Pengguna Keliru Pakej Keluarga Malaysia Perlu Diselaraskan Segera


Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat kerana mewujudkan Pakej Keluarga Malaysia yang mana ianya adalah satu inisiatif yang amat baik untuk membantu meringankan beban pengguna komunikasi dan multimedia secara tersasar dalam mengharungi kehidupan digital yang akan berterusan akibat Pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, dengan kewujudan pelbagai pakej – pakej lain yang ditawarkan di bawah Pakej Keluarga Malaysia ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. CFM sebagai sebuah forum yang bertanggungjawab untuk mengutamakan hak pengguna ingin menyarankan kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat agar dapat menyeragamkan setiap Pakej Keluarga Malaysia supaya pakej – pakej ini dapat dinikmati dengan mudah oleh rakyat Malaysia tanpa membebankan mereka di masa hadapan.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu segenap golongan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa, pelbagai pakej diwujudkan di bawah Pakej Keluarga Malaysia. Antaranya adalah :
Pakej Peranti Keluarga Malaysia yang dapat membantu keluarga mendapatkan peranti yang bersesuaian dengan perbelanjaan seisi keluarga;
Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang akan membantu pembelajaran atas talian kepada semua remaja dengan data Internet yang diberikan oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat dan;
Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia yang akan membekalkan tablet untuk siswa B40 dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan terpilih menjelang suku kedua 2022 yang akan membantu melancarkan aktiviti pembelajaran siswa.

Pada pandangan CFM, pakej – pakej ini adalah amat bertepatan dengan kehendak pengguna pada masa kini. Namun, antara kekeliruan yang timbul di pihak pengguna adalah, sebagai contoh, kewujudan pakej yang memberikan tawaran yang sama tetapi dengan nama yang berbeza dan ini perlulah diselesaikan segera. Begitu juga dengan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, setiap penyedia perkhidmatan dilihat memberikan tawaran yang sedikit berbeza antara satu sama lain seperti penawaran aplikasi permainan yang tidak terdapat di pakej penyedia perkhidmatan yang lain. Bagi memudahkan pengguna untuk mengambil pakej yang ditawarkan agar ianya dapat meringankan beban mereka, CFM menyarankan agar tawaran ini dapat diseragamkan seperti mengeluarkan kriteria yang sama bagi setiap pakej untuk memudahkan pengguna memahami pakej – pakej yang ditawarkan dengan lebih mudah.

“Pakej Keluarga Malaysia haruslah diseragamkan bagi memudahkan pengguna dalam memilih dan seharusnya tidak mengelirukan pengguna dalam memilih pakej – pakej inisiatif kerajaan berdasarkan tawaran penyedia perkhidmatan. Penyedia perkhidmatan juga seharusnya memastikan pengguna memahami terma dan syarat agar ianya tidak membebankan pengguna terutamanya pengguna B40 dengan memaklumkan jika ada sebarang caj pelanggaran kontrak atau caj – caj tersembunyi yang bakal pengguna terima.” Kata Timbalan Pengerusi CFM, Encik Mohamad Yusrizal Dato' Hj. Yusoff.

Encik Mohamad Yusrizal Dato' Hj. Yusoff
CFM berpendapat bahawa pengguna seharusnya dapat menggunakan pakej – pakej dari inisiatif kerajaan tanpa sebarang syarat tersembunyi serta maklumat penting yang perlu difahami oleh setiap pelanggan kerana tujuan utama pakej ini diwujudkan adalah untuk membantu rakyat Malaysia. Kepada pengguna komunikasi dan multimedia, CFM menyarankan untuk memeriksa setiap tawaran bagi setiap pakej dan memahami semua terma & syarat serta memilih tawaran pakej yang sesuai dengan penggunaan anda.

Bagi memeriksa setiap tawaran oleh penyedia perkhidmatan yang merupakan satu inisiatif CFM dalam membantu pengguna komunikasi dan multimedia, pengguna juga boleh layari portal consumerinfo di https://bit.ly/pakejkeluargamalaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulyusmar.com/2021/11/pengguna-keliru-pakej-keluarga-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ker4jaan Umum B4ntuan 2500 Rm Utk Keluarga Malaysia Baca Syarat2 Nya

Ker4jaan Umum B4ntuan 2500 Rm Utk Keluarga Malaysia Baca Syarat2 Nya

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 300 hits
BKM RM2 000 untuk isi rumah 3 anak atau lebih pendapatan kurang RM2 500 sebulan
Zafrul Denies Single People Won T Get Bantuan Keluarga Malaysia Cash Aid

Zafrul Denies Single People Won T Get Bantuan Keluarga Malaysia Cash Aid

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 416 hits
BUDGET 2022 Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz has denied that single people will not be eligible for the direct cash aid programme Bantuan Keluarga Malaysia under Budget 2022 Many are asking on social media is the BKM not available ...
Bajet 2022 Selaras Konsep Keluarga Malaysia Prihatin Siswa Umnosiswa

Bajet 2022 Selaras Konsep Keluarga Malaysia Prihatin Siswa Umnosiswa

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 333 hits
Bajet 2022 Selaras Konsep Keluarga Malaysia Prihatin Siswa UMNOSiswa Presiden Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia Mubarak Kunyi berpandangan Bajet 2022 yang diumumkan semalam dilihat merangkumi hampir ke semua aspek selaras dengan hasrat Perdana ...
Tempoh Daftar Perantisiswa Keluarga Malaysia Mulai Suku Kedua 2022

Tempoh Daftar Perantisiswa Keluarga Malaysia Mulai Suku Kedua 2022

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 369 hits
Oleh PELAJAR institut pengajian tinggi daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah boleh mula mendaftar bagi mendapatkan peranti tablet menerusi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia mulai suku kedua tahun hadapan Suruhanjaya Komunikasi...
Terkini Bebas Akhirnya Yeehaaaa Kita Jaga Kita Keluarga Malaysia

Terkini Bebas Akhirnya Yeehaaaa Kita Jaga Kita Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 185 hits
TERKINI Bebas Akhirnya Terima kasih PM Kita Jaga Kita Please Share More www zunar my
Intipati Menarik Belanjawan 2022 Keluarga Malaysia

Intipati Menarik Belanjawan 2022 Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 531 hits
Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia berikut dikongsikan intipati Belanjawan 2022 Keluarga Malaysia Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama...
Keluarga Malaysia Beri Idea Bajet 2022

Keluarga Malaysia Beri Idea Bajet 2022

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 315 hits
BH ONLINE Keluarga Malaysia memberi pandangan kepada Bajet 2022 Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang disifatkan dekat di hati beliau atas sega...
Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 341 hits
Bajet 2022 RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia Sejak wabak COVID 19 menjengah ke tanah kita lebih 4 700 anak anak telah hilang tempat bermanja apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus ini Sebagai Keluarga Mala...
Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga Rm2 500 Maksimum

Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga Rm2 500 Maksimum

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 684 hits
Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2 500 Maksimum Pada 29 November Menteri Kewangan Malaysia Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telahpun membentangkan Rang Undang undang Perbekalan yang bert...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm