Pengikut Syiah Minta Suhakam Bantu Henti Tekanan



(FMT) – Sekumpulan pengikut Syiah, termasuk yang ditahan dalam satu serbuan pihak berkuasa agama Johor pada 9 Sept, membawa kes mereka kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan mendakwa tekanan “individu berpengaruh” menyebabkan meningkatnya diskriminasi pihak berkuasa terhadap mereka.
FMT difahamkan kumpulan 13 orang itu menemui seorang pesuruhjaya Suhakam dan anggota kanan badan itu semalam dan antara lain bercakap tentang bagaimana pengikut Syiah dihalang daripada menghantar anak mereka ke sekolah atau mendaftarkan perkahwinan mereka.
Mereka juga memberitahu Suhakam bahawa ahli politik selain “individu berpengaruh” di Johor terlibat “menindas” komuniti tersebut.
“Masalah itu tidak terbatas kepada Jabatan Agama dan mufti,” jurucakap kumpulan itu memberitahu FMT dengan syarat identiti beliau tidak didedahkan.
“Tekanan ini merumitkan keadaan,” katanya.
Fahaman Syiah yang mempunyai ramai pengikut di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian di Arab Saudi merupakan mazhab kedua terbesar dalam Islam.
Bagaimanapun ajarannya dianggap menyeleweng oleh pihak berkuasa agama di Malaysia, yang sebelum ini kerap membuat serbuan ke atas acara keagamaan tertutup kumpulan itu.
Fatwa di kebanyakan negeri mengisytiharkan ajaran Syiah sebagai menyeleweng, sementara masjid di Selangor sejak sekian lama memasukkan doa mengutuk aliran itu dalam khutbah Jumaat.
Awal bulan ini pihak berkuasa agama di Selangor dan Johor membuat serbuan ke atas acara tertutup kumpulan itu yang menyaksikan pengikut Syiah menyambut peristiwa Asyura bagi mengingati ulang tahun kematian Hussein, cucu Nabi Muhammad dan dianggap tokoh utama mazhab Syiah.
Berpuluh-puluh pengikut Syiah, termasuk warga asing ditahan, insiden yang menurut Suhakam bercanggah dengan hak perlembagaan komuniti tersebut.
Dalam serbuan di Kempas, Johor, pengikut Syiah terbabit berkata, polis yang mengiringi pegawai Jabatan Agama Johor telah mengasari mereka.
Dalam beberapa laporan polis dibuat berikutan serbuan itu, seorang anggota polis didakwa mengacukan pistolnya ke arah seorang peserta acara tertutup itu.
Saksi memberitahu FMT, lebih 20 anggota polis turut serta dalam serbuan tersebut, termasuk beberapa orang anggota bertopeng.
Sebilangan anggota polis memanjat pagar untuk memecah masuk ke dalam rumah di mana kira-kira 50 pengikut Syiah, termasuk wanita dan kanak-kanak menyambut Asyura.
Polis Johor dilaporkan sedang menyiasat dakwaan tersebut.
Pengikut Syiah yang menemui Suhakam semalam menggesa suruhanjaya berkenaan membantu menghentikan tekanan dan penindasan ke atas komuniti tersebut.
Mereka berkata, Suhakam akan membantu mengatur pertemuan antara kumpulan itu dengan pihak berkuasa agama negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Suhakam juga diberitahu bahawa serbuan terbaru ke atas pengikut Syiah merupakan penerusan dasar kerajaan sebelum ini.
“Syiahfobia telah meresap ke dalam darah daging masyarakat Islam. Khutbah berbaur kebencian terhadap Syiah menambahkan lagi Syiahfobia,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/09/20/pengikut-syiah-minta-suhakam-bantu-henti-tekanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaedah Mudah Bantu Pengguna Cari Kedai Muslim

Kaedah Mudah Bantu Pengguna Cari Kedai Muslim

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 542 hits
1 Bila orang sebangsa dan seagama dengan kita buat benda bodoh perbuatan jahat perkara jahil orang kita mesti kecam Namun bila ada orang cuba melakukan suatu hal yang baik untuk kaum dan agama pasti ada juga orang kita yang kecam kutuk sind...
Nak Ubah Hidup Bantu Usahawan Lebih Kaya Dan Berjaya

Nak Ubah Hidup Bantu Usahawan Lebih Kaya Dan Berjaya

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 431 hits
TERUJA Tak de perkataan lain yang kakak mampu ucapkan bila duduk menjadi salah seorang peserta dengan tiket eksklusif untuk program Nak Ubah Hidup 2019 yang telah berlangsung di Setia City Convention Centre beberapa minggu yang lepas Seumur...
Bomba Malaysia Sedia Bantu Indonesia Atasi Jerebu

Bomba Malaysia Sedia Bantu Indonesia Atasi Jerebu

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 463 hits
Jabatan Bomba dan Penyelamat sedia membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia jika diperlukan bagi mengatasi masalah jerebu kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin Kita sedia untuk bekerjasama jika pertolongan ...
Bukan Protes Tapi Tawar Bantu Indonesia Tangani Kebakaran Duta Malaysia

Bukan Protes Tapi Tawar Bantu Indonesia Tangani Kebakaran Duta Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 338 hits
JAKARTA 12 Sept Malaysia tidak menuding jari kepada Indonesia berikutan masalah jerebu sebaliknya menawarkan bantuan menangani kebakaran hutan di beberapa wilayah Indonesia ketika ini Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar ber...
Guru Bahasa Inggeris Bersara Bantu Laksana Program Hip

Guru Bahasa Inggeris Bersara Bantu Laksana Program Hip

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 193 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan akan menyediakan lebih banyak guru bahasa Inggeris yang telah bersara untuk kembali ke sekolah bagi membantu dalam Program Imersif Tinggi kata Timbalan Menterinya Teo Nie Ching Beliau berkata guru bahasa ...
Sokong Buy Muslim Bumiputera First Bantu Saifuddin Turunkan Harga

Sokong Buy Muslim Bumiputera First Bantu Saifuddin Turunkan Harga

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 848 hits
Pakar ekonomi tak jumpa formula cara nak turunkan harga barang di Malaysia Menteri Kawayangan Lim Guan Eng pula pening kepala sebab katanya harga degil tak nak turun Rupanya kempen Buy Muslim Bumiputera First itulah formulanya Ramai terkeju...
Bantu Orang Susah Dan Menutupi Aib Muslim

Bantu Orang Susah Dan Menutupi Aib Muslim

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 470 hits
Kita diperintahkan untuk mengangkat kesulitan membantu orang susah dan menutupi aib orang mukmin Kitabul Jaami dari Bulughul Maram karya Ibnu Hajar Al Asqalani Bab Berbuat Baik pada Orang Tua dan Silaturahim Hadits 1474
Pemprov Dki Jakarta Kirim 65 Petugas Bantu Penanganan Karhutla

Pemprov Dki Jakarta Kirim 65 Petugas Bantu Penanganan Karhutla

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 209 hits
Tim 65 orang ini merupakan gelombang pertama dan akan bertugas selama 10 hari
Ummah Lancar Aplikasi Abata Bantu Usahawan Islam

Ummah Lancar Aplikasi Abata Bantu Usahawan Islam

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 443 hits
BANGI Melihat sambutan dan sokongan yang menggalakkan terhadap kempen beli produk muslim Gerakan Pembela Ummah menyediakan inisiatif baharu bagi membantu usahawan Islam melalui aplikasi mudah alih Abata bermula 1 Oktober depan Penger
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew