Pengorbanan Guru Bantu Murid Keciciran Hadapi Spm Buahkan Hasil


Ahmad Mustakim Zulkifli Ibarat lilin membakar diri, Cikgu Haslinda cekal bantu murid-murid yang bernasib malang hadapi peperiksaan sepanjang pandemik.

Cikgu Haslinda dan muridnya, Muhammad Zulfadli Redzwan. Tugas seorang guru bukan hanya sekadar mencerdikkan anak bangsa namun kadangkala peranan itu menjangkaui ruang lingkup sekolah dengan membantu murid keciciran dengan wang dan tenaga agar dapat meneruskan pelajaran. Itulah yang dilakukan Haslindar Nor Ismail, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mulia di Kuala Lumpur.
Lebih mesra dipanggil “Cikgu Haslinda”, guru kelas tingkatan 5 Zuhal inilah yang bertanggungjawab membantu murid-murid kelasnya mengharungi Sijil Pelajaran Malaysia 2020 yang dijalankan Februari lalu.
Dalam kalangan semua anak muridnya, ada seorang pelajar yang istimewa di hatinya.
Muhammad Zulfadli Redzwan Sabri atau lebih mesra dipanggil Zul, pelajar ini mencuri perhatian Cikgu Haslinda kerana kepetahannya berkomunikasi dan berjenaka.
Namun di sebalik gelak tawa itu, tersimpan kepayahan hidup yang dihadapi Zul sejak awal usianya.
“Namun, sebagai remaja yang baru menginjak usia muda, Zul selalu tidak menyiapkan kerja rumah. Kerap saya memarahinya. Sedikit demi sedikit saya cuba mendekati anak ini,” kata Haslindar kepada MalaysiaNow.
Apa yang tersimpan dalam jiwa Zul sebelum ini terdedah apabila Haslindar membaca sebuah cerpen yang ditulis anak muridnya itu.
Cerpen tersebut menceritakan bagaimana dia ditinggalkan oleh ibu dan bapanya seawal usia tujuh tahun.
Tersentuh dengan kisah hidup Zul, Haslindar dan guru-guru lain nekad menghulurkan bantuan.
Muhammad Zulfadli Redzwan berucap dalam sebuah acara di sekolahnya. Ketika ini, Zul menetap di Flat Sri Labuan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bersama nenek dan bapa saudaranya.
Soal ibu dan bapanya pula sehingga hari ini tiada perkhabaran.
“Dia tiada telefon bimbit semasa PdPR dan sukar untuk saya hubunginya. Saya sebagai guru kelasnya mengumpul dana dan telefon bimbit dapat dibeli dan mudah untuknya belajar dari rumah.
“Kesusahan anak ini juga turut dibantu jiran tetangga. Yuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah dibiayai oleh salah seorang jirannya yang tidak mahu namanya didedahkan. Sehingga hari ini, saya dan Zul tidak tahu siapa yang menyumbang yurannya,” kata Haslindar.
Ketika dihubungi, Zul menceritakan cabarannya mengharungi sesi pembelajaran di rumah.
“Semasa perintah kawalan pergerakan(PKP) tahun lepas, saya langsung tak terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah kerana tiada telefon bimbit. Saya usaha sendiri dan buat rujukan di rumah seorang diri,” katanya yang merupakan murid aliran Sains Rumah Tangga itu.
Guru-guru mengumpulkan dana untuk membeli telefon pintar buat kegunaan Zulfadli meneruskan PdPR sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).Keadaan ruang kediaman yang agak kecil menyebabkan Zul belajar secara dalam talian di kebun neneknya.
Zul juga terpaksa meluangkan masa di koridor rumahnya menggunakan meja dan kerusi yang disediakan bapa saudaranya.
Selain itu, dia juga membahagikan masa antara belajar dan membantu neneknya di kebun atau menjual kuih-muih.
“Kadang-kadang saya akan hubungi cikgu Haslinda kerana ingin belajar di sekolah. Duduklah saya seorang diri di sekolah menghadap telefon bimbit,” katanya.
Ditanya mengenai detik menunggu keputusan SPM semalam, Zul memberitahu dia sukar untuk tidur pada malam sebelum keputusan diumumkan.
“Bila dapat tahu 6A, memang gembira kerana tak sangka boleh dapat keputusan sebegitu,” katanya yang ingin melanjutkan pengajian ke institut perguruan.
Sebagai guru, Haslindar berharap agar Zul dapat ditemukan dengan ibu bapanya suatu hari nanti.
“Ketika menerima keputusan SPM semalam, dia menyatakan alangkah baiknya jika ibu bapanya melihat keputusan ini bersama-sama.
“Dia teringin sangat hendak berjumpa ibu bapanya. Dia sedia memaafkan mereka walau apa jua alasan mereka meninggalkannya.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/pengorbanan-guru-bantu-murid-keciciran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spm Guru Cipta Modul Bantu Pelajar Gagal Ikuti Pdpr

Spm Guru Cipta Modul Bantu Pelajar Gagal Ikuti Pdpr

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 196 hits
BH ONLINE Foto hiasan NSTP Faiz Anuar JOHOR BAHRU Modul belajar sendiri yang dibuat seorang guru subjek Sains bagi membantu pelajar yang tidak berupaya mengikuti sesi dalam talian Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah membuahkan hasil apabil...
Guru Terkejut Jumpa Nota Murid Perempuan Darjah 4 Ajak Main

Guru Terkejut Jumpa Nota Murid Perempuan Darjah 4 Ajak Main

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 344 hits
Di zaman teknologi ini tidak dinafikan banyak kandungan negatif di media sosial boleh memberi pengaruh dan impak buruk terhadap kanak kanak bawah umur Lebih membimbangkan jika ibu bapa bersikap lepas tangan dan tidak memantau penggunakan ga...
Pelitup Muka Cabaran Guru Bantu Pelajar Masalah Pendengaran

Pelitup Muka Cabaran Guru Bantu Pelajar Masalah Pendengaran

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 226 hits
Mengajar seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia 2020 berkeperluan khas yang mengalami masalah pendengaran tatkala pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi membendung penularan wabak COVID 19 sememangnya suatu cabaran dan pengalaman berharga b...
Bangunlah Hana Keputusan Spm Cemerlang Bapa Sayu Anak Masih Terlantar Di Icu

Bangunlah Hana Keputusan Spm Cemerlang Bapa Sayu Anak Masih Terlantar Di Icu

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 215 hits
Seorang bapa meluahkan rasa sedih apabila anaknya yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM masih belum sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Anak saya belum lihat lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dia y
No Plans For Spm Candidates To Get Priority For Vaccine Shots

No Plans For Spm Candidates To Get Priority For Vaccine Shots

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 308 hits
The government has no plans to give Covid 19 vaccination shots to Sijil Pelajaran Malaysia 2021 candidates Deputy Health Minister Dr Noor Azmi Ghazali He said so far the vaccines were for those eligible under the second phase of the Nationa...
Tumpat Girl With Cerebral Palsy Overcomes Odds To Pass Spm

Tumpat Girl With Cerebral Palsy Overcomes Odds To Pass Spm

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 307 hits
Nur Husna Mohd Zailani has been living with Cerebral Palsy since birth but her condition was not a deterrent for her to do her best in her Sijil Pelajaran Malaysia examination NSTP SHARIFAH MAHSINAH ABDULLAH TUMPAT Nur Husna Mohd Zailani ha...
Polis Kerjasama Dengan Skmm Siasat Skala Gred Spm

Polis Kerjasama Dengan Skmm Siasat Skala Gred Spm

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 181 hits
MUHAMMAD AFHAM RAMLI PUTRAJAYA Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menyiasat hantaran di media sosial mengenai Skala Gred SPM kononnya milik Lembaga Peperiksaan Malaysia Ketua Polis Daerah Putra...
Panas Skala Gred Spm Yang Tular Ini Penjelasan Kpm

Panas Skala Gred Spm Yang Tular Ini Penjelasan Kpm

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 1308 hits
June 13 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia malam tadi menafikan bahawa Skala Gred SPM yang tular di media sosial adalah daripada Lembaga Peperiksaan kementerian berkenaan KPM dalam kenyataan berkata Skala Gred SPM itu menggambarkan seolah...
Pu Riz Nak Bagi Rm300 Buat Pelajar 5a Spm

Pu Riz Nak Bagi Rm300 Buat Pelajar 5a Spm

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 215 hits
Memang bertuah pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan semalam Mana tidaknya pendakwah bebas PU Riz mahu hadiahkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A PU Riz berkata ibu bapa yang memp...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki