Penggunaan Baby Wipes Perlu Dielakkan Jika Air Masih Ada Ini Penjelasan Ustaz


Senang betul guna baby wipes, cepat dan mudah nak lap baby masa tukar pampers. Tapi sedarkah papa mama semua, penggunaan baby wipes perlu dielakkan jika sumber air yang mengalir masih ada. Jika papa mama nak guna baby wipes, selepas itu harus menggunakan air yang mengalir

Kadang-kadang bukan tak tahu tapi terlupa tentang hukum. Benda-benda instant nampak memudahkan papa mama tapi haruslah mengikut landasan agama yang telah ditetapkan. Perkongsian dari facebook Ustaz Syed Shahridzan boleh dijadikan panduan dan peringatan kepada papa mama semua.
HUKUM GUNA TISU BASAH (BABY WIPES)
Ustaz..mohon bg penerangan tentang mengelap kotoran dengan wet tissue boleh tak? Sebab ramai kaum ibu yang guna sewaktu tukar pampers bayi…terutama sewaktu musafir. Terima kasih banyak2 ustaz.
JAWAPAN:
Mengelap kotoran yang dalam kategori najis dengan tisu basah(baby wipes) mesti dielakkan ia tidak menepati syarat-syarat penyucian sesuatu dari najis.
Najis bayi (selain mukhaffafah) termasuk dalam kategori najis mutawassitah yang mana syarat pembersihannya mestilah menghilang ain(objek) dan seluruh kesan-kesannya iaitu bau warna dan rasa.
Syarat Penyucian
Syarat penyucian najis mutawassitah jika melibatkan air yang sedikit mestilah air itu bersifat mendatang(curah) kepada najis tidak kira dari arah mana sekalipun. Ini bermakna benda yang bernajis tidak boleh direndam ke dalam air yang sedikit, maka proses penyucian tidak sah. Perkara ini disebut di dalam kitab-kitab fiqh antaranya “Taqrirat Sadidah”:
أن يكون الماء واردا غير مورد، أي يرد الماء على النجاسة لا العكس.
Maksudnya: “Air itu hendaklah mendatangi bukan ia didatangi, iaitu air mendatangi ke atas najis bukan sebaliknya”.
.
Syarat lain yang mesti dipenuhi untuk menyucikan sesuatu benda dari najis mutawassitah adalah air itu mestilah bersifat mengalir sepertimana disebut di dalam kitab ‘al-Yaqut al-Nafis:
بجري الماء على ما تنجس بها
Maksudnya: “Dengan mengalirnya air ke atas seuatu yang ternajis dengannya(najasah)”.
Satu lagi syarat yang wajib dipenuhi menurut mazhab Syafi’ie adalah membersihkan sesuatu dari najis dengan air mutlak(air paip dan seumpamanya). Tidak boleh menggunakan air yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun, clorox dan seumpamanya. Perkara ini disebut di dalam kitab “Matan Abi Syuja'”:
وطاهر غير مطهر وهو الماء المستعمل والمتغير بما خالطه من الطاهرات
Maksudnya: “Jenis air yang suci tetapi tidak menyucikan iaitu air mustakmal dan air yang berubah sifatnya dengan bercampur dengan bahan-bahan yang suci”.
Berbalik kepada isu baby wipes, jelas ia tidak menepati syarat-syarat di atas. Ini kerana meskipun tisu itu basah tetapi sifat air itu tidak mengalir ke atas benda yang bernajis, malah tisu itu hanya sekadar basah, iaitu jika diperah sekalipun ia tidak mengalirkan air.
Syarat lain yang tidak ditepati oleh baby wipes ialah air yang digunakan bukan terdiri dari air mutlak. Ini kerana basahan tisu itu terdiri dari cecair yang bercampur dengan bahan kimia dan bukannya tulus air mutlak(air paip dll).
Cadangan
Cadangan yang terbaik, boleh menggunakan baby wipes untuk membersihkan sesuatu yang bernajis seperti kemaluan bayi, tetapi setelah menggunakan ia maka mesti dibilas dengan air mutlak yang mengalir ke atas sesuatu anggota atau benda sehingga hilang kesan-kesan najis.
.
Jika proses tersebut hanya bergantung kepada baby wipes sahaja tidak diiringi dengan bilasan, maka proses penycuian tersebut dikira tidak sah dan bayi itu terus dalam keadaan menanggung najis.
Sebagai maklumat tambahan, maksud air mengalir adalah air yang diletakkan atas sesuatu benda atau anggota, kemudian ia mampu mengajir. Sebagai contoh air di’spray’ ke atas sesuatu benda atau anggota sehingga ia nampak mengalir di atasnya. Perkara ini ada dinyatakan oleh Imam Nawawi berkenaan maksud air yang mengalir di dalam al-Majmuk, iaitu tidak sah berwuduk dengan air salji yang beku kerana ia tidak mengalir maka hendaklah salji itu dicarikan dahulu, namun jika salji itu ditekap atas anggota yang panas lalu salji itu cair(mengalir), maka sah wuduk itu.
Fakta tambahan selepas 2 jam artikel ini dikeluarkan:
Dalam mazhab syafiie ada satu hukum khusus yang dinyatakan iaitu التضمح بالنجاسة iaitu meletakkan sesuatu dengan najis atau membiarkan sesuatu itu dalam keadaan bernajis hukumnya ada haram. Menurut ulama syafi’iyyah lagi sesuatu benda yang digunakan untuk dimanfaatkan oleh manusia atau mana-mana anggota badan manusia dibiarkan dalam keadaan bernajis meskipun bayi sekali pun (yang tidak solat) dan tidak disucikan maka tidak boleh dibiarkan dalam keadaan bernajis. Ini kerana ia adalah berbuatan yang menjijikkan dan jauh dari falsafah kebersihan yang dititik beratkan oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan yang tidak terdesak, perkara sebegini tidak sepatutnya diambil mudah.
Namun tidak dinafikan perkara seperti urusan bayi tidak lari dari keperluan mendesak seperti musafir, jalan jauh dan sakit, jika ia dalam keadaan terdesak sebegini maka ia dibolehkan (baby wipes) dan tidak termasuk hukum haram sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Syubramallisi di dalam hasyiahnya(karangan). Jadi masalah penyucian anggota bayi bukan hanya kaitan bayi itu wajib solat atau tidak tetapi atas alasan-alasan yang disebut di atas.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Sumber: Syed Shahridzan
The post Penggunaan Baby Wipes Perlu Dielakkan Jika Air Masih Ada! Ini Penjelasan Ustaz appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/penggunaan-baby-wipes-perlu-dielakkan-jika-air-masih-ada-ini-penjelasan-ustaz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ingat Lagi Baby Comel Kacukan Terengganu Dan Russia Ini Ini Gambar Dan Video Terbarunya Yang Terlajak Comel

Masih Ingat Lagi Baby Comel Kacukan Terengganu Dan Russia Ini Ini Gambar Dan Video Terbarunya Yang Terlajak Comel

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 614 hits
Dhuhaa Sophea adalah hasil cinta istikharah antara dua benua yang berbeza Ibunya berasal dari Terengganu dan ayahnya pula seorang warga Russia dan kini mereka sekeluarga menetap di Sweden Sekarang Dhuhaa makin membesar bijak dan makin comey...
Ada Lafadz Allah Di Sepatu Air Max 270 Ini Penjelasan Nike

Ada Lafadz Allah Di Sepatu Air Max 270 Ini Penjelasan Nike

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 269 hits
Ribuan orang menuntut perusahaan raksasa pakaian olahraga Nike atas tuduhan bahwa desain sepatu Air Max 270 nya yang paling menyinggung umat Islam Hal itu sebagaimana dikutip dari situs Fox News pada Kamis merupakan buntut dari penampakan l...
Takkan Dah Terhantuk Masih Tak Terngadah

Takkan Dah Terhantuk Masih Tak Terngadah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 327 hits
1 Kemenangan besar UMNO Barisan Nasional atau BN pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang berlangsung semalam hari Sabtu 26hb Januari adalah bukti bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakyat 2 Sudah beberapa kali saya mengingatkan ji...
Program Rebat Bil Elektrik Rm40 Lebih 140 Ribu Isi Rumah Masih Belum Daftar

Program Rebat Bil Elektrik Rm40 Lebih 140 Ribu Isi Rumah Masih Belum Daftar

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 676 hits
Dalam Belanjawan 2019 kerajaan mengumumkan rebat elektrik RM40 membabitkan peruntukan RM140 juta kepada lebih 200 000 pengguna Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini bermula pada 1 Januari sehingga 31 Disember 2019 Menerusi Kosmo Online hari i...
Ramai Sangka Aprena Manrose Masih Single Tapi Silap Lelaki Kacak Inilah Imam Keluarganya

Ramai Sangka Aprena Manrose Masih Single Tapi Silap Lelaki Kacak Inilah Imam Keluarganya

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 1788 hits
Memiliki rupa paras yang cantik dan tubuh badan langsing pelakon Aprena Manrose sering dilabelkan sebagai anak dara dek personalitinya Tapi tahukah korang sebenarnya anak jati negeri Kelantan itu sudah bergelar isteri kepada usahawan Mohd A...
Laporan Kajian Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Masih Belum Siap

Laporan Kajian Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Masih Belum Siap

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1295 hits
GEORGETOWN Kerajaan negeri belum menerima laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut yang dibuat pemaju projek mega berkenaan Zenith Construction Sdn Bhd Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri hanya akan menerima lapor...
Tambadau Masih Mencari Pemain Import

Tambadau Masih Mencari Pemain Import

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 268 hits
TAMBADAU MASIH MENCARI PEMAIN IMPORTPeter Anthony pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi Pasukan Bola Sepak Sabah dan Pengenalan Pemain Musim 2019 di Kota Kinabalu Gambar SNT Mohd Adam ArininKOTA KINABALU 27 Jan Pasukan Bola Sepa...
Tembus Rp 4 418 Triliun Masih Bisakah Utang Pemerintah Turun

Tembus Rp 4 418 Triliun Masih Bisakah Utang Pemerintah Turun

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 190 hits
Ekonom Faisal Basri mengatakan utang pemerintah yang terus meningkat sebenarnya masih bisa dikurangi Syaratnya kemampuan penarikan pajak harus terus ditingkatkan
Skmm Kami Maklum Masih Ada Pelanggan Yang Masih Belum Menerima Naik Taraf Kelajuan Internet

Skmm Kami Maklum Masih Ada Pelanggan Yang Masih Belum Menerima Naik Taraf Kelajuan Internet

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 218 hits
Pada tahun lepas kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian sekaligus membawa kepada penurunan harga jalur lebar Selari dengannya juga beberapa syarikat jalur lebar telah mengumumkan naik taraf kelajua...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids