Penginapan 3 Hari 2 Malam Di Royale Chulan Seremban
Penginapan 3 Hari 2 Malam Di Royale Chulan Seremban | Assalamualaikum semua.. yuhuuu, mood bercuti datang lagiii.. Macam biasa la percutian kali ni tetap dengan wajah-wajah yang sama iaitu Kak Min, Moka dan Momi. Nak bercuti dengan cik abang kesayangan lambertttt lagi wakkk. Ahakkk.. Lokasi pilihan kami kali ni tak terlalu jauh tapi yang pasti di luar KL la kan. Maklum la, jemu jugak duk tengok jem kat KL ni kan. So, kita cuci mata kat tempat orang pulak.. hehe. Jadi kami sepakat memilih Seremban sebagai next lokasi untuk kami bercuti.. yihaaaa
Setelah memandu lebih kurang sejam, akhirnya kami sampai ke destinasi penginapan kami iaitu di Royale Chulan Seremban. Takde la jauh sangat kan. Kebetulan perjalanan kami pun lancar je so memang cepat la sampai. Kami tiba di hotel lebih kurang pukul 2pm, so kiranya awal sejam dari waktu kebiasaan hotel untuk Check-In tapi kami terus je check-in (nak tau sebab apa? kena baca info kat bawah).
Ruang lobi hotel
Masa Check-In tu nampak la di Lobi Hotel ada hiasan sempena Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia. Rupanya Hotel Royale Chulan Seremban ni memenangi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Dan Keceriaan. Johan untuk Kategori Bangunan Swasta tau. Tahniah Royale Chulan Seremban 🎉👏👏
Tahniah Royale Chulan Seremban 👏
Royale Chulan Seremban
Sebelum sis tunjuk bilik, meh sini sis share sikit mengenai hotel yang sis stay kali ni. Untuk pengetahuan korang, Hotel Royale Chulan Seremban ni adalah hotel 4 bintang yang terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Seremban. Hotel ini merupakan rangkaian hotel tempatan Malaysia yang diasaskan dan dimiliki oleh Boustead Hotels and Resorts Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad. Sebelum ni sis ingat Royale Chulan ni ada kat KL je rupanya banyak wei, ada Royale Chulan Damansara, Royale Chulan The Curve, Royale Chulan Kuala Lumpur, Royal Chulan Cherating, Royal Chulan Penang malah Royale Chulan Hyde Park London pun ada tau
Banyak rupanya hotel Royale Chulan ni. Tapi yang sis pergi adalah di Seremban
Jenis Bilik Di Royale Chulan Seremban
Dari segi bilik, di Royale Chulan Seremban ada menawarkan sebanyak 345 bilik dan suite yang terdiri daripada Bilik Superior, Bilik Deluxe Triple Deluxe Room, Bilik Executive, Suite Executive, Suite Alcove, Suite Duplex dan Suite Singgahsana. Semua bilik dan suite dilengkapi dengan kemudahan asas yang dilengkapi dengan perkhidmatan bilik yang disediakan 24/7. Ahaa, korang nak tengok tak bilik sis?? Sila scroll ke bawah ekk
Tadaa.. ni la rupa bilik sis iaitu Executive Room. Dengan keluasan 35 sqm bagi sis memang cukup luas dan selesa sangat-sangat sebab sis duduk sorang je oiii. Bilik sis ni mengadap tasik dan juga sebahagian kawasan Seremban (sis tak pasti bahagian mana.. hehe). Tapi memang nice sebab dapat tengok sunset. Hello warga Seremban.. I'm hereeeee... cewah, macam ada yang peduli kaw kat Seremban kan.. ekekeke
Ok la, meh sis belanja view dalam bilik pulak. Korang tengok la katil dia, jenis King tau. Tilam dan bantal dia pun empuk, memang syiok la nak tido. Adoiii, parah ni. dah la tido sorang. Ni mau terlajak ni. Nasib baik la member-member duk sebelah bilik. Kalau terlajak, diorang leh azan kan.. ehhh.. hahhaa.. Dari segi kemudahan dalam bilik memang semuanya lengkap. Ada work station dan siap ada sofa juga untuk duduk santai-santai kalau nak minum air panas sambil tengok TV.
Nak minum teh ke nescafe ke boleh je bancuh sendiri dalam bilik sebab ada disediakan peralatan nak bancuh air. Kalau nak minum air sejuk pula, boleh simpan air dalam peti ais sebab ada juga mini fridge. Ha, orang perempuan selalu cari iron kan, jangan risau dalam bilik ni ada disediakan iron siap dengan iron board skali. Selain tu ada juga bath robe, sejadah, safebox, hairdryer, pendek kata lengkap la semua
Kalau sebut je bilik hotel, mesti orang akan tanya ada bathtub tak? Jawapannya ada weiiii... Bilik air untuk Executive Room ni besar siap ada bathtub tau. Lepas tu kan, cermin dia paling best sebab depan belakang ada cermin membuatkan bilik air ni nampak lebih luas tau. Ha, puas hati la kalau korang nak membelek apa yang patut. hehe Oh ya, sis nak puji la bath gel yang ada kat Royale Chulan Seremban ni. Sumpah wangi gilerrrr.. Rasa fresh je lepas mandi dengan haruman yang menyegarkan.
Just untuk info uols : Guests stay in any Executive Room or Suites are entitled to additional services such as 👇
Breakfast, free flow of snacks & beverages at Executive Lounge Extended check-out until 3.00pm (subject to room availability)Personalized check-in and check-out
Breakfast Di Royale Chulan Seremban
Untuk breakfast, sis dan kawan-kawan turun ke Restoran Asiatique. Di sini ada menyediakan Breakfast Buffet setiap hari bermula pukul 6.30am hingga 10.30am. Hidangan buffet kat sini macam-macam ada tau. Ada menu masakan tempatan malah english breakfast pun ada tau. Sis macam biasa la pagi-pagi dah mencari nasi lemak. Tak cukup tu, second round try noodle plak. Member sis ada yang try tosai, english breafast (roti, sosej & omelette). Banyak lagi menu lain tapi tu la, perut ni satu je dan tak baik membazir kan. So, kita amik apa yang nak makan je tapi yang penting korang kena minum teh tarik dia. memang mabelessss.
Selain dari breakfast, korang boleh juga menikmati hidangan yang best kat sini tau. Sis dan kawan-kawan sempat untuk mencuba hidangan Ala Carte di Restoran Asiatique, BBQ Buffet Dinner di Restoran Asiatique juga serta Lunch di Restoran Han Pi Yuen untuk hidangan masakan Cina Halal. Bab makan-makan ni sis share entri lain la ye sebab karang berjela-jela la pulak. hehe
Kemudahan Lain Di Royale Chulan Seremban
Kalau menginap di hotel, perkara kedua yang orang akan tanya selepas bilik adalah swimming pool. Ha, especially yang datang bawa anak-anak pasti swimming pool jadi tumpuan. Kadang-kadang tu mak ayah belum sempat letak beg, anak-anak dah tarik tangan nk pi swimming pool. Betul tak??
Swimming pool kat Royale Chulan Seremban ni ada 3 bahagian iaitu children’s pool, Jacuzzi dan juga kolam untuk orang dewasa. Apa yang menarik mengenai kolam renang kat sini adalah untuk kolam dewasa tu siap ada waterfalls dan slides tau. Aishhh, bestnya tengok orang meluncur dari slides terus ke dalam kolam dan berenang kegembiraan. Malangnya sis hanya mampu berenang-renang di tepian dan berjacuzzi je sebab tak pandai berenang. ahakkkkk..
Bagi yang nak exercise boleh la ke gymnasium tapi sis tak sempat pula nak masuk. Maybe next time kot. Manakala bagi yang nak mencari lokasi untuk gathering ke, meeting ke, seminar ke ataupun majlis kahwin ke boleh la riki-riki dewan kat sini. Sis dapat tahu kat sini ada Grand Ballroom yang mampu memuatkan sehingga 3200 standing guests tau.. fuhhh.. besar tuuuu
Berikut antara kemudahan lain yang ada kat sini 👇Dry cleaningLaundry serviceLimousine counterCar rentalPrayer Room/Surau for Male and FemaleSalonPrestige ClothierTwice Daily maid serviceCourier service
Secara keseluruhannya memang sis puas hati sangat menginap kat Royale Chulan Hotel ni. Dah la bilik besar, siap ada bathtub lagi. Oh ya, di Royale Chulan Seremban ni kalau korang book Superior Room pun ada bathtub tau. Ha, best kan. So, kalau korang datang stay kat sini jangan lupa untuk share gambar banyak-banyak sebab kat sini ada Free Wi-Fi access.. tu yang syok tu. Next nanti sis story pasal lokasi best nak jenjalan kat area seremban ni ekk.. Adios..
Kalau nak booking bilik di Royale Chulan Seremban ni boleh rujuk info kat bawah ni :
Alamat :Jalan Dato’ A.S Dawood,70100 Seremban,Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 606-766 6666Fax: 606-766 6000
Websites : www.royalechulan.com/Seremban
Food & Beverage e-mail :
[email protected] Reservation e-mail :
[email protected]& Marketing e-mail :
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2023/10/penginapan-di-royale-chulan-seremban.html