Mahiaddin Sudah Koyak Ibarat Panglima Perang Serah Senapang Kepada Orang Lain Teruskan Peperangan


 
Petang semalam, ketika semua orang ternanti-nanti sama ada kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara atau MKN akan melaksanakan PKP penuh atau tidak, Menteri Kanan Pertahanan berkaitan keselamatan, Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Pejabat Menteri (PMO) akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut.
Tetapi, menjelang malam, PMO dalam kenyataan media yang dikeluarkannya memberitahu, tiada PKP penuh akan dilaksanakan, sebaliknya keputusan yang diambil adalah mengetatkan beberapa sektor ekonomi dan sosial dalam PKP 3.0 separuh masak yang sedang berkuatkuasa sekarang.
Tambah kenyataan media PMO itu lagi, perincian mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan hari ini (22 Mei) oleh Ismail Sabri.
Apa sudah jadi ni, kenapa tidak Mahiaddin Md Yasin sendiri yang mengumumkannya?
Jika dalam semua pengumuman PKP sebelum ini, malah proklamasi darurat pun, Mahiaddin sendiri yang tampil membuat pengumuman, sama ada melalui perutusan khas atau kenyataan media, kenapa tidak kali ini?
Kenapa tiada lagi perutusan khas seperti sebelum ini?
Kalau pun tiada perutusan khas, mengapa tidak PMO atau Mahiaddin sendiri mengeluarkan kenyataan media berkaitan perincian sekatan tambahan itu sebagaimana kenyataan media berkaitan PKP 3.0 separuh masak dua hari menjelang 1 Syawal sebelum ini?


Adakah Mahiaddin sekarang sudah koyak?
Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang amat memalukan telah ditunjukkan oleh seorang Perdana Menteri di waktu negara sedang menghadiri krisis dan di ketika semakin ramai rakyat yang mati akibat penularan Covid19.
Mahiaddin kini seperti panglima perang yang sudah hilang kekuatan dan keberanian untuk berdepan kenyataan dan tindakannya menyerahkan kepada Ismail Sabri membuat pengumuman ibarat menyerahkan senapang kepada orang lain untuk meneruskan peperangan.
Jika dengan beberapa orang yang bertemu dengannya, Mahiaddin selalu berbangga dengan pengalaman politiknya selama lebih 40 tahun dan kononnya beliau arif dalam banyak perkara, apa yang boleh beliau dibanggakannya sekarang dengan pengalaman tersebut?
Apakah menjadi penakut merupakan suatu nilai berharga yang dituai daripada pengalaman selama lebih 40 tahun itu?
Dalam suasana krisis seperti sekarang, adalah tidak wajar Mahiaddin bertindak lari daripada realiti dan menyerahkan kepada orang lain membuat sesuatu pengumuman yang lebih afdal beliau sendiri melakukannya.
Apakah Mahiaddin sekarang cuba memindahkan kemarahan rakyat terhadapnya untuk dipikul sama oleh UMNO juga?
Kenapa tidak serahkan sekali jawatan Perdana Menterinya?
Sehingga ini tidak jelas apakah perincian sekatan tambahan yang bakal diumumkan oleh Ismail Sabri, tetapi di merata tempat terlihat kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan dan Mahiaddin memang sedang membara sekarang ini.
Kegagalan melaksanakan PKP penuh – 14 hari, 21 hari atau sebulan – di ketika kes kian mencanak dan jumlah kematian terus meningkat adalah gambaran satu lagi kegagalan beliau dalam memimpin negara ini.
Mahiaddin dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh melindungi nyawa rakyat sementara proses vaksinasi pula amat perlahan prosesnya.
Sekarang, dengan hanya mengetatkan beberapa sektor ekonomi dan sosial, bukan saja tiada jaminan kes dan jumlah kematian akan tidak meningkat, bahkan tiada jaminan juga tidak ada lagi PKP 4.0, PKP 5.0 dan seterusnya yang juga separuh masak selepas ini.
Akhirnya apa jadi kepada nasib dan sengsara rakyat dalam meneruskan kehidupan?
Sebab itu, dengan tiadanya “total lockdown” ini, yang sebenarnya paling dikehendaki oleh rakyat ialah Mahiaddin segera “stepdown”.
Kalau berlawan dengan rambutan pun hanya dapat 4 peratus undi, beliau nak tunggu apa lagi? 


(ShahbudinHusin 22/05/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/mahiaddin-sudah-koyak-ibarat-panglima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Armada Bersatu Pekan Serah Diri Ke Balai Polis Akui Akur Kesilapan Langgar Sop

Ketua Armada Bersatu Pekan Serah Diri Ke Balai Polis Akui Akur Kesilapan Langgar Sop

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 463 hits
PEKAN Susulan tular isu seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Pekan telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri semalam satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah...
Exco Terengganu Serah Diri Kepada Polis Terima Surat Tawaran Kompaun

Exco Terengganu Serah Diri Kepada Polis Terima Surat Tawaran Kompaun

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 380 hits
MALAYSIA DATELINESelepas dua kali kantoi melanggar SOP akhirnya Exco kerajaan negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim menyerah diri kepada polis dan meminta dikompaunkan Beliau sendiri telah menghubungi Ketua Polis Daerah Setiu pagi ini selepas ...
Pal3stin Pemuda Ph Serah Memorandum Ke Kedutaan 4merika Syarikat

Pal3stin Pemuda Ph Serah Memorandum Ke Kedutaan 4merika Syarikat

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 132 hits
Pemuda Pakatan Harapan menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak agar republik itu memastikan gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipatuhi Daripada rancangan awal untuk mengadakan himpunan bantahan ia ...
Lelaki Didakwa Beri Anak Minum Racun Rumput Serah Diri

Lelaki Didakwa Beri Anak Minum Racun Rumput Serah Diri

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 225 hits
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Beaufort esok untuk permohonan reman kata polis BEAUFORT Seorang lelaki yang diburu polis selepas didakwa mencekik dan memberi anak perempuannya berusia lima tahun minum racun rumput akhirnya menyera...
Bitcoin Dan Altcoin Lain Akan Meneruskan Aliran Menaik Di Tengah Tengah Berita Positif

Bitcoin Dan Altcoin Lain Akan Meneruskan Aliran Menaik Di Tengah Tengah Berita Positif

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 142 hits
Bitcoin berkemungkinan memperoleh kembali aliran menaik setelah pengumuman semalam bahawa Apple boleh menerapkan mata wang kripto ke dalam e dompetnya sebagai kaedah pembayaran Selain itu Elon Musk tidak akan menjual bitcoin Tidak lama dahu...
Pr4nk Sor0k Perempuan Lain Reaksi Isteri Buat Ramai Terkejut

Pr4nk Sor0k Perempuan Lain Reaksi Isteri Buat Ramai Terkejut

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 236 hits
Adakah anda pernah melakukan prank pada keluarga atau kawan kawan Biasanya reaksi si m4ngsa yang selalu menjadi bahan hiburan setiap kali melakukan prank ini kan Sama lah macam yang dikongsikan pasangan suami isteri ini Di dalam prank ini s...
5 Sebab Lelaki Nampak Lebih Handsome Jika Rajin Bersenam Berbanding Orang Lain

5 Sebab Lelaki Nampak Lebih Handsome Jika Rajin Bersenam Berbanding Orang Lain

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 499 hits
Gaya hidup yang sihat mampu memberi kesan positif kepada diri seseorang Penjagaan badan yang baik mampu menjaga penampilan seseorang Tahukah anda bahawa seseorang lelaki perlu bersenam sekurang kurangnya 150 minit seminggu untuk kekal sihat...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas