Penglihatan Merosot Bekas Pemandu Teksi Buntu Teruskan Hidup


Ahmad Mustakim Zulkifli Mohd Kamil Affendy Hashim sedang mencari kerja baru, namun sukar untuk dia dapatkan kerja walaupun sebagai pengawal keselamatan.

Mohd Kamil Affendy Hashim,39, berdiri dihadapan teksinya, kini beliau terpaksa meninggal kerjaya pemandu teksi selepas mengalami penyakit keradangan mata di kedua-dua belah di Taman Bunga Raya, Setapak. Satu pagi, seorang pemandu teksi Mohd Kamil Affendy Hashim bangun tidur dan terus memakai cermin matanya dan cuba membaca mesej yang masuk di telefon bimbit pada malam sebelumnya.
Malangnya, dia mendapati tidak ada huruf yang boleh dibacanya dari skrin itu.
Kebingungan, dia memerhati keadaan sekelilingnya, namun dia menyedari seluruh bilik itu kabur daripada penglihatannya.
Dalam kebingungan atas apa yang terjadi pada dirinya, dia melakukan pemeriksaan di klinik dan memberitahu doktor penglihatannya yang kabur itu mungkin disebabkan penyakit diabetes yang dihidapinya.
“Saya pergi klinik kesihatan. Saya rasa mata rosak sebab kencing manis. Doktor cakap ini bukan mata rosak, ini sebab awak punya spek ni. You baru dapat kencing manis takkan boleh efek punya.”
Bagi memastikan apa yang dikatakan doktor, dan kemungkinan ada kebenaran isunya berpunca daripada cermin mata, dia pun membawa cermin mata itu ke kedai untuk diperiksa.
Namun, selepas diperiksa pun, penglihatannya tetap kabur.
Seorang lagi doktor memeriksa beliau dan berkata dia menghidap Conjunctivitis.
Selepas itu, dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut. Di sana, dia dimasukkan ke wad dan turut disaring bagi Covid-19.
Akhirnya, keputusan mengenai penyakitnya keluar: bilateral optic neuritis, satu penyakit yang berlaku akibat daripada saraf optik yang rosak akibat bengkak.
Keputusan itu betul-betul mengejutkan Kamil yang sudah 13 tahun mencari rezeki sebagai pemandu teksi.
Pada awalnya, dia cuba untuk terus memandu teksi seperti biasa.
Bagaimanapun, selepas beberapa percubaan menyebabkan dia hampir terlibat kemalangan, Kamil terpaksa menerima hakikat dia tidak lagi mampu untuk bekerja sebagai pemandu teksi.
Beberapa usaha mencari kerja lain turut menemui kegagalan.
Dia mencuba nasib untuk menjadi atendan stesen minyak dan pekerja hotel, namun semua permohonannya tidak diterima.
“Kawan-kawan ada kata pergi apply kerja ‘security guard’,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Lepas tu dia orang cakap takpa kita tipu je rekod kesihatan tu, cakap mata kau okey. Saya cakap janganlah macam tu. Tak pasal pula. Saya tak nak buat.”
Antara kerja yang dipohonnya adalah sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah hotel di Chow Kit.
Namun bekerja pada waktu malam menyebabkan dia perlu menaiki teksi atau Grab untuk pulang ke rumahnya di Gombak.
Apabila difikirkan, ia akan memakan kos yang mahal. Kira-kira yang dilakukan beliau, tambang sahaja sudah sama dengan separuh gaji hariannya.
Bahkan sebelum penglihatannya mulai merosot, kehidupannya hariannya sangat mencabar akibat krisis Covid-19.
Kamil tak dapat membawa ramai penumpang seperti sebelum pandemik.
Katanya, dengan RM20 hingga RM30 pun sudah cukup untuk membuat dia bersyukur.
Walaupun demikian, dia cuba guna teksinya untuk membuat penghantaran barangan seperti barangan keperluan rumah dan bungkusan bagi pelanggan tetapnya.
Mohd Kamil Affendy Hashim, 39, melihat telefon bimbitnya dengan jarak yang dekat selepas beliau mengalami penyakit keradangan mata di kedua-dua belah di Taman Bunga Raya, Setapak.Menurutnya, ironi menyedihkan yang sempat dialami ialah beberapa tahun lalu, dia membuat hantaran ke media sosial menawarkan penumpang buta untuk perjalanan ke tempat yang mereka perlu pergi.
Sudah tiga bulan Kamil tidak membawa teksinya.
Ketika ini, keperluan hariannya masih dapat dipenuhi dengan bantuan yang diterima bersama ibunya daripada Jabatan Kebajikan.
“Kad OKU yang first dapat tahun lepas untuk sakit mental, bipolar disorder,” katanya.
“Bantuan kewangan membantu, tapi saya berkeras nak cari kerja sebab tak boleh bergantung dengan duit jabatan kebajikan saja.”
Bagi menyelesaikan masalah matanya, Kamil perlu menjalani pembedahan penggantian plasma.
“Dia nak buat lima kali sesi,” katanya.
“Satu tiub seribu. Sekali operation RM1,000, jadi lima kali, jumlahnya RM5,000.”
Doktornya memberitahu ada peruntukan dana untuk bantu mereka yang perlukan pembedahan tersebut.
“Tapi chances tu 50-50. Dia kata boleh ada jangkitan kuman, darah boleh tersumbat, boleh sebabkan kematian.”
Walau terpaksa menghadapi ujian tersebut, Kamil cuma melakukan yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan norma barunya, namun ia ternyata sukar.
“Waktu register Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB). Dia orang ada offer pergi program. Pergi ke Ipoh enam bulan, tapi bila fikir balik, satu siapa nak bayar sewa rumah.
“Lepas tu untuk check up mata perlu di HKL. Kalau duduk di Ipoh sukar hendak berulang, jadi saya terpaksa lepaskan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/penglihatan-merosot-bekas-pemandu-teksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Khas Rm500 Apad Semakan Kelayakan Teksi E Hailing Bas Pemandu Pelancong

Bantuan Khas Rm500 Apad Semakan Kelayakan Teksi E Hailing Bas Pemandu Pelancong

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 465 hits
BANTUAN KHAS RM500 APAD SEMAKAN KELAYAKAN TEKSI E HAILING BAS PEMANDU PELANCONG BANTUAN KHAS ONE OFF RM500 KEPADA 134 000 PEMAIN INDUSTRI PENGANGKUTAN AWAM Antara mereka yang sentiasa dalam perhatian saya khususnya ketika berdepan cabaran a...
Bekas Pesalah Digalak Manfaatkan Bakat Untuk Bina Hidup Baru

Bekas Pesalah Digalak Manfaatkan Bakat Untuk Bina Hidup Baru

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 229 hits
SINGAPURA Pahit maung perjalanan hidup empat bekas pesalah yang berjaya membuka lembaran baru kehidupan masing masing dikongsi dengan hampir 100 bekas pesalah dalam program Siri Inspirasi yang diadakan secara maya pada Jumaat Edisi ketiga p...
Penyair Prodemokrasi Myanmar Maut Lepas Dibakar Hidup Hidup

Penyair Prodemokrasi Myanmar Maut Lepas Dibakar Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 221 hits
MalaysiakiniSeorang penyair yang juga aktivis prodemokrasi Myanmar Ko Sein Win maut selepas dia diserang dan dibakar hidup hidup di bandar Monywa daerah Sagaing di tengah negara itu Pengurus kilang Taing Aung yang menjadi saksi berkata dia ...
Mahiaddin Sudah Koyak Ibarat Panglima Perang Serah Senapang Kepada Orang Lain Teruskan Peperangan

Mahiaddin Sudah Koyak Ibarat Panglima Perang Serah Senapang Kepada Orang Lain Teruskan Peperangan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 153 hits
Petang semalam ketika semua orang ternanti nanti sama ada kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara atau MKN akan melaksanakan PKP penuh atau tidak Menteri Kanan Pertahanan berkaitan keselamatan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Pejab...
11 Meme Yang Gambarkan Uniknya Hidup Bertetangga Ala Orang Indonesia Banyak Kebiasaan Aneh D

11 Meme Yang Gambarkan Uniknya Hidup Bertetangga Ala Orang Indonesia Banyak Kebiasaan Aneh D

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 323 hits
Punya tetangga emang bisa memudahkan hidup tapi kalau kelakuannya ajaib gini ya pusing juga sih
Pendemik Covid 19 Cetuskan Fenomena Hidup Normah Baharu

Pendemik Covid 19 Cetuskan Fenomena Hidup Normah Baharu

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 250 hits
Asalamualaikum Salam Sejahtera SemuaPENDEMIK COVID 19 CETUSKAN FENOMENA HIDUP NORMAH BAHARUApa khabar semua teman teman blogger dan juga penggemar blog Etuza di alam maya Lama tak ke udara maya Bukan ke mana mana pun tetap ada dalam kehidup...
Cap Gesa Sekat Import Lembu Hidup Dari Thailand Elak Penyakit Lsd

Cap Gesa Sekat Import Lembu Hidup Dari Thailand Elak Penyakit Lsd

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 240 hits
MALAYSIA NOW Wabak penyakit LSD yang menjejaskan haiwan ternak boleh berjangkit melalui nyamuk lalat dan kutu Wabak LSD yang menjangkiti lembu di Thailand dikhuatiri bakal menyebabkan kerugian kepada penternak tempatan di Malaysia jika impo...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues