kematian Isteri Sekolahkan Aliff Aziz

Satu Hari Nanti Bila Kau Hilang Semuanya Duda Kematian Isteri Sekolahkan Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 648 hits
Satu Hari Nanti Bila Kau Hilang Semuanya Duda Kematian Isteri Sekolahkan Aliff Aziz Isu panas Aliff Aziz yang dikatakan curang apabila keluar ke kelab malam bersama pelakon Oktovia Manrose semakin reda apabila Aliff dan Oktovia sendiri memi...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch