Penggunaan Kalimah Allah Oleh Penganut Agama Bukan Islam


SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR AL-HAJ  KALIMAH ‘Allah‘ merupakan nama yang khusus kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam. Nama ‘Allah’ ini diberi oleh diri-Nya, bukan berasal daripada mana-mana akar kata, tetapi kata nama khas yang merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang disembah oleh umat Islam. Firman Allah S.W.T dalam surah Taha ayat 14 yang bermaksud: 
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.”
Apabila timbul kembali isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan pada tuhan yang lain daripada maksud yang sebenar, saya merasa amat dukacita kerana perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian Bangsa Johor yang hidup bermuafakat di dalam satu negeri. Adalah perlu sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama ini diambil kira dalam apa jua keputusan atau penghakiman kerana isu-isu sensitif ini sangat dekat di hati saya selaku Ketua Agama Islam di Negeri Johor khususnya apabila isu tersebut berkait rapat di dalam ruang sempadan agama Islam.
Fatwa Negeri Johor yang telah diwartakan oleh Kerajaan Johor pada 4 Jun 2009 secara jelas menyatakan bahawa ‘Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan-Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.’ Fatwa ini bermaksud penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan-Islam yang tidak bertepatan dengan maksud yang sebenarnya sebagaimana ajaran agama Islam adalah sama sekali tidak boleh dan tidak dibenarkan. Di Negeri Johor, kita juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan-Islam kecuali dalam keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh perundangan.
Selaku Ketua Agama Islam di Negeri Johor, saya menyeru kepada Kerajaan Persekutuan agar meneruskan rayuan dalam prosiding ini. Malah, saya akan mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan ini.
“Muafakat itu berkat. Kepada Allah berserah”
(*) SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR AL-HAJ
Sultan Johor – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/penggunaan-kalimah-allah-oleh-penganut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganut Kristian Boleh Guna Kalimah Allah Dalam Penerbitan Agama Mahkamah Tinggi M 039 Sia

Penganut Kristian Boleh Guna Kalimah Allah Dalam Penerbitan Agama Mahkamah Tinggi M 039 Sia

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 171 hits
Images KONGSI ARTIKEL KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan
Cadangan Dialog Islam Kristian Berkait Kalimah Allah Tepat Kata Zaid

Cadangan Dialog Islam Kristian Berkait Kalimah Allah Tepat Kata Zaid

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 334 hits
Zaid Ibrahim berkata isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam memerlukan penyelesaian secara muhibah dan konsensus PETALING JAYA Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim menyifatkan cadangan dialog antara sarjana Islam dan Kristi...
Isu Kalimah Allah Perpecahan Umat Islam Negara Jadi Punca

Isu Kalimah Allah Perpecahan Umat Islam Negara Jadi Punca

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 181 hits
PERPECAHAN dan tidak sehaluan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di negara ini dikatakan menjadi punca kepada isu kalimah Allah Sebaliknya penganut agama Kristian pula dilihat bersatu dalam memperjuangkan penggunaan kalimah Allah dalam ...
Mahkamah Tinggi Putuskan Penganut Kristian Sabah Sarawak Boleh Guna Kalimah Allah

Mahkamah Tinggi Putuskan Penganut Kristian Sabah Sarawak Boleh Guna Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu untuk mendidik ahli dalam komuniti mereka Keputusan itu dibuat Hak...
Hadi Islam Tak Halang Orang Lain Guna Kalimah Allah

Hadi Islam Tak Halang Orang Lain Guna Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 289 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al Quran Sambil menyatakan rasa kesalnya bahawa kerajaan Umno BN menja...
Kahwin Campur Agama Tiada Kaitan Dengan Kalimah Allah Berhenti Berbohong Lah Ustaz

Kahwin Campur Agama Tiada Kaitan Dengan Kalimah Allah Berhenti Berbohong Lah Ustaz

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 135 hits
March 19 2021 Tadi ada seorang sahabat share video Ustaz yang suka melebong Melawak dan menyanyi dalam Kuliah Dia Bagi tahu Tengok Indon sana Sebab benarkan Kalimah Allah berapa ramai yang Kahwin Campur tak kira Muslim atau tidak Lagi teruk...
Salah Dap Penganut Kristian Dibenar Guna Kalimah Allah

Salah Dap Penganut Kristian Dibenar Guna Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 316 hits
JIKA ada pihak yang perlu dipersalahkan oleh pihak pihak lain tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian maka orang itu mungkin adalah dua pemimpin DAP iaitu Dr Abdul Aziz Bar...
Jangan Larang Orang Bukan Islam Sebut Tulis Kalimah Allah Seru Hadi

Jangan Larang Orang Bukan Islam Sebut Tulis Kalimah Allah Seru Hadi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 298 hits
Abdul Hadi Awang mengakui memang terdapat agama selain Islam yang menggunakan kalimah itu walaupun tidak boleh mencapai maksud asalnya kerana kepercayaan yang bercanggah PETALING JAYA Orang bukan Islam termasuk yang melantik banyak Tuhan at...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman