Kahwin Campur Agama Tiada Kaitan Dengan Kalimah Allah Berhenti Berbohong Lah Ustaz
March 19, 2021 Tadi ada seorang sahabat share video Ustaz yang suka melebong,Melawak dan menyanyi dalam Kuliah , Dia Bagi tahu, Tengok Indon sana, Sebab benarkan Kalimah Allah berapa ramai yang Kahwin Campur tak kira Muslim atau tidak.. Lagi teruk Ustaz tu kata,Gempa Bumi, Bencana Negara tu disebabkan perbuatan membenarkan Kalimah Allah ini..
Ni nak Bagi tahu Ustaz Jahil di Manjoi tu.. Di India, Banyak berlaku perkahwinan campur.. Antara Hindu dan Muslim.. Ramai dari Pelakon filem Bollywood pun sama amalkan perkahwinan Campur.., seolah olah sana mengamalkan Pluralisme.. Apakah Kitab Hindu, Kuil dan Tok sami depa guna Kalimah Allah ? jawapannya tidak… Jadi apa hakikatnya ?
Apakah baru baru ini Perkahwinan anak kenamaan dengan Pemain hoki India di Gurdwara Sikh disebabkan Kalimah Allah ? Tidak.. Apakah yang dangkal sangat Ustaz ni..Nasib takda Tok Sami, Paderi kata banyak Negara Islam mundur dan Miskin sebab Islam..
Hakikatnya di Indonesia.. Berlakunya perkahwinan campur disebabkan Sosio Budaya sesuatu tempat.. Di Indonesia sebagai contohnya.. Melayu disana belum tentu Muslim, Jawa di sana belum tentu Islam.. Malah Dasar Pancasila juga ada kelemahan bilamana ada keturunan Tionghua menggunakan nama suku dan etnik di Indonesia..
Seperti Gabenor Jakarta dulu yang dikenal dengan panggilan Ahok, Nama sebenarnya basuki tjahaja purnama, Dia Kristian walaupun belajar di Pesantren.. Tu sebab si Zakir Naik bila datang Indon dia kritik Aqidah Ummat Islam Indonesia disebabkan Perkahwinan Campur tanpa dia sedar diri, ia juga berlaku di India.. Apa yg dia lakukan ?
Ramai di Indonesia biarpun dengan nama jawa, Melayu tetapi mereka itu Kristian.. sama dengan Iban,Bajau atau Melayu di Sarawak dan Sabah..Di dalam satu rumah ,satu keluarga kadang2 berbeza Agama.. sebabnya Sosio Budaya itu berbeza…
Begitu jugalah di India.. Ada India yang Muslim dan Tidak biarpun Depa satu rumpun satu bahasa.. sebab apa ? Kita bersyukur Alhamdulillah, 99% Melayu adalah muslim, Jawa adalah Muslim..bugis adalah muslim..Takrifan melayu di Malaysia adalah muslim….
Realiti kita di semenanjung Sosio Budaya berbeza dengan Indonesia,Hatta dengan Sabah dan Sarawak.. Ada ketika seperti aku tulis sebelum ini.. bila ada pemisahan sistem pendidikan, meraikan Budaya tulisan dan Bahasa pelbagai Kaum..ada juga sudut Positifnya.. bayangkan Negara kita amalkan Pancasila seperti Indonesia..? Inilah Waqi’ dan Uruf kita di Malaysia..
Itu sebab dalam Quran, Ketika Allah befirman menyentuh tentang Bangsa,Suku kaum Allah sebut لِتَعَارَفُوا ۚ Untuk Kamu kenal mengenal..
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ ..
” Wahai manusia, sesungguhnya Kami..menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. ”
Ni Nak bagi tahu, Ustaz tu pernah baca tak Kisah Murtad melibatkan Sahabat dan Pejuang Islam ? salah satunya cerita Abdah bin Abd rahim yang tergoda dan jatuh cinta kepada Wanita Nasrani dari Rom.. Kisah ini pernah disampaikan Ibnu jauzi..Disebutkan dalam Bidayah Wal Nihayah..
Maka ketika tentera Muslimin berjaya mengepung kawasan dan benteng Tentera Rom , dan mendapati Abdah Bin Abd Rahim ada bersama dengan wanita tersebut bersama tentera Kristian.. Apa kata tentera Muslim kepada Abdah Abd Rahim ?
فقالوا:
يا فلان ما فعل قرآنك ؟ ما فعل علمك ؟ ما فعل صيامك ؟ ما فعل جهادك ؟ ما فعلت صلاتك ؟
Dan Telah bertanya kepada Abdah,
” Apa Yang telah terjadi terhadap Quran yang kamu hafaz..? Apa yang terjadi dengan Ilmu kamu ? Apa Yang Terjadi dengan Puasa Kamu ? Dan apa yang jadi dengan Jihad kamu ? Apa yang Jadi dengan Solat Kamu ? ( Yang membuat Kamu Tergoda)”
Jadi soal Perkahwinan ini soal ujian Cinta dan Wanita.. Sebagai contoh ramai pengikut Rasul Melayu, atau Ayah Pin dari kalangan sarjana cerdik pandai dan lulusan Al Azhar..Bukan orang biasa.. Jadi Takda kena mengena dengan Kalimah Allah berlakunya Perkahwinan Campur..Itu sebab Allah ingatkan kita, jangan kata kita Beriman, jika tidak diuji..
Ustaz pun kalau nak tunjuk semangat sangat Pertahankan Islam da Kalimah Allah pun..Mengaji lah bagi habis.. berhujjah lah atas dalil dan Ilmu..Sampaikan Bencana, gempa Bumi pun dikatakan sebab kesalahan Aqidah..Sama dengan tuduhan Dusuki ketika Bencana gempa bumi di Palu dikaitkan dengan perbuatan Syirik…
Cuma aku nak tanya Ustaz tu.. Kenapa Allah datangkan bencana Tsunami di Acheh..Tempat Ummat Islam dan ramainya orang Alim..Tidak di Bali Tempat Hiburan dan Segala penyembahan Berhala.. Apakah Sebab Islam atau Kalimah Allah ker ?
Ipohmali
Tazkirah Zohor
18 Mac 2021
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/03/kahwin-campur-agama-tiada-kaitan-dengan.html