Penggunaan Bahan Terlarang Produk Murah


Penggunaan bahan terlarang produk murah| Istilah produk murah merujuk kepada produk-produk yang terdapat di pasaran, dijual kepada pengguna, dibangunkan tanpa kajian mendalam dan mengabaikan aspek keselamatan kepada pengguna serta ketidakpatuhan kepada perundangan sedia ada. Selain itu, punca utama lambakan produk murah di pasaran adalah kerana dicipta dengan tujuan mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan betapa bahayanya risiko dan kesan jangka panjang kepada pengguna. Produk murah boleh terkait apa jua produk yang terdapat di pasaran tempatan, namun pada entri kali ini, saya hanya fokuskan kepada produk murah yang melanggar peraturan farmaseutikal sahaja.


Isu ini telah dibangkitkan berkali-kali oleh segelintir pakar perubatan namun tahap kesedaran pengguna masih membimbangkan apatah lagi, keberkesanan strategi pemasaran yang dijalankan oleh segelintir "founder" mengakibatkan kebanyakan pengguna dangkal sentiasa terdedah terhadap bahaya tersebut. Maka secara tidak langsung, mereka yang telah terdedah akan membantu mendedahkan orang lain pula kepada risiko produk murah tersebut. Pengetahuan saya berkenaan topik ini tidak setinggi mana, namun atas kapasiti dan kemampuan yang saya ada, saya akan cuba menyedarkan masyarakat bahawa tidak semua produk itu selamat digunakan. Usah percaya kepada sesuatu produk dengan membabi buta tetapi semak terlebih dahulu melalui saluran yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Link)
Produk murah yang dikesan mengandungi bahan terlarang terdiri daripada produk kosmetik, jamu dan pil, produk minuman, pil kurus badan, produk kuat lelaki dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, jabatan farmasi sentiasa melakukan pemantauan berterusan terhadap produk-produk yang terdapat di pasaran. Melalui tanggungjawab saya di seksyen baharu, analisa yang dijalankan mendapati, pengabaian aspek keselamatan kepada pengguna memang benar dan wujud namun sekiranya pengguna sedia kekal untuk memerlukan produk-produk tersebut, maka rantaian pengeluaran produk tersebut tidak akan pernah terhenti. Hasilnya, lahirlah jutawan-jutawan muda yang berbekalkan kaedah promosi berkesan dan menyakinkan tanpa memikirkan kesan kepada pengguna

Sebagai contoh, sibutramine telah banyak dikesan dalam produk menguruskan badan. Bahaya sibutramine kepada pengguna adalah jelas. Ianya boleh menyebabkan mulut kering, anoreksia, insomnia, sembelit dan sakit kepala. Malah lebih teruk lagi, pengguna akan halusinasi, demam, gegaran, refleks yang terlalu aktif, loya, muntah-muntah, cirit-birit serta banyak lagi kesan buruk kepada pengguna. Manakala, dexamethasone dikesan pada produk kosmetik yang mampu memberikan kesan bahaya segera dan jangka panjang kepada kulit manusia. Bagaimana pula dengan produk seperti pil jamu dan maajun tanpa maklumat kandungan dan deskripsi jelas pada bungkusan produk. Ianya sangat berisiko kepada pengguna

Bahaya awal dexamethasone yang biasa terjadi kepada pengguna adalah seperti senarai dibawah:Loya, Muntah Perut tidak selesa Bengkak (edema) Sakit kepala , Pening Perubahan mood, seperti kemurungan, perubahan mood, atau perubahan personaliti Masalah tidur Kebimbangan Paras kalium yang rendah (menyebabkan gejala seperti keletihan) Tekanan darah tinggi Masalah penglihatan Penglihatan kabur
Sememangnya sangat sukar untuk melakukan pemantauan terhadap beribu jenis produk murah yang muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan memandangkan kos penghasilannya sangat murah dan mudah. Tambahan lagi, masyarakat di negara ini tidak menggunakan saluran yang betul semasa membuat andaian berkenaan sesuatu produk. Pengguna digalakkan membuat laporan kepada bahagian farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukan mengadu kepada mahkamah awam di media sosial dan sebagainya. Seharusnya, berhenti menggunakan produk murah yang disyaki mengandungi bahan terlarang melainkan telah disahkan selamat digunakan oleh pihak bertanggungjawab. Tiada pembeli, tiada penjual, ini adalah "nature of business"

Saya memahami bahawa pengguna mahu keputusan dengan kadar segera berkenaan produk apa yang merbahaya kepada pengguna. Sekali lagi, ianya sangat sukar memandangkan produk ini dipasarkan melalui kaedah promosi yang berkesan. Pengguna mudah terpedaya dengan janji "founder" sebelum analisa dijalankan kepada produk oleh pihak bertanggungjawab. Telah terbukti produk sedia ada yang lulus pemeriksaan juga terbabit dalam penyalahgunaan bahan terlarang merkuri atau hydroquinone. Justeru, kesedaran pengguna terhadap bahaya menggunakan produk terlarang harus dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Pilihan lain sentiasa ada kepada pengguna. Murah atau mahal sesuatu produk bukan isunya. Apa yang penting, keselamatan kepada pengguna. Wallahualam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bilalelakiberbicara.com/2018/09/penggunaan-bahan-terlarang-produk-murah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Irisa Cosmetics Fenomena Terbaru Produk Berasaskan Tumbuhan Dan Bahan Semulajadi

Irisa Cosmetics Fenomena Terbaru Produk Berasaskan Tumbuhan Dan Bahan Semulajadi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 658 hits
IRISA COSMETICS FENOMENA TERBARU PRODUKBERASASKAN TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADIPada hujung minggu yang lalu AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran bagi memperkenalkan jenama Irisa Cosmetics bertempat di Black Box Publika ...
Lagi Banyak Kita Sayang Dan Hormat Isteri Lagi Murah Rezeki Dan Kebahagiaan Kita

Lagi Banyak Kita Sayang Dan Hormat Isteri Lagi Murah Rezeki Dan Kebahagiaan Kita

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 893 hits
Lagi banyak kita sayang dan hormat isteri lagi murah rezeki dan kebahagiaan kitaKebahagiaan rumah tangga perlu dijaga dan dipupuk sentiasa Awal perkahwinan biasa banyak berlaku ketidaksefahaman namun boleh ditangani sekiranya kedua dua piha...
Senarai Hotel Murah Di Melaka

Senarai Hotel Murah Di Melaka

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 539 hits
Melaka adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia Ia sentiasa dikunjungi pelancong tempatan terutama ketika musim cuti sekolah dan juga popular di kalangan pelancong dari seluruh dunia Di samping banyak tempat bersej...
Urus Perniagaan Dengan Mudah Guna Sistem Online Paling Murah Dan Mudah

Urus Perniagaan Dengan Mudah Guna Sistem Online Paling Murah Dan Mudah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 502 hits
Macam mana anda uruskan perniagaan anda sekarang Tak kisah samada perniagaan kecil atau besar sikit dari kecil Juga tak kisah samada anda buat bisnes secara fulltime atau secara parttime Yang pentingnya kalau anda ada membuat jualan sesuatu...
Berniat Beli Speaker Bluetooth Ini Tips Nya Agar Dapat Speaker Bagus Dan Murah

Berniat Beli Speaker Bluetooth Ini Tips Nya Agar Dapat Speaker Bagus Dan Murah

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 482 hits
Setiap kali berbelanja tentu saja kita ingin mendapatkan produk produk yang berkualitas dan awet serta tahan lama tapi berharga murah bukan Namun sayang tidak mudah menemukan produk produk yang berkualitas dan dijual dengan harga murah atau...
Butter Chicken Murah Di Shah Alam Food Rush Cafe

Butter Chicken Murah Di Shah Alam Food Rush Cafe

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 1670 hits
Assalammualaikum dan hai semua Hari ini Neeza nak berkongsi dengan anda semua tempat makan yang murah untuk anda nikmati sajian butter chicken yang mana ia adalah menu kesukaan Neeza Suka sangat sangat Tapi sekarang ini Neeza sedang alami s...
Kenapa Bayar Lebih Ketahui Tips Mendapatkan Insurans Kenderaan Dengan Harga Murah

Kenapa Bayar Lebih Ketahui Tips Mendapatkan Insurans Kenderaan Dengan Harga Murah

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 574 hits
Setiap daripada kita rasanya mempunyai kenderaan sendiri sekurang nya motorsikal Dan pastinya korang wajib mempunyai Insurans kenderaan bagi membolehkan korang menghidupkan Cukai Jalan ataupun Road Tax bagi membolehkan kenderaan korang berj...
Sesi Cantikkan Kuku Manicure Pedicure Murah Di Damansara

Sesi Cantikkan Kuku Manicure Pedicure Murah Di Damansara

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 517 hits
Sesi Cantikkan Kuku Manicure Pedicure Murah Di Damansara Dah lama beritahu hubsbaby kita nak buat manicure pedicure ni Sebab kuku kaki mummy jenis susah nak kilat walau setiap hari berus Nak buat pedi sendiri memang idoklah rajin haha Dedul...
Dpr Simplikafikasi Perlu Diterapkan Agar Asing Tak Lagi Bayar Cukai Murah Di Ri

Dpr Simplikafikasi Perlu Diterapkan Agar Asing Tak Lagi Bayar Cukai Murah Di Ri

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 354 hits
Anggota Komisi XI DPR Amir Uskara mengatakan Selama ini pabrikan pabrikan rokok asing kerap memanfaatkan celah aturan cukai sehingga bisa membayar tarif cukai lebih rendah Namun dengan kebijakan ini diharapkan celah tersebut bisa dihilangka...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B