Pengiktirafan Buat Anwar




Minggu lalu, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi menepis tanggapan bahawa Anwar Ibrahim bukan penggantinya.Katanya, apabila berhenti nanti, orang yang akan menggatinya ialah Presiden PKR itu sebagaimana yang telah dipersetujui oleh PH sebelum ini.“Semua orang berhak memberi pendapat, tetapi pendirian saya dalam soal pengganti Perdana Menteri tidak berubah,” jelas Tun Mahathir lagi.Semalam pula, melalui interbiu dengan NST, Tun Mahathir memperakui bahawa Anwar adalah pemimpin yang lebih baik berbanding Najib Razak.Beliau turut mengakui peranan dan sumbangan Anwar sebagai arkitek dalam membentuk PH atau dulunya PR sehingga ia berjaya menjadi gabungan pembangkang yang mantap serta akhirnya berjaya menumbangkan BN dalam PRU14 yang lalu.Tambah Tun Mahathir lagi, Anwar memiliki kualiti kepimpinan yang baik untuk mengetuai PH.Bersama pengiktirafan Tun Mahathir itu, Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mengeluarkan kenyataan seperti di bawah ini:-KENYATAAN MEDIA“Mahathir-Anwar. Serumpun bagai serai, seliang bagai tebu”.Merujuk kepada wawancara eksklusif Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bersama Pengarang Kanan New Straits Times (NST) di Putrajaya yang dipetik oleh akhbar Berita Harian hari ini, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengalu-alukan pandangan ikhlas YAB Perdana Menteri ke atas Presiden KEADILAN YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengakui bekas timbalan beliau itu sebagai seorang yang berpengalaman luas dan merupakan arkitek yang telah membentuk Pakatan Rakyat sekaligus menyerlahkan kepimpinan beliau.Semenjak kemenangan Pakatan Harapan didalam PRU 14 yang lalu, kejayaan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah bertapak selama 61 tahun merupakan satu kejayaan yang tidak terduga.Jelas kejayaan ini tidak datang bergolek tanpa sokongan padu seluruh rakyat Malaysia kepada gabungan parti-parti di bawah panji Pakatan Harapan.KEADILAN akur bahawa kejayaan ini juga tidak mungkin akan wujud tanpa pautan tangan serta strategi ampuh dibawah dua pemimpin besar Tun. Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.KEADILAN sedar bahawa konflik dan sengketa lalu tidak akan pernah menghalang daripada dua tokoh berjiwa besar ini berganding bahu bagi memastikan kepentingan rakyat terus diperjuangkan dan dipelihara bagi memacu negara Malaysia menjadi sebuah negara disegani didunia.KEADILAN sedar ada pihak yang tidak dapat menerima kekalahan lalu dan cuba mananam ranjau atas gabungan erat Mahathir-Anwar ini. KEADILAN menempelak pihak-pihak yang tidak sudah-sudah melaga-lagakan kedua-dua pemimpin besar ini.Sesungguhnya agenda rakus pihak-pihak terdesak itu sangat memualkan dan membelakangkan keutuhan negara hanya kerana ingin terus kembali di tampuk kuasa.Ketika Malaysia sedang melangkah kehadapan dan bangkit dari kemusnahan yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional, KEADILAN dengan sepenuh hati menyeru agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa agar terus memberikan sokongan dan mandat kepada kedua-dua pemimpin ini untuk memacu Malaysia menuju menjadi sebuah negara yang aman, makmur, megah dan berdaulat.KEADILAN berikrar akan menjadi jambatan dan tali ikatan kepada semua pihak bagi memastikan persefahaman dan kerja keras antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar terus diperkukuhkan demi memastikan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dibalas dengan jujur, adil dan saksama.KEADILAN mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang tidak pernah lekang dan jemu menyatakan kepercayaannya kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti beliau nanti.KEADILAN juga ingin memberikan amaran kepada pihak-pihak yang sengaja ingin melihat kemusnahan gabungan Mahathir-Anwar agar berhenti mengadu domba sebaliknya berubahlah menjadi lebih positif demi kepentingan negara kita.Ini adalah masa untuk Pakatan Harapan menabur bakti kepada rakyat. Kami Pakatan Harapan serta gabungan Mahathir-Anwar ini telahpun dipilih dengan penuh air mata dan keringat oleh jutaan rakyat dan akhirnya telahpun beroleh kemenangan pada PRU 14 yang lalu.Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sesungguhnya, tidak semudah itu akan kami lepaskan kejayaan itu. Jika benar anak jantan tunggu hingga tiba masanya dan ayuh beradu lagi di PRU 15.Membujur lalu, melintang patah!Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd AkinKetua Penerangan KEADILAN.Apa yang penting, penegasan Tun Mahathir kali ini bukan saja merupakan suatu pengiktirafan kepada Anwar, tetapi juga seharusnya menutup terus semua sosek-sosek atau keraguan mengenai pengganti Perdana Menteri.Tidak saja pemilihan Anwar sebagai pengganti merupakan persetujuan PH sendiri, malah beliaulah pilihan terbaik dan diyakini di kalangan pimpinan yang ada dalam gabungan itu.Tun Mahathir yakin mengenainya dan pimpinan PH juga sama yakin dengannya.Cuba-cuba mencari atau menonjolkan yang lain sebagai pengganti bukan saja mengingkari janji yang telah dimetrai, yang lebih buruk ia tentunya akan menjerumuskan PH kepada kancah perpecahan yang buta-buta akan memberi kelebihan kelebihan kepada UMNO/BN/Pas merampas semula kuasa.Setelah bersusah payah menumbangkan UMNO/BN pada pilihanraya lalu, perkara itu tentunya bukan merupakan pilihan dan keinginan PH serta Tun Mahathir sendiri.Dalam usia senjanya, tidak berbaloi bagi Tun Mahathir mencipta persengketaan buat kali kedua serta meninggalkan legasi buruk untuk namanya.Sebagai negarawan, beliau akan terus disanjung dan harum namanya sepanjang zaman jika terus memastikan PH kekal berkuasa mentadbir negara ini dengan lebih lama lagi. (Shahbudindotcom 08/04/2019).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/04/pengiktirafan-buat-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Rantau Jangan Takut Calon Bukan Melayu Kata Anwar

Prk Rantau Jangan Takut Calon Bukan Melayu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 543 hits
Tidak ada masalah untuk mana mana bangsa menjadi pemimpin negara asalkan mereka pemimpin yang baik bersih dan tidak mengamalkan rasuah kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau yang mempertahankan pilihan PH meletakkan calon berbang...
Peristiwa Isra Wal Mi Raj Baginda Nabi Muhammad Saw Baba Khairul Anwar

Peristiwa Isra Wal Mi Raj Baginda Nabi Muhammad Saw Baba Khairul Anwar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 350 hits
Majlis Sambutan Memperingati PERISTIWA ISRA Wal MI RAJ BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW SELASA 2 April 2019 Tuan Guru Baba Khairul ANUAR Tempat MATIN Kangar Perlis
Anwar Bersama Warga Iflix

Anwar Bersama Warga Iflix

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 268 hits
Malam tadi sebelum bergegas ke Rantau saya bersama warga iFlix di Midvalley berbicara soal teknologi maklumat dan ruang digital juga tentang halatuju dan masa depan iFlix di Malaysia Pengasas turut bersama dan juga seniwati terkenal
Anwar Supports The Ban On Sale Of Beer At Golf Club

Anwar Supports The Ban On Sale Of Beer At Golf Club

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 308 hits
PKR president Anwar Ibrahim has defended Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun over a ban on the sale of beer at the Seremban International Golf Club saying it is the president s right as a Muslim who does not want to be associated ...
Why Fear Non Malay Candidates Asks Anwar

Why Fear Non Malay Candidates Asks Anwar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 233 hits
Malays should not fear being represented by non Malay elected representatives as long as they are good clean and not corrupt says PKR president Anwar Ibrahim Defending Pakatan Harapan s decision to field an Indian candidate Dr Streram Sinna...
Terkini Sidang Media Tun Dr Mahathir Jawab Isu Azmin Anwar Saya Berhenti Anwar Ambil Alih

Terkini Sidang Media Tun Dr Mahathir Jawab Isu Azmin Anwar Saya Berhenti Anwar Ambil Alih

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 837 hits
Terkini Sidang Media Tun Dr Mahathir Jawab Isu Azmin Anwar Saya Berhenti Anwar Ambil Alih
Dr M Tidak Akan Serah Jawatan Pm Pada Anwar Kata Tok Mat

Dr M Tidak Akan Serah Jawatan Pm Pada Anwar Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 293 hits
April 3 2019 10 23 AMMohamad Hasan berkata Anwar Ibrahim akan kekal sebagai individu paling lama memegang status bakal perdana menteri SEREMBAN Umno mendakwa perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan tugas jawatan perdana m...
Tanya Ngo Kenapa Beri Makan Kepada Pengundi Kata Anwar

Tanya Ngo Kenapa Beri Makan Kepada Pengundi Kata Anwar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 391 hits
April 3 2019 8 22 AMAnwar Ibrahim S Streram dan beberapa pemimpin PKR menikmati hidangan nasi lemak dan capati di Taman Sri Ramai SEREMBAN Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai jamuan yang dihidangkan ketika ...
Dr Mahathir Perlu Lebih Kerusi Di Parlimen Untuk Halang Anwar

Dr Mahathir Perlu Lebih Kerusi Di Parlimen Untuk Halang Anwar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 359 hits
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad memerlukan dua pertiga kerusi dalam Parlimen sebagai langkah menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord