Negara Berhutang Banyak Tetapi Rakyat Menggemis Anwar



Perbelanjaan untuk menangani Covid 19 memaksa negara berhutang dalam jumlah yang menggunung tinggi namun kesannya kepada rakyat hampir tidak kelihatan.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan ke manakah wang yang dipinjam tersebut digunakan oleh kerajaan kerana rakyat terpaksa menggemis hanya untuk mendapatkan makanan.
“Kerajaan terpaksa pinjam untuk belanja tetapi mana kesannya? Hospital teruk, penambahan staf tidak seperti dijanjikan. Vaksin walaupun ada peningkatan tetapi begitu lambat dan akhirnya jumlah pesakit amat banyak.
“Kedudukan kewangan negara ini lebih parah berbanding sedekad lalu. Saya menyatakan hutang kita sekarang mencecah RM1.2 trilion. Saya tidak katakan hal ini (hutang) bermasalah kalau dibelanjakan terus kepada rakyat.
“Tetapi rakyat menggemis merata. Nasib baik kita ada ribuan NGO, jentera parti politik, ahli majlis yang bertungkus lumus bekerja. Setiap hari kita lihat rakyat bangkit menjaga (sesama mereka) tetapi jentera kerajaan malap sekali.
“Oleh itu saya tekankan soal hutang, kerana hutang bertambah tetapi kesan kepada rakyat dan peningkatan kegiatan ekonomi masih tidak menentu. Umpamanya kita lihat memo yang dikemukakan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana baru-baru ini.
“Kalau dibiarkan terus malap, satu juta orang akan menganggur,” katanya dalam siaran media di Facebook, malam tadi.
Pengerusi Pakatan Harapan itu jelas tidak berpuas hati dengan peningkatan jumlah kes positif Covid semalam, yang mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 11,079 kes sehari.
Katanya, peningkatan tersebut bukan sahaja kerana kelewatan pemberian vaksin tetapi juga kerana pendekatan yang salah diambil dalam mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega.
“Angka peratus kematian berdasarkan 1 juta orang di Malaysia mencatat angka tertinggi, 2.92%. Angka ini mengatasi banyak negara di dunia.
“Kemudian kita kemukanan cara penyelesaian PPV mega, hebat. Tetapi sekarang 204 petugas di PPV IDCC Shah Alam positif Covid. Kesannya kepada ratusan (rakyat) yang beratur berdamping dengan mereka, perlu dilakukan ujian (saringan Covid).
“Berbanding dengan cadangan kita buat suntikan di klinik doktor kecil di daerah-daerah. Inilah kesan bila manusia itu angkuh dan berdegil. Saya paparkan angka dan ini menunjukkan kenyataan berbeza dengan ucapan pemimpin.
“Keadaan terkawal, berjalan dengan baik, kita negara yang berjaya. Ini kenyataan hambar yang tidak ada keprihatinan akan rasa kesusahan rakyat,” katanya.
Anwar turut mengkritik keadaan di beberapa hospital yang membayangkan sistem kesihatan Malaysia hampir runtuh serta para doktor kontrak yang masih tidak disahkan jawatan sehingga mengurangkan motivasi mereka untuk bekerja.
“Kita tengok kesesakan hospital Kelang. Kalau kita lihat yang dipaparkan, kesusahannya (letak pesakit) sampai ke ruang luar. Ini tekanan kepada barisan hadapan. Masalah berbangkit bagi doktor bertugas pula belum dapat pengesahan jawatan. Saya tidak faham sama sekali kecuaian dan tidak bertanggungawabnya pemimpin kerajaan hari ini.
“Kita lihat (pusat) penilaian Covid 19 di Stadium Melawati. Jumlah pesakit cecah 3,000, beratur berjam-jam. Masalah tak dapat kita kawal,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga turut membidas kerajaan PN yang tidak sedar diri, di tengah-tengah kegagalan menangani Covid 19 tetapi kekal mahu mencatur politik.
Katanya, perubahan politik sepatutnya untuk kebaikan rakyat tetapi PN pula bergelut untuk menempatkan individu dari parti tertentu merebut kuasa tertinggi, yang mengkesamping isu utama penderitaan rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32561

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ada Kualiti Sebagai Pemimpin Negara Kata Ku Li

Anwar Ada Kualiti Sebagai Pemimpin Negara Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 316 hits
Anwar ada kualiti sebagai pemimpin negara kata Ku Li Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kualiti untuk menjadi pemimpin negara Bagaimanapun beliau berka...
Selesa Di Luar Negara Nazri Aziz Tidak Simpati Ketika Rakyat Derita Harungi Covid 19

Selesa Di Luar Negara Nazri Aziz Tidak Simpati Ketika Rakyat Derita Harungi Covid 19

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 260 hits
Sikap Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz yang bersenang senang di Perancis ketika rakyat di kawasannya menderita bergelut pandemik Covid 19 mendapat kecaman banyak pihak Bagi Naib Ketua Cabang KEADILAN Padang Rengas Muhammad Kamil Abdul...
Anwar Ibrahim Saya Bersama Rakan Rakan Rakyat Menuntut Perdana Menter Jika Kilang Dimiliki Saudagar Mahakaya

Anwar Ibrahim Saya Bersama Rakan Rakan Rakyat Menuntut Perdana Menter Jika Kilang Dimiliki Saudagar Mahakaya

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 250 hits
Ini video beberapa hari lepas Tgk DSAI persoalkan apakah kilang dimiliki saudagar maha kaya sehinggakan takut utk menutupnya Byk kali dah aku sebut pasal industri ini kebanyakannya dimiliki Kapitalis OLIGARCHY yg bersedia saman Kerajaan Neg...
Anwar Serah Usul Pastikan Perbahasan Komprehensif Di Dewan Rakyat

Anwar Serah Usul Pastikan Perbahasan Komprehensif Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 236 hits
July 13 2021 Anwar Ibrahim berkata jurang pendapatan semakin melebar sehingga wujud segmen B60 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyerahkan usul untuk perbahasan diadakan pada sidang Dewan Rakyat akan datang bukannya mesyuarat ...
Terkini Sidang Khas Dewan Rakyat Diadakan 5 Hari Mulai 26 Julai Dewan Negara 3 Hari Mulai 3 Ogos Pejabat Pm

Terkini Sidang Khas Dewan Rakyat Diadakan 5 Hari Mulai 26 Julai Dewan Negara 3 Hari Mulai 3 Ogos Pejabat Pm

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 354 hits
Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan tulis Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini
Hanya Mahu Bekerja Demi Rakyat Amp Negara Dengan Seikhlas Hati Hishammuddin

Hanya Mahu Bekerja Demi Rakyat Amp Negara Dengan Seikhlas Hati Hishammuddin

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 239 hits
Petang tadi menerusi Facebook rasmi Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memuat naik satu kenyataan rasmi berhubung pelantikan serta merta Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri Selain daripada beli...
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini