Pelitup Muka Cabaran Guru Bantu Pelajar Masalah Pendengaran


Bernama

Mengajar seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 berkeperluan khas yang mengalami masalah pendengaran tatkala pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi membendung penularan wabak COVID-19, sememangnya suatu cabaran dan pengalaman berharga buat seorang guru Zainurah Muhamad.
Pelajarnya Hanees Daliela Hasbullah, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, mengalami masalah itu dipercayai akibat demam panas semasa berusia lima tahun.
"Selain perlu menggunakan alat bantuan pendengaran, Daliela (panggilan anak muridnya) juga membaca gerakan bibir untuk memahami apa yang diajar dan sudah tentu pelitup muka menjadi penghalang terbesar untuk dia berbuat demikian.
"Disebabkan itu, saya membuat video yang dirakam seorang diri tanpa mengenakan pelitup muka supaya Daliela boleh membaca gerakan bibir saya untuk perkara yang sukar difahaminya," katanya guru Bahasa Melayu itu kepada Bernama semasa ditemui di rumahnya di Aspa Cottage Kuantan hari ini.
Usaha itu ternyata membuahkan hasil apabila Zainurah menerima berita gembira bahawa Hanees Daliela merupakan calon berkeperluan khas paling cemerlang bagi SPM 2020 di Pahang dengan memperoleh 6A iaitu 2A+ (termasuk subjek Bahasa Melayu), 3A-, 1A, 1B dan 4C daripada 11 mata pelajaran yang diambilnya.
Zainurah berkata Hanees Daliela juga tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk sama-sama bersaing dengan rakan sekelas yang normal, biarpun hampir setiap bulan 'ketinggalan kelas' kerana perlu menghadiri janji temu doktor.
"Ada masanya, Daliela mengadu telinganya berdarah atau alat bantuan pendengaran berdesing menyebabkan dia tidak mendengar apa yang diajar. Paling saya ingat, pernah alat bantuan itu rosak dan hampir sebulan untuk dia menunggu ganti. Dalam tempoh itu, Daliela masih juga ke kelas dan kami (guru-guru) mengajar dengan nada suara kuat supaya dia boleh mendengar sambil membaca gerakan bibir.
“Jika sudah penat menjerit, kami terpaksa minta dia untuk berpindah ke hadapan. Dia tidak mahu menganggu konsentrasi rakan sekelas, maka jika dia masih tidak mendengar, dia hanya akan datang bertemu kami selepas kelas untuk mengakui dia memerlukan bantuan berkaitan topik yang baru diajar," katanya.
Mengimbas kenangan mereka, Zainurah berkata beliau masih mengingati saat Hanees Daliela memaklumkan bahawa dia akan 'menghadiahkan A+ kepadanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu' semasa beliau menjadi guru kelas pelajar berkenaan di tingkatan empat, dan ‘hadiah’ itu sudah pun berjaya ditunaikan.
Ditanya sama ada beliau berdepan dengan cabaran baharu melaksanakan Pengajaran dan. Pembelajaran di Rumah (PdPR) apabila sekolah terpaksa ditutup kerana ancaman COVID-19, Zainurah mengakui perlu membiasakan diri menggunakan aplikasi Google Meet sebagai ‘medium baharu kelas’ manakala Telegram menjadi perantaraan kepadanya untuk menghantar latihan kepada pelajar.
“Jika ada subjek sukar difahami, saya akan membuat rakaman video dan hantar ke Telegram dan murid boleh memainkannya berulang kali sehingga faham,” katanya yang sedia untuk dihubungi pada bila-bila masa jika pelajar berdepan masalah.
Sementara itu, Hanees Daliela yang tinggal di Kampung Pasir Garam, Beserah di sini mengakui dirinya amat terhutang budi dengan jasa guru-gurunya yang tidak pernah jemu dengannya walaupun 'kerap menganggu' di luar waktu kelas.
"Selain itu, kawan-kawan juga sangat membantu. Mereka tahu masalah saya, jadi jika perlu mereka akan mengulangi apa yang diperkatakan cikgu. Tinggal di asrama sejak tingkatan satu juga memudahkan saya untuk lebih fokus dengan pelajaran.
"Setiap hari saya pastikan tidur sekitar 10 malam kerana mahu bangun pada 4 pagi untuk mengulangkaji kerana suasana sunyi dan badan masih segar," kata anak kedua daripada lima beradik yang berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.
Hanees Daliela berkata dia mula memakai alat bantuan pendengaran semasa di Tahun Tiga, selepas gurunya menasihatkan ibu bapanya Hasbullah Yusoff, 49, dan Nik Rokiah Nik Hassan, 45, membawanya menjalani pemeriksaan kerana dia seolah-olah tidak mendengar arahan yang diberikan di dalam kelas.
Walaupun dikategori sebagai murid berkeperluan khas, Hanees Daliela enggan diberikan sebarang keistimewaan sebaliknya suka mencabar diri mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin termasuk menjadi pengawas dan pengerusi kelab di sekolah.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/pelitup-muka-cabaran-guru-bantu-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spm Guru Cipta Modul Bantu Pelajar Gagal Ikuti Pdpr

Spm Guru Cipta Modul Bantu Pelajar Gagal Ikuti Pdpr

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 224 hits
BH ONLINE Foto hiasan NSTP Faiz Anuar JOHOR BAHRU Modul belajar sendiri yang dibuat seorang guru subjek Sains bagi membantu pelajar yang tidak berupaya mengikuti sesi dalam talian Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah membuahkan hasil apabil...
Penyamun Bersenjata Nigeria Bunuh Polis Dan Culik Lebih 80 Pelajar Dan Guru Di Sebuah Sekolah

Penyamun Bersenjata Nigeria Bunuh Polis Dan Culik Lebih 80 Pelajar Dan Guru Di Sebuah Sekolah

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 219 hits
NIGERIA Sekumpulan penyamun bersenjata membunuh seorang polis dan menculik sekitar 80 pelajar dan beberapa guru di sebuah sekolah di Kebbi Nigeria Kejadian berlaku berkemungkinan dilakukan bermotifkan meminta wang tebusan lapor Kompas com J...
Pdpr Disambung Sehingga Cuti Pertengahan Tahun Cabaran Dan Masalah

Pdpr Disambung Sehingga Cuti Pertengahan Tahun Cabaran Dan Masalah

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 382 hits
PdPR Disambung Sehingga Cuti Pertengahan Tahun Assalamualaikum pagi tadi jam 10 00 Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Jidin Radzi telah mengumumkan PdPR akan diteruskan lagi bermula 13 Jun bagi kumpulan A dan kumpulan B pada 14 Jun 2021 sehin...
Pengorbanan Guru Bantu Murid Keciciran Hadapi Spm Buahkan Hasil

Pengorbanan Guru Bantu Murid Keciciran Hadapi Spm Buahkan Hasil

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 219 hits
Ibarat lilin membakar diri Cikgu Haslinda cekal bantu murid murid yang bernasib malang hadapi peperiksaan sepanjang pandemik Cikgu Haslinda dan muridnya Muhammad Zulfadli Redzwan Tugas seorang guru bukan hanya sekadar mencerdikkan anak bang...
Guru Sanggup Tidak Berkasut Kerana Dipinjamkan Kepada Pelajar

Guru Sanggup Tidak Berkasut Kerana Dipinjamkan Kepada Pelajar

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 268 hits
Oleh KOSMO Butler hanya berstokin dan tidak berkasut kerana meminjamkan kasutnya kepada Peters pada majlis graduasi sekolah John Butler New York PostBOUETTE LOUISIANA Seorang guru menunjukkan sifat murni apabila sanggup berkaki ayam kerana ...
Misha Omar Bimbang Tiba Tiba Ada Masalah Pendengaran

Misha Omar Bimbang Tiba Tiba Ada Masalah Pendengaran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 241 hits
Penyanyi terkenal Misha Omar menyarankan orang ramai supaya segera berjumpa doktor jika terdapat sebarang masalah kesihatan sama ada kecil atau besar Ia susulan penyanyi lagu Tanpa Rela itu mengalami masalah pendengaran telinga kanan yang t...
Alat Bantu Pendengaran Untuk Tuna Rungu

Alat Bantu Pendengaran Untuk Tuna Rungu

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 382 hits
Alat Bantu pendengaran untuk Tuna Rungu Gangguan fungsi pendengaran yang terjadi pada penyandang tuna rungu mau tidak mau memaksa mereka untuk menggunakan alat bantu dengar agar bisa berkomunikasi dengan lancar Umumnya alat bantu dengar ini...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20