Pengiktirafan Uec Suatu Pengkhianatan Kepada Peradaban Bangsa Dan Negara


Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah 

Bukan sekadar pengiktirafan kepada komunis seperti saya tulis dahulu… RAMAI yang meminta saya mengulas mengenai UEC, walaupun sebelum ini telah acap kali saya lontarkan pandangan sebegini.
UEC tidak boleh disamatarafkan dengan apa jua sijil di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang setara seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SMA/SMU dan sebagainya kelolaan kerajaan. Sama sekali tidak boleh.
SPM dan SMU/SMA kelolakan oleh kerajaan dengan prosedur ketat, selaras dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Manakala UEC adalah sekolah persendirian yang dibina oleh sebuah NGO ultra kiasu Cina, yang mereka sendiri yang menjadi lembaga dan pengelolanya. Daripada penyediaan silibus sehingga kepada peperiksaannya. Boleh dikatakan tidak sistem sebegini dalam dunia ini, pendidikan dikelolakan oleh NGO, kecuali pendidikan swasta.
Dalam UEC, mereka (NGO ultra kiasu Cina) itu sendiri yang merangkakannya tanpa merujuk kepada kepada pihak yang berautoriti, seperti proses persijilan lain yang dikelola oleh kerajaan.
Sebab itu, perbandingan dua sijil ini tidak wajar sama sekali dilakukan.
Begitu juga dengan kelayakan guru-gurunya, terutama dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah serta banyak lagi, jika mahu diperkatakan.
Silibus Bahasa Melayu dan Sejarah begitu berbeza dengan subjek yang sama di peringkat SPM. Bahasa Melayu UEC jauh lebih mudah berbanding dengan BM SPM/SMA/SMU.
Sama juga dengan subjek Sejarah, jauh sekali untuk menerangkan sejarah negara ini mengikut perspektif yang sebenar. Malahan, sejarah Tanah Besar China, lebih diberikan perhatian, berbanding sejarah tanah air sendiri.
Di situ sahaja sudah nampak perbezaan yang sangat ketara. Jangan dicungkil lagi ke dalam. Sudah tentu akan ditemui banyak lagi masalahnya.
Kita cukup hairan kenapa kerajaan daripada dahulu hingga sekarang tidak bertegas dengan pendidikan sebengini dan terus membiarkannya, sehingga mendapat pengiktirafan, dalam dan luar negara.
Justeru, saya merasa pelik kenapa isu UEC tidak pernah selesai secara tuntas. Lebih malang lagi kita turut mengiktiraf Kolej Universiti New Era, yang kita sebut dahulunya sebagai universiti merdeka yang dimiliki oleh NGO yang sama berkaitan UEC. Universiti merdeka yang diperjuangkan oleh ultra kiasu sebelum dan selepas merdeka, telah berjaya ditegahkan dengan pengiktirafan kolej ini.
Sebenarnya, sejak dahulu lagi, 2011, UEC ini sudah diterima bagi kemasukan ke IPG kepada mereka yang ingin mengkhusus dalam pengajaran Bahasa Cina. Klimaksnya, pada zaman PH, yang mereka mahu mengiktiraf secara keseluruhannya, tanpa perlu menduduki SPM.
Kontroversi dalam iklan pengambilan terbaharu, sama seperti dahulu, antara syaratnya adalah
____________
SYARAT AKADEMIK
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah.
SYARAT TAMBAHAN
Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) :
Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)
Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU):
Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi Iulusan Unified Examination Certificate (UEC).
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK/SJKC/SJKT) bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU).
______________________
Melihat kepada iklan seperti ini, KPM mesti menarik balik kemasukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Nyata sekali, UEC bertentangan dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996.
Ketika PH memerintah, ada cubaan untuk menghalalkannya. Nasib baik, PH jatuh, jika sudah pasti UEC dihalalkan sepenuhnya, setara dengan SPM.
Kita tidak pernah menolak melarang sesiapapun untuk belajar Bahasa Cina telah bukannya mengajar dalam Bahasa Cina. Pandangan ini dikemukakan oleh Pakar Perlembagaan, Prof Shad Faruqi. Tidak ketinggalan sejarawan ulung, mendiang Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim
Dalam maksud, apa jua bahasa komunikasi seperti Tamil, Mandarin dan bahasa lain boleh diajar dan digalakkan diajar di sekolah sebagai subjek (bahasa).
Walaupun sebelum ini, KPM menjelaskan kemasukan graduan UEC untuk mengikuti PISMP di Institut Pendidikan Guru IPG, adalah bagi memenuhi keperluan dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Program ini sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2011, malah diteruskan ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Kerajaan pada 2012 menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus SPM dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu.
Tahun lepas, dalam pertemuan Perdana Menteri dengan Persatuan Cina (Hua Zhong), Perdana Menteri dengan tegas mengatakan bahawa kerajaan tidak pernah menyatakan akan mengiktiraf UEC.
Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.
UEC adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya bukan sahaja berkiblatkan kepada Taiwan, tetapi juga ditentukan oleh Persatuan Cina tersebut. Ini jelas bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, dengan pengiktirafan UEC ini kita bukan sahaja tidak berlaku adil kepada dasar negara, tetapi juga kepada pelajar-pelajar Cina yang berada dalam aliran kebangsaan, termasuk yang berada di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), yang bertungkus lumus belajar bersama dalam aliran kebangsaan. Tiba-tiba UEC datang menutup peluang itu. Tidakkah kita berlaku zalim terhadap mereka semua?  ISMA WEB





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pengiktirafan-uec-suatu-pengkhianatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 695 hits
The Women Family and Community Development Ministry has provided three additional telephone numbers to facilitate applications for the Bakul Prihatin Negara aid launched by Prime Minister Muhyiddin Yassin on July 15 Its minister Rina Mohd H...
Negara Berhutang Banyak Tetapi Rakyat Menggemis Anwar

Negara Berhutang Banyak Tetapi Rakyat Menggemis Anwar

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 304 hits
Perbelanjaan untuk menangani Covid 19 memaksa negara berhutang dalam jumlah yang menggunung tinggi namun kesannya kepada rakyat hampir tidak kelihatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan ke manakah wan...
Rating 1 Tapi Nevertheless No 1 Bagi Ranking Top 10 Program Tv Netflix Malaysia Negara Lain

Rating 1 Tapi Nevertheless No 1 Bagi Ranking Top 10 Program Tv Netflix Malaysia Negara Lain

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 319 hits
Tak sangka drama mengenai dilema cinta pelajar universiti iaitu Nevertheless rupanya mendapat tempat di hati penonton Rata rata penonton sepertinya tertarik melihat keserasian Song Kang dan Han So hee yang nampak serasi sebagai teraju utama...
Malaysia Perlu Contohi Negara Asia Timur Tangani Krisis Covid 19

Malaysia Perlu Contohi Negara Asia Timur Tangani Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 249 hits
Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid 19 Pakar Ekonomi Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram berkata China Korea Selatan Jepun Taiwan Vietnam dan Laos kini berjaya mengawal penularan pandemik itu Selain di tiga wilayah sek...
Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka

Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 321 hits
Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melaksanakan inisiatif Permohonan boleh dilakukan menerusi empat kaedah Warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan ini boleh memilih mana man...
Jangan Sampai Indonesia Jadi Negara Terakhir Keluar Dari Pandemi

Jangan Sampai Indonesia Jadi Negara Terakhir Keluar Dari Pandemi

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 267 hits
Pakar Epidemiologi dari Universitas Griffith Australia Dicky Budiman mengatakan penyebab tidak membuminya penerapan protokol kesehatan karena tidak adanya figur teladan baik di lingkungan masyarakat atau pun tokoh Ini semakin rumit dengan t...
Tradisi Unik Perayaan Idul Adha Di Berbagai Negara Dunia

Tradisi Unik Perayaan Idul Adha Di Berbagai Negara Dunia

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 337 hits
TAK hanya di Indonesia seluruh umat muslim di dunia juga merayakan Hari Raya Idul Adha dengan tradisi dan ciri khas mereka masing masing Idul Adha adalah salah satu hari raya umat Islam untuk memperingati peristiwa keagaaman yang dilakukan ...
Cubaan Seludup Keluar 1 Tan Ketum Ke Negara Jiran Tumpas

Cubaan Seludup Keluar 1 Tan Ketum Ke Negara Jiran Tumpas

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 357 hits
Azhar Hashim berkata ketum seringkali diseludup ke negara jiran berikutan harga jualannya yang tinggi mencecah RM150 sekilogram PADANG BESAR Cubaan menyeludup keluar lebih satu tan daun ketum bernilai RM21 600 ke negara jiran gagal apabila ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa