Pengisytiharan Perang Bukan Sahaja Gagal Pertahan Bos Dap Siap Kena Game Lagi


Niat mereka hendak mempertahankan kenyataan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) minggu lalu berhubung frasa ‘pengisytiharan perang’ yang kemudian diperbetulkan, tetapi kelihatan usaha beberapa wakil DAP hanya seperti menegak benang basah.
Malah, mereka seperti kena game apabila masuk perangkap pembangkang yang sudah bersedia untuk mengenakan mana-mana wakil PH terutama DAP yang masih cuba mempertahankan kenyataan Guan Eng itu.
Ini bermula apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menegur frasa ‘pengisytiharan perang’ ketika berucap dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan diraja hari ini.
Tegas Ismail Sabri, jika provokasi serius ini disambut bukan Melayu seperti mana kenyataan Guan Eng, pastinya menjerumuskan negara kepada peristiwa tidak diingini seperti tragedi 13 Mei 1969.
Kata-kata Ismail Sabri kemudian mengundang respons, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) yang seakan cuba menunjukkan contoh suasana tegang jika provokasi Guan Eng itu disambut dengan berkata, ‘kalau isytihar perang, kita boleh sambut perang. Itu akan berlaku’.
Dalam keadaan hiruk-pikuk selepas mendengar kata-kata Takiyuddin itu, beberapa wakil DAP kemudian bangun mahu beliau dirujuk kepada jawatankuasa khas.
RSN Rayer (DAP-Jelutong) juga menyentuh peraturan mesyuarat mengenai kenyataan Ismail Sabri kerana membangkitkan perasaan sakit hati tetapi cubaannya tidak kesampaian apabila disambut dengan sorakan wakil pembangkang tentang siapa yang sebut dulu iaitu merujuk kenyataan akhbar Guan Eng minggu lalu.
Kata Ismail Sabri, inilah contoh ketegangan apabila perkara sensitif dibangkitkan sambil menyindir wakil DAP itu dengan berkata: “Sebab itu jangan bangkitkan!”.
Rayer tidak puas hati dan bangun mempersoalkan siapa yang bangkitkan? Tetapi soalan Rayer itu memang menjerat beliau sendiri apabila seluruh dewan gegak gempita dengan jeritan:
“‘Bagan!, Bagan! (Guan Eng).”
Ini menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof meminta Rayer duduk kerana beliau berpeluang berbahas selepas ini dan memadai Guan Eng jawab isu itu nanti semasa sesi penggulungan perbahasan.
Selepas itu, Awang Hashim (Pas-Pendang) bangun mencelah mengingatkan 222 Ahli supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh ‘menimbulkan panas’ kerana mereka adalah pemimpin kepada 30 juta rakyat.
Ismail Sabri kemudian menyambung ucapan dengan menegur penggunaan istilah negara Taliban jika kerjasama Pas-UMNO menjadi kerajaan yang perlu ditarik balik oleh Nga Kor Ming (DAP-Teluk Intan).
“Provokasi agama adalah isu amat serius, memandangkan negara ini didiami pelbagai kaum dan jika tidak dibendung, paling dibimbangi kesannya kepada negara,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/13/pengisytiharan-perang-bukan-sahaja-gagal-pertahan-bos-dap-siap-kena-game-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Umno Pas Bila Dap Anggap Perang

Kerjasama Umno Pas Bila Dap Anggap Perang

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 405 hits
https i2 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190312 umno pas dap perang jpg fit 600 2C400 ssl 1KENYATAAN supremo DAP Lim Guan Eng bahawa kerjasama UMNO dan Pas satu pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu bukanlah mengejutkan ...
Bila Dap Anggap Perang

Bila Dap Anggap Perang

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 269 hits
KENYATAAN supremo DAP Lim Guan Eng bahawa kerjasama UMNO dan Pas satu pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu bukanlah mengejutkan sangat Kebanyakan orang yang celik politik mengetahui ideologi dan identifikasi politik DAP boleh memaham...
Cerita Jokowi Siap Didongkel Sebagai Presiden Jika Gagal Negosiasi Freeport

Cerita Jokowi Siap Didongkel Sebagai Presiden Jika Gagal Negosiasi Freeport

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 299 hits
Jokowi menyebut negosiasi yang dilakukan antara pemerintah dengan PT Freeport Indonesia dimulai sejak 2014 lalu Jokowi mengaku mempertaruhkan jabatannya sebagai Presiden jika gagal merebut 51 persen saham dari tangan perusahaan tambang asal...
Informasi Dap Gagal Tangani Rumah Rakyat Wakil Rakyat Wakil Taukey

Informasi Dap Gagal Tangani Rumah Rakyat Wakil Rakyat Wakil Taukey

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 337 hits
Kerajaan P Pinang zalim usir rakyat sendiriGEORGE TOWN Tindakan mengusir keluar lebih 20 penyewa Flat Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis menunjukkan kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang menangani masalah perumahan rakyat Pesuruhjaya PAS N...
Ph Dap Gagal Kukuhkan Perpaduan Kaum Penyokong Pas

Ph Dap Gagal Kukuhkan Perpaduan Kaum Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR 10 Mac Serangan terhadap PAS oleh beberapa pemimpin DAP dengan menyentuh soal perkauman merupakan antara bukti kerajaan Pakatan Harapan gagal mengukuhkan perpaduan kaum sejak memenangi Pilihan Raya Umum Ke 14 Ketua Dewan Himpu
Dap Merobek Hati Melayu Bebankan Ph

Dap Merobek Hati Melayu Bebankan Ph

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 415 hits
Sejurus PH dikuis di Semenyih dengan BN mendapat 1 914 majoriti undi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menggesa Putrajaya tidak lagi apologetik dalam melaksanakan janji yang melibatkan agenda Melayu dan Bumiputera Timbalan Preside...
Dap Wajar Ditendang Kekuar Dari Ph

Dap Wajar Ditendang Kekuar Dari Ph

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 335 hits
Siapa yang BERANI lakukan MAHATHIR atau Anwar Sesiapapun dari PH yang BERANI melakukanya wajar disokong Sesiapapun dari PH yang BERANI melakukanya sudah tentu mendapat sokongan PAS Dan UMNO
Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 343 hits
Diterbitkan pada 08 March 2019Mohamad Sabu mengakui PH sukar untuk menang dalam PRK DUN Rantau pada 13 April ini Foto oleh Shafwan ZaidonSHAH ALAM 8 Mac Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengakui Pakatan Harapan sukar untuk menang d...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini

Makan Nasi Goreng Siang Malam

Medical Follow Up Di Kpj Seremban

Dating Berdua Dengan Dania