Penghujung January 2021 Catatan 30 Hari Yang Tinggal Kenangan


 As Salam,
Sungguh.
Cepat benar masa berlalu dan meninggalkan kita.Tahu-tahu hari ini kita sudahpun meninggalkan banyak kenangan dan peristiwa yang dilalui.Bulan pertama pada tahun ini, saya mulai dengan pelbagai adegan perpisahan dengan sahabat baik di tempat kerja.Sedih sudah pasti.Tapi inilah realiti kehidupan.Sahabat datang dan pergi dalam hidup kita.Yang tinggal memory untuk dikenang.
Bersama antara sahabat-sahabat baik yang selalu ada waktu saya memerlukan pertolongan.Salah seorang darinya, Kak Imah ( berbaju kuning ) akan meninggalkan kami kerana berpindah ke kampung halaman di Johor. Terasa kehilangan Kak Imah yang sangat baik dan kaya dengan budi baik.Will miss u kak.


Bersama kalangan sahabat meraikan Kak Imah. Untungnya menjadi orang baik seperti Kak Imah, ibaratnya 7 hari 7 malam majlis perpisahan dengannya diraikan.Banyak perkara baik dan bermanfaat saya belajar dari Kak Imah.Terima kasih Kak Imah kerana selalu give positives vibes.I had learn much from you


Blog ini pula semakin hari semakin bersawang nampaknya.huhu.Saya pernah sebut sebelum ini.Yang saya tidak akan menulis hanya kerana saya terdesak atau sekadar untuk update blog.Menulis itu bukanlah benda yang boleh dipaksa-paksa.


Entahlah.Agaknya bila dah semakin menginjak usia, minat saya juga sudah berubah.Dulu zaman remaja dan usia 20-an saya memang kemaruk membaca novel, bertimbun novel itu sekarang tersimpan dalam stor rumah.Masuk zaman menjadi Isteri dan mak-mak, buku ke mana. kita ke mana.Yang ni memang tragis.Tahu-tahu anak-anak kecil yang kita pimpin tangannya ke hulu hilir dulu, yang kita suap makanan dengan tangan kita, kini 3 daripanya sudah berusia belasan tahun.


Dalam tempoh usia 30-an, saya mula mengenali Blog, dan benar-benar aktif sekitar tahun  2011-2017-Kini, ada masa jika ada kelapangan, barulah saya benar-benar berblog.Owhh.saya hampir lupa.Saya sebenarnya sudah punya minat baru sejak bermula PKP pada tahun lepas.Orang kata ini hobi orang-orang tua.Yelah tu kot.haha.Saya mula minat menjadi parents of plant.Kemainnn.


Buka facebook,leka tengok update daripada grup Indoor Plant.Tak heran nak tengok cerita artis atau menonton drama korea di Youtube.Tapi bila saya join grup tu, rupanya mitos tentang hobi menanam pokok dan berkebun tu untuk orang tua, salah sama sekali.Ramai je kalangan ahli grup tu muda-muda dari saya.Yup. sebenarnya its part of hobby.Ada orang lelaki lagi hebat pasal pokok dan menjaga pokok.Kita yang mak-mak ni pulak belajar dari depa.hiks.



Antara koleksi Calathea yang saya minati sejak minat berkebun.Terjebak dengan geng Calatheas yang kemaruk mengumpul koleksi pokok yang berdaun cantik



Kalau ikut perasaan memang nak angkut balik semua pokok time pi nursery.Tapi nasib baik sedar diri.Kita pi nursery sebab orang sponsored, so kenalah pandai ambik hati orang yang sponsored.Karang lain kali siapa lagi nak teman kita pi nursery kann.haha.


Tahun baru pada kali ini buat pertama kalinya saya dan anak-anak tidak ke sekolah.Ah, bukan kami sahaja, entah-entah satu dunia pun macam tu.Pandemik Covid-19 memang sangat melelahkan.Kita yang follow the rules pun letih, apatah lagi mereka yang bekerja di barisan hadapan.Semuanya kena ikut norma baharu.


Termasuklah tugas saya yang dulunya dapat menguruskan urusan pemulangan buku teks dengan mudah, tapi tahun ini perlu kaedah baru.Empat hari 4 malam (kononnya) saya dan rakan team buku teks di sekolah serta dengan bantuan Guru Kelas dan Guru Pembantu, melaksanakan urusan buku teks.Rupanya hikmah disebalik kejadian, sangat istimewa.


Saya bersyukur di saat saya memerlukan bantuan, ramai rakan yang hadir menghulur tangan dan tenaga bagi memastikan urusan berkaitan buku teks berjalan lancar.Semoga Allah terima jariah mereka semua dan mengurniakan mereka kehidupan yang berkat, dipermudahkan urusan dan sihat serta selamat dunia dan akhirat.aaminn.


PDPR Di Rumah
Buat pertama kalinya juga, dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR), saya berusaha menyediakan rakaman video pengajaran saya.Yup, zaman berubah.Kalau dulu telefon tidak boleh dibawa ke sekolah, sekarang sekolah sudah berada dalam telefon!


Apapun, saya bersyukur kerana dengan kemudahan yang banyak, saya sepatutnya dapat menyediakan semua keperluan pembelajaran murid dan anak saya denga sehabis baik.Hakikatnya, saya tak punya alasan pun untuk "mengelat" atau beralasan dalam PDPR saya tahun ini.
Semoga Allah jadikan ini asbab saya mengutip hasil di negeri akhirat nanti.aamin.
Terima kasih Ya Allah, 
atas kesihatan, kesenangan, kemudahan, keselamatan
atas segala kurniaMu yang tidak terhitung.
atas segala hal baik dan hal buruk yang datang dalam hidupku.


Engkaulah sebaik-baik pemberi nikmat, Pelindung dan tempat bergantung.
Sampai jumpa lagi.Hidup ini bukanlah untuk melihat siapa yang paling hebat.Hidup ini adalah untuk melihat siapa yang paling bijak mengurus hidup sebelum mati, siapa yang lebih dahulu meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkan dia.


Notes :Ini entri throwback.Sejak PDPR di rumah, masa berblog semakin mengecil.Masih mengadap laptop, tapi sibuk pula dengan persiapan slide untuk presentation kelas.Doakan saya direzekikan menulis di sini dengan lebih banyak.aamin.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2021/02/penghujung-january-2021-catatan-30-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Pkp 3 0 Dilanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 28 Jun 2021 Ds Ismail Sabri

Terkini Pkp 3 0 Dilanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 28 Jun 2021 Ds Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 398 hits
Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara akan dilanjutkan 14 hari lagi dari 15 Jun sehingga 28 Jun 2021 Jelas beliau keputusan tersebut ...
Sesi Persekolahan Pdpr Dilanjutkan Mulai 13 Jun 2021 Selama 25 Hari

Sesi Persekolahan Pdpr Dilanjutkan Mulai 13 Jun 2021 Selama 25 Hari

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 489 hits
Sesi persekolahan Secara PdPR akan Dilanjutkan selama 25 hari mulai 13 Jun dan 14 Jun 2021 Perkara ini telah diumumkan sebentar tadi oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin melalui perkongsian di siaran langsung sidang media khas...
Cerita Hari Raya 2021

Cerita Hari Raya 2021

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 541 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMasih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan rakan dan pembaca blog aerill com Alhamdulillah tahun ini aku diberi kesempatan untuk beray...
Kenangan Yang Tertinggal Aidilfitri 2021

Kenangan Yang Tertinggal Aidilfitri 2021

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 280 hits
Dari hari ke hari mencari mood untuk cuba menulis di sini Aku rangkumkan kisah dari bulan April hingga Mei 2021 sebagai kenangan yang tertinggal KISAH PERTAMA27 April 2021 Selasa Ibu penat ke Kalau ibu penat ibu tinggalkan je Nuha dekat sin...
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong Xvi 2021

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong Xvi 2021

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 551 hits
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong XVI 2021 Merafak sembah setinggi tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almar...
Selamat Tinggal I Sinar 2021

Selamat Tinggal I Sinar 2021

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 410 hits
Selamat tinggal i sinar 2021 Assalamualaikum dan salam sejahtera Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya kan Sama lah halnya dengan i sinar Ramai penerima bayaran i sinar meluahkan rasa sedih mereka dek kerana bulan ini adalah bul...
Hadith Doa Hari Ini 3 Jun 2021 22 Syawal 1442h Khamis

Hadith Doa Hari Ini 3 Jun 2021 22 Syawal 1442h Khamis

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 380 hits
Hadist Hari Ini Khamis 22 Syawwal 1442 Dari Sayyidina Abu Hurairah berkata Baginda Rasulullah bersabda yang maksudnya Setengah daripada kebaikan keIslaman seseorang ialah apabila ia suka meninggalkan apa apa yang tidak memberikan kemanfaata...
Selamat Tinggal Lee Kwangsoo Jalani Penggambaran Terakhir Sebagai Ahli Running Man Hari Ini

Selamat Tinggal Lee Kwangsoo Jalani Penggambaran Terakhir Sebagai Ahli Running Man Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 495 hits
Selepas 11 tahun akhirnya Lee Kwang soo akan meninggalkan Running Man bagi memberikan perhatian kepada rawatan kakinya akibat kemalangan kecil pada tahun lalu Rata rata peminat dan penonton setia rancangan itu nyata hampa dan sedih apabila ...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Pa Yang Multitasking

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu