Pengikut Ajaran Syaitan Curi Kepala Mayat
Pengikut ajaran syaitan curi kepala mayat
CANBERRA – Kes kecurian sebilangan kepala mayat manusia yang berlaku di sebuah tanah perkuburan di Australia dikaitkan dengan aktiviti pemujaan selepas sepucuk surat kepada syaitan ditemui di salah sebuah kubur yang digali, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Polis bandar raya Melbourne bergegas ke Tanah Perkuburan Awam Footscray baru-baru ini selepas menerima aduan orang awam. Mereka mendapati ia adalah kali kedua kepala mayat telah dicuri dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Pegawai-pegawai mendedahkan beberapa barang ditinggalkan di kawasan tersebut termasuk tanda salib, lilin dan nota kepada syaitan, lapor saluran berita tempatan, 7news.
Penemuan itu mendorong pihak berkuasa mengaitkan kes kecurian yang menyeramkan itu dengan pengikut-pengikut ajaran syaitan.
“Mayat manusia menjadi tumpuan utama pencuri dan itu menjadi fokus siasatan kami,’’ kata Pemangku Inspektor, Ben Jarman.
Menurut polis, kubur ketiga telah digali lewat minggu lalu. Tiada apa-apa yang diambil kerana kubur itu kosong.
Pakar kriminologi tempatan, Xanthe Mallett berkata, dia tidak pernah mendengar kes lain yang serupa di negara tersebut.
“Memang menarik. Beberapa symbol ditinggalkan di sekitar makam ini yang nampaknya bersifat syaitan.
“Saya pernah melihatnya di Britain tetapi tidak pernah melihat sebarang aktiviti pemujaan syaitan di Australia,’’ jelas Dr. Mallett.
Bagaimanapun, langkah keselamatan tambahan diambil oleh pihak berkuasa dengan memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di tanah perkuburan itu. K Online
Pengikut ajaran syaitan curi kepala mayat
Baca Artikel Menarik:
“Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”
Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam
Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….
12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece
Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen
Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil
Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS
Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid
PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa?
Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu
Rider tercampak dilanggar lari (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang
Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]
Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]
The post Pengikut ajaran syaitan curi kepala mayat appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/03/pengikut-ajaran-syaitan-curi-kepala-mayat/