Pengguna Huawei Disekat Guna Android Google Youtube Gmail Playstore
Pengguna Huawei disekat guna Android - Google, Youtube, Gmail, Playstore? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! BERITA HANGAT TERGEMPAR pada hari ini tentang huawei and google issues bila keluar headline utama "Breaking News: Huawei loses access to Andoid and Google, effective immediately". First time saya baca tajuk tu kat Facebook malam semalam. Tapi i was like "HA?". macam blur haha. Huawei Google? Google Huawei? Huawei kena banned? Google ban huawei? Kalau betul lah berita pengguna Huawei disekat guna Android yang berkuatkuasa serta merta.. kenapa saya yang menggunakan Huawei Nova 2 Lite boleh akses Google, Youtube dan Gmail di phone?
Pengguna Huawei disekat guna Android Google | image GoogleAdakah berita viral itu sekadar cerita palsu atau bagaimana?
Kalau betul, apa nasib pengguna handphone Huawei (termasuk keluaran terbaru P30 & P30 Pro), Honor, Mate di seluruh dunia? Apa update terkini dan terbaru tentang kisah Huawei vs Google ni? Kalau Huawei tiada google, kita nak guna apa? Apa ending cerita 'hubungan' Huawei dan sistem operasi Android?
Eh, banyak pula soalan kau kan hahaha. I'm just curious okayhhh!
Pengguna Huawei disekat guna Android - Google, Youtube, Gmail, Playstore?
Rata rata yang saya jumpa artikel berkaitan isu 'Huawei dan Google' di Facebook dan twitter adalah yang berbahasa Inggeris. Pening saya baca hahahaha. Sebab ada term yang saya tak faham. So, saya search Google dan artikel Harian Metro Online menjadi pilihan saya.
Okay.. memandangkan benda ni fakta dan ada term term tertentu, saya ambil sebijik sejibik petikan dari artikel HMetro tersebut untuk korang baca di bawah ni ye.
Reuters (Isnin, 20 Mei 2019 @ 5:36 PM)
Huawei bakal disekat guna Android
New York: Syarikat gergasi teknologi, Google dilaporkan menggantung perniagaannya dengan Huawei yang memerlukan pemindahan perkakasan, perisian dan servis teknikal kecuali sumber awam melalui lesen terbuka, kata sumber kepada Reuters semalam.
Perkembangan terbaru itu memberi tamparan kepada syarikat teknologi China itu selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) berusaha mengharamkan produknya di seluruh dunia.
Jurucakap Google berkata, syarikat itu mematuhi arahan berkenaan dan melihat aplikasinya.
Bagaimanapun, jurucakap itu tidak menjelaskan secara terperinci.
Langkah itu mungkin menjejaskan perniagaan telefon pintar Huawei di luar China kerana syarikat itu kemungkinan dihalang daripada mengakses sistem operasi Android milik Google.
Pengguna telefon pintar Huawei yang menggunakan sistem operasi Android juga bakal tidak boleh menggunakan perkhidmatan popular Google seperti Play Store, Gmail dan YouTube.
“Pengguna Huawei hanya boleh menggunakan versi terbuka Android dan tidak boleh mendapatkan akses ke aplikasi serta perkhidmatan Google,” kata sumber itu.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menambah Huawei Technologies Co Ltd dalam senarai hitam perdagangan yang menyebabkan sangat sukar untuk syarikat itu menjalankan perniagaan dengan rakan niaga dari AS.
[SUMBER]
Pengguna Huawei disekat guna Android Google | image: GoogleReuters (Isnin, 20 Mei 2019 @ 5:45 PM)
Huawei ikrar sediakan kemas kini
London: Huawei akan terus menyediakan kemas kini perkhidmatan dan perlindungan keselamatan untuk telefon pintar dan tablet keluarannya selepas Google memutuskan mematuhi arahan kerajaan Amerika Syarikat daripada berurusan dengan syarikat China itu membabitkan kemas kini terbaru sistem operasi Android.
“Kami sudah melakukan sumbangan besar kepada pembangunan dan pertumbuhan Android di seluruh dunia.
“Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan kepada semua telefon pintar dan tablet Huawei dan Honor, meliputi yang sudah dijual dan yang berada dalam simpanan di seluruh dunia.
“Kami akan berterusan membina sistem perisian ekosistem yang yang selamat dan boleh diharap bagi memberi pengalaman terbaik kepada pengguna di seluruh dunia,” kata jurucakap Huawei, semalam.
[SUMBER]
Pengguna Huawei disekat guna Android Google | image Google(Isnin, 20 Mei 2019 @ 6:25 PM)
'Hongmeng' ganti Android?
Huawei Central hari ini mendedahkan gergasi telekomunikasi Huawei telah membangunkan dan mempunyai sistem operasi sendiri yang dikenali sebagai ‘Hongmeng’ yang dimulakan sejak 2012.
Menurut Huawei Central, syarikat pengeluar telefon pintar yang berpangkalan di China itu juga sudah mula menggunakan perisian terbabit namun ia hanyalah disebalik tabir.
Malah, sumber Huawei Central itu berkata, nama ‘Hongmeng’ itu hanya sekadar nama kod atau nama yang berkait rapat dengan sistem operasi itu dan nama sebenar sistem operasi itu tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun, setakat ini, Huawei masih belum memberi maklum balas mengenai laporan ini namun telah menjangkakan penggantungan sokongan oleh Google dan Android sebelum ini memandangkan syarikat itu sedang membangunkan pengganti sistem pengendalian Android.
Huawei Central adalah salah satu sumber utama berita Huawei yang menyediakan liputan berita Huawei paling komprehensif dan mendalam mengenai telefon pintar, tablet, komputer riba, aplikasi dan teknologi mudah alih. Ia bekerjasama rapat dengan Huawei dalam menyampaikan maklumat berkaitan produk keluaran Huawei.
Dalam pada itu, berdasarkan laporan oleh akhbar Jerman, Die Welt pada beberapa minggu lalu, syarikat itu berkata, sistem operasi sendiri itu adalah sebagai alternatif sekiranya Huawei disekat sepenuhnya daripada menggunakan produk buatan Amerika Syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Richard Yu dipetik sebagai berkata, pihaknya telah menyediakan sistem operasi sendiri dan bersedia sekiranya berlaku sebarang sekatan.
Gergasi internet AS, Google yang menguasai pasaran telefon pintar dengan sistem operasi mudah alih Android, memutuskan hubungan bersama firma China, Huawei yang dikatakan ancaman negara oleh Washington.
Selain larangan perkhidmatan Google pada peranti Huawei, AS turut melarang kerjasama antara syarikat teknologi besar lain seperti Qualcomm, Intel dan NVIDIA.
Huawei kini menggunakan sistem operasi Android untuk peranti pintar, dan Windows untuk komputer riba serta tablet.
[SUMBER]
Haaa sudah jelas dengan apa yang sedang berlaku sekarang berkaitan Huawei dan Google?
Moga lepas baca semuaaa info ni, terlerai lah sudah persengketaan kita. Eh bukann haha. Dapat lah kita faham situasi dan keadaan Huawei yang sedang 'panas' ini. Topik ni bukan saja tengah hot di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.
So, what? Hahhaha. So.. saya yang pengguna telefon Huawei ni kena lah alert sikit bab ni kan. Kang kalau tak tahu, nak update di Playstore atau nak guna apps Android tak boleh kang haa siapa susah? Saya juga hahaha.
Okay that's all.
Till next time, daa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/pengguna-huawei-disekat-guna-android-google.html